Saturday, February 16, 2008

Dianiyai dan dikhianati oleh Idris dan UMNO / RTM saluran beracun rakyat

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

BuletinOnline
Dianiyai dan dikhianati oleh Idris dan UMNO – Cikgu(B) Zakaria Ali masuk wad

The image “http://buletinonline.net/images/berita3/ayahngah2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Kuala Terengganu, 14 Feb – Akibat tekanan berat yang dihadapi, Cikgu Zakaria telah dimasukkan ke wad Psikatri dan Kesihatan Mental, Hospital Sultanah Nurzahirah, disini hari ini.

Buletin Online yang turut bersama menziarahi beliau, mengajak seluruh rakyat Terengganu untuk menolak Idris dan kepimpinan UMNO/BN Terengganu yang telah memperalatkan seorang warga emas yang tidak berdaya untuk tujuan politik.

The image  “http://buletinonline.net/images/berita3/ayahngah1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Menurut Fariz Irwan Mustaffa, ‘Ayah Ngah’ telah memberitahu beliau bahawa sebenarnya dia(Cikgu Zakaria) telah diperdaya, dikhinati dan dianiya oleh Idris dan kepimpinan UMNO Terengganu.

“Mereka telah merancang segalanya, termasuk menyiapkan ‘skrip’ untuk ucapan Cikgu Zakaria pada malam 9 Februari yang lalu,

“Ayah Ngah kata dia tak isi borang UMNO pun” jelas Fariz Irwan.

Cikgu Zakaria@Supar Ali, Abang kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah menimbulkan kegemparan enam hari yang lalu apabila didakwa masuk UMNO oleh Idris, sewaktu majlis perasmian Perkampungan Hadhari, Marang Terengganu.

Dato’ Mustaffa Ali hanya menjelaskan keadaan Cikgu Zakaria yang sakit, dan bersara awal kerana mendapat rujukan ‘medical board’ semasa membuat respon terhadap isu bekenaan. Dato’ Musaffa hanya berpesan kepada Idris supaya ‘menjaga abangnya baik-baik’.

Manakala Fariz Irwan didalam kenyataan balasnya telah menhantar kepada media, bukti bahawa Cikgi Zakaria telah lama masuk UMNO dengan menghantar salinan kad pengenalan serta slip keahlian UMNO yang diakses melalui Laman Keahlian UMNO.


Tulisan Berkaitan :
Minda Editor – Penganiyaan Kelas Dunia



RTM saluran beracun rakyat - Ustaz Idris
Saidah Hairan
Fri | Feb 15, 08 | 2:38:57 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - RTM merupakan saluran paling berharga untuk BN menyalurkan suntikan beracun membunuh politik pembangkang daripada terus mendapat tempat di hati rakyat, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ini bertepatan dengan kecetekan pengetahuan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang hanya tahu memfitnah pembangkang sehingga menimbulkan kecelaruan fikiran rakyat, katanya.

Kedangkalan Zainuddin lebih terserlah apabila semakin hampir pilihan raya beliau mengarahkan RTM menghentam pembangkang khususnya di Kelantan, konon tiada kemajuan sejak 18 tahun di bawah pemerintahan PAS.

Ustaz Idris Ahmad tidak hairan dengan propaganda murahan RTM kerana media itu dipegang oleh seorang menteri yang tidak berilmu.

"Fitnah yang dilemparkan setiap hari oleh RTM itu menunjukkan kelemahan dan kedangkalan menterinya," tegas beliau.

Beliau yakin masyarakat semakin cerdik dan boleh menilai kualiti dan kelayakan Zainuddin yang sememangnya tidak mempunyai wawasan untuk mendidik rakyat ke arah yang lebih baik dan bermutu.

Katanya, pembohongan akan terus dilakukan oleh media upahan BN untuk menjatuhkan politik pembangkang kerana itu antara kekuatan dimiliki BN selama ini.

Apabila bercakap untuk mewujudkan masyarakat yang berfikiran glokal sudah tentu aspek media merupakan aset terpenting bagi memudahkan masyarakat mendapatkan maklumat lebih benar dan tepat, katanya.

Beliau berharap media yang dikuasai penuh oleh BN perlu belajar daripada kejayaan media di negara maju yang membenarkan parti-parti politik menggunakan saluran tersebut bagi membentangkan manifesto yang akan dilaksanakan untuk kemajuan rakyat.

"Keadaan itu tidak berlaku di sini. Media hanya berpihak kepada kerajaan dan ia amat bertentangan dengan etika media," tegasnya. - lanh

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: