Friday, February 1, 2008

Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Roslan SMS Corner
Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja

Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.

Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!

Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.

Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.

Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.

Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.

Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:

"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar" (bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)

"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu." (Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)

*****.*.**** *

Jenazah Dato' Ishak Baharom selamat bersemadi di Makam Diraja
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Jan 31, 08 | 2:53:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Jenazah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Allahyarham Dato' Ishak Baharom selamat disemadikan di Makam Diraja, Shah Alam jam 10.55 pagi tadi.
ImageJenazah Allahyarham yang juga bekas Mufti Negeri Selangor dibawa keluar dari rumahnya di Jalan Seri Sambanthan, Taman Seri Andalas jam 9 pagi untuk disolatkan di masjid Lipat Kajang, Seri Andalas.

Turut hadir di masjid Lipat Kajang ialah Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum disemadikan di Makam Diraja, jenazah dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi disolatkan.

Lebih seribu orang hadirin menyembahyangkan jenazah Almarhum.
Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang; AJK PAS Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad dan Dr Syed Azman Syed Nawawi; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Osman Sabran; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Timbalannya, Wan Hasrina Wan Hassan; dan Ketua Penerangan, Salbiah Abd Wahab.

Turut hadir ialah Ahli MPT KeADILan, Ustaz Badrulamin Baharon; Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato' Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz .

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya turut menunaikan solat jenazah dan menghadiri majlis pengkebumian di Makam Diraja, Shah Alam.

Orang ramai seawal jam 9 pagi sudah memenuhi ruang masjid Negeri Shah Alam dan makam Diraja yang terletak di hadapan masjid.

ImageAllahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak yang sudah berumahtangga.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.05 petang, 30 Januari lalu di Pusat Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh.

Pimpinan PAS turut memberi penghormatan terakhir di rumah Allahyarham petang semalam antaranya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; AJK PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri; bekas Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Subky Latif; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hassan Mohd Ali.

Sementara itu, Dato' Kamaruddin menyarankan ahli PAS di setiap kawasan supaya mengadakan majlis memperingati Allahyarham.

Katanya, walaupun Allahyarham dipecat daripada meneruskan jawatan sebagai Mufti tetapi beliau tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam Islam.

ImageBagi memastikan maruah Islam dipandang tinggi, Allahyarham sanggup mengorbankan kemewahan yang diperolehi dan rela dipecat sebagai Mufti.

Allahyarham dilantik sebagai Mufti Selangor dari Ogos 1985 hingga Oktober 1997.
Allahyarham dipecat pada penghujung Oktober 1997 kerana mengeluarkan fatwa mengharamkan pertandingan ratu cantik yang diadakan di salah sebuah hotel di Selangor.

Pemecatan tersebut tidak menghalang Allahyarham untuk meneruskan perjuangan dalam Islam sebagai pendakwah bebas.

Allahyarhum dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS dari tahun 2003 hingga 2007.

Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Al-Fatihah.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: