Monday, February 25, 2008

Dr Lo' Lo' Boleh Menang Tanpa Bertanding / duti setem ditarik balik untuk selamatkan BN

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)


Dr Lo' Lo' Boleh Menang Tanpa Bertanding
Jika SPR Terima Bantahan?
Oleh Tarmizi Mohd Jam (Sanggahtoksago) - Laman M@RHAEN


Jika bantahan kedua dan ketiga diambil kira, pastinya Dr. Lo' Lo' Ghazali
sudah bergelar YB menang tanpa bertanding.

CALON PAS Titiwangsa, Dr. Lo Lo Datuk Haji Ghazali menyifatkan SPR sebagai "pelawak" apabila tiga bantahan yang dikemukakan ditolak mentah-mentah oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya di Pusat Penamaan Calon.

Menurut Dr. Lo' Lo' yang menyampaikan ceramah sejurus keluar dari Pusat Penamaan Calon kira-kira jam 11.15 pagi, tiga bantahan dikemuakan ke atas calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir.

Bantahan pertama apabila pada Borang Pencalonannya menggunakan gelaran "Datuk" Aziz Jamaluddin Md. Tahir sedang ia tidak sama dengan nama di dalam kad pengenalan.

Namun ia ditolak atas alasan, asalkan namanya ada. Soal ada title apapun tak apa. Dibenarkan!

Bantahan kedua boleh dianggap serius apabila calon BN itu tidak melengkapkan borang dengan duti setem (peraturan baru yang diperkenalkan secara mengejut oleh SPR).

Pegawai yang bertugas, enggan menerima bantahan itu kerana katanya, peraturan itu tidak jelas dan mereka mengambil sikap menerima pencalonan Aziz Jamalauddin.

Paling menyedihkan apabila bantahan ketiga juga ditolak mentah-mentah pegawai yang bertugas. Dr. Lo' Lo' difahamkan pada peringkat awal, calon BN menyerahkan sekeping cek untuk pembayaran deposit calon kerusi parlimen dan apabila dipersoal ianya menyalahi peraturan (cek tidak boleh digunapakai) , pegawai bertugas menjelaskan ianya bukan cek tetapi bank draf.

Apabila pihak PAS memohon untuk melihat cek atau bank draf berkenaan, pegawai bertugas enggan berbuat demikian.

Ini menambahkan lagi, kepercayaan PAS bahawa SPR dan kuncu-kuncunya sentiasa tidak berpihak kepada undang-undang sebaliknya terus memenangkan pihak BN, kecuali dalam perkara yang amat terang tidak boleh dielak.

Para penyokong PAS yang mendengar perkhabaran Dr. Lo' Lo' itu terus menjerit-jerit BN sebagai "penipu!" berulang kali dan SPR sebagai "barua BN!"

Adalah dipercayai, Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat itu sebenarnya enggan memberikan kemenangan tanpa bertanding atas isu teknikal tersebut.

Dan jika hal demikian terjadi kepada calon PAS, maka sudah pasti kertas pencalonannya ditolak.
TMJ: sanggahtoksago. com
24.02.2008
Laman M@RHAEN dihoskan di: http://www.marhaen. org/v1 Tapak cerminan di: http://www.marhaend aily.net/ v1

SIASAH

PAS dakwa duti setem ditarik balik untuk selamatkan BN

KUALA TERENGGANU, 24 Feb: Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik di saat akhir arahan mewajibkan semua calon menyertakan borang pengesahan pencalonan dengan duti setam RM10 disifatkan sebagai usaha untuk menyelamatkan calon BN.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, SPR tahu ramai calon BN tidak akan dapat menunaikan syarat tersebut.
Bagi beliau, SPR sudah menjadi 'robot' Umno.

Katanya, BN menghadapi krisis calon dan sehingga malam tadi barulah urusan mengisi borang-borang calon BN selesai.
Menurutnya, jika syarat ini diteruskan nescaya ramai calon BN akan ditolak.
"Untuk selamatkan calon Umno/BN, arahan telah dikeluarkan kepada SPR untuk gugurkan arahan tersebut," tegasnya.
Beberapa hari menjelang pilihan raya, SPR memasukkan satu syarat baru iaitu mewajibkan semua calon hendaklah mengesahkan borang pencalonan mereka melalui pesuruhjaya sumpah dan memasukkan setem RM10 cukai hasil.

Namun ia mendapat bantahan dari PAS dan lain-lain dengan menyifatkan ianya langkah yang tidak lojik. Namun, SPR bertegas. Tetapi semalam, melalui kenyataan lisan, arahan itu ditarik balik.

"Semasa perjumpaan dengan kita pada 21 Februari lalu, SPR kata wajib matikan setem pada borang tersebut, kita jadi kelam kabut kerana tinggal tiga hari lagi penamaan calon, malah SPR mensyaratkan cop yang 'original', tetapi hari ini, sama ada matikan setem atau tidak, kedua-dua boleh. Bila saya tanya SPR, mereka jawab 'Ini arahan lisan terbaru'," ujar calon PAS Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali ketika berucap sebaik sahaja keluar dari pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Aminuddin Baki.

Beliau membuat bantahan terhadap calon BN di situ kerana tidak matikan setem pada borang pencalonannya.

Dalam pilihan raya 2004 lalu, SPR memaklumkan bangsal panas untuk parti-parti politik berhampiran pusat mengundi tidak lagi dibenarkan. Maklumat itu dibuat SPR melalui taklimat mereka kepada parti-parti politik.

Namun, menjelang pilihan raya, arahan ini ditarik balik dan dibenarkan. Namun, parti pembangkang mengetahui perkara ini terlalu hampir dengan waktu pilihan raya.

Kesannya, pada hari mengundi mereka menjadi kelab kabut apabila melihat BN menyediakan bangsal panas yang mereka difahamkan ia tidak boleh sebelum ini.

Selepas menyemak dengan SPR baru mereka tahu ianya telah dibenarkan semula.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: