Monday, February 25, 2008

"Dulu Umno, sekarang Gerakan" kian semarak

"Zaidi" zaidi@mem.meap.com

Sent: Saturday, February 23, 2008 9:39 AM
Subject: FW: "Dulu Umno, sekarang Gerakan" kian semarak

Apa dah jadi?..
Siapa yang memartabatkan islam serta orang melayu dan sebaliknya siapa yang mengadaikan islam serta orang melayu?..
Anda tahu jawapannya..
Pecahan pengundi di kawasan Lenggong adalah 78.7 peratus Melayu, 18.1% peratus Cina, 1.9 peratus peratus India dan 1.4 peratus
Dulu org islam bertanding(Umno) & menang, sekarang serah kuasa bertanding jadi khalifah kepada gerakan walaupun 78.7% pengundi Melayu/islam.
Menang atau kalah semasa bertanding adalah asam garam perjuangan.
Berjuang dalam islam, jika menang maknanya mendapat ganjaran syurga dan perlu menggalas penuh tanggungjawab yang diamanahkan Allah.
Jika kalah dan mati, maka insyaallah ganjaran syahid bagi yang ikhlas berjuang kerana Allah dan banyak bersabar.
Persoalannya, apakah yang kita sebagai orang2 islam perlu lakukan?
Menyerahkan kerusi kepada orang lain... Mengalirkan airmata tak bermakna akan diampunkan dosa.
Apa2 pun kita kena kembali kepada islam, al-Quran(beriman kepada al-Quran) & as-Sunnah(beriman kepada Rasullullah) .
Pemimpin yang kita sanjung tetap akan mati, al-Quran & sunnah jualah yg kekal ada hingga ke hari Qiamat.
Bersedia sebelum mungkar & nakir menanya kita di alam barzah, siapakah saudara-saudara kamu?.. orang gerakan atau orang islam..
Tepuk dada, tanyalah iman.
Maksud firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu). " (An Nisaa':144)
Maksud firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu , jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu , maka mereka itulah orang-oramg yang zalim". (At Taubah:23)
Mari laksanakan tanggungjawab mengundi, kerana kita juga adalah khalifah-khalifah Allah.
Wallahua'lam.


From: Tegak Iman
Sent: Friday, February 22, 2008 6:18 PM
Subject: "Dulu Umno, sekarang Gerakan" kian semarak



Abdul Halim Mohd Rashid
Fri | Feb 22, 08 | 4:53:10 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Feb - "Saya Penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN), tapi mungkin satu masa dahulu. Kali ni tak tau la lagi".
Demikian kata-kata seorang blogger yang sering menegaskan bahawa beliau ahli Umno, Hasrul Halid (suratdalambotol. blogspot. com)

Dalam posting bertajuk "Taiping, Kayveas dan Cikgu Tan," beliau jelas amat kesal kerana kawasan majoriti Melayu, iaitu kawasan Parlimen Lenggong, dikorbankan kononnya untuk kestabilan BN.

"Dan kini sekali lagi kawasan majoriti Melayu di Lenggong akan dikorbankan, juga untuk 'kestabilan' parti. Untuk rekod, pecahan pengundi di kawasan Lenggong adalah 78.7 peratus Melayu, 18.1% peratus Cina, 1.9 peratus peratus India dan 1.4 peratus lain-lain ras," katanya.

Umno kalah teruk kepada tekanan PPP dan Gerakan dan akhirnya menyerahkan kerusi Parlimen Lenggong untuk ditandingi oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

"Dan (Datuk Seri Mohd) Tajol Rosli (Ghazali) pulak menangis... cukuplah sandiwara tu. Dah muak dah 'kami' semua kena.

"Kenapa tak suruh saja Kayveas bertanding di Ipoh Timur menentang DAP. Kenapa tak bagi saja kerusi Sungai Siput pada Kayveas. Dan 'Orang Lama' tu boleh la letak tempat lain. Lama sangat dah pun.. Lapan penggal! Rasanya 'dia' yang paling lama kot. Kenapa korbankan kerusi Umno jugak.

"Akibatnya, Datuk Samsul (Anuar Nasarah) - orang Lenggong - terpaksa dilepaskan ke Gerik. Dan apa pula nasib pemimpin pelapis di Gerik?" Hasrul mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan tindak-tanduk Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas.

"Saya agak terkejut kerana Kayveas janji dulu nak dok Taiping sepenggal saja. Sekarang nampak dah lain macam pulak.

"Seolah-olah macam nak 'menongkat langit' Taiping. Sepatutnya Kayveas sedar yang orang Taiping memang tak mau lagi dah PPP di situ. Kerusi tu pun sebenarnya adalah milik Gerakan yang dipinjamkan sekejap pada PPP," kata beliau.

Ketika mengumumkan tindakan Umno menyerahkan kerusi Parlimen Lenggong kepada Gerakan untuk membolehkan Kayveas kekal di Taiping, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Tajol Rosli dilaporkan berkata, ia merupakan satu keputusan yang amat berat untuk diambil kerana Umno Bahagian Lenggong terpaksa menerima kehadiran Tan bertanding di situ.

Beliau yang tidak dapat menahan air mata ketika membuat pengumuman nama-nama calon Umno Perak turut mendedahkan bahawa Umno Bahagian Lenggong dan Gerik begitu bersedih malah beliau bersama semua ahli jawatankuasa kedua-dua bahagian itu menangis lebih sejam mengenangkan nasib mereka.

Suasana sedih yang dialami itu juga membuatkan Tajol Rosli memohon penyokong UMNO yang berkumpul di rumahnya supaya tidak bertepuk tangan ketika beliau mengumumkan nama-nama calon pada pilihan raya umum kali ini.

''Tolong jangan tepuk, saya harap tolong jangan tepuk. UMNO Gerik dan Lenggong sudah puas menangis tadi.

''Sejam saya menangis dengan mereka, jadi tolonglah jangan tepuk," katanya sebaik sahaja mula membacakan nama calon daripada UMNO Perak yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 di kediaman rasminya di Ipoh.

Sampaikan berita Harakahdaily kepada orangramai.
Tenaga dan masa sedikit anda mungkin besar impaknya
dalam perjuangan menyampaikan kebenaran kepada rakyat Malaysia.
Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: