Monday, February 4, 2008

CERITA TENTANG.. / Cetak & Sebarkan Agenda Pemuda

CERITA TENTANG..

Dipos oleh cikgunurionline
ASSALAMUALAIKUM & SALAM PERJUANGAN
untitled1.gif
Kata orang, usah berjanji kalau tak mampu ditepati. Bimbang jua kelak nanti memakan diri.

Baru-baru ini, dia berjanji lagi. Mahu membela nasib rakyat di negeri sendiri. Bagus juga, sekurang-kurangnya dia sedar diri. Namun, apa yang mengejutkan janjinya kali ini makin hebat lagi. Janji untuk tidak sama sekali mengabaikan rakyat termasuk penyokong parti pembangkang sekiranya berjaya memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang!

Hebat sungguh! Umpama seorang raja yang bertakhta disinggahsana. Hasratnya menggunung tinggi, mahu melihat negeri ini maju seiring dengan negeri-negeri lain. Titahnya lagi, PRU kali ini adalah peluang terbaik untuk menyatukan semula rakyat di negeri ini yang berpecah belah disebabkan fahaman politik. Besar sungguh nafsunya. Hasrat untuk menjadi MB, diratibnya saban hari.

Kepada dia dinasihatkan, usahlah begitu, selesaikanlah dulu isu penyelewegan wang PPRT. Selesaikan juga isu pertabalan raja. Rakyat masih ingat itu semua. :)

Janganlah berjanji yang bukan-bukan kepada rakyat. Kalaulah betul mahu membela rakyat, usah sekat bantuan per kapita kepada kerajaan negeri. Kerana dengan dana tersebutlah, sedikit sebanyak kami dapat membantu rakyat. Kalaupun ada bantuan, kenapa perlu disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan? Kenapa tidak disalurkan terus? Ada agenda lain kah? Kami tidak relevankah?

Akhirul kalam, usahlah berjanji !

JOM BERSIH!!! bersih.org/



Pemuda DUN Demit

Jom Download, Cetak & Sebarkan Agenda Pemuda


Terima kasih kepada semua yang membuat dan menerbitkan agenda pemuda. Semoga lebih banyak lagi jumlah penenerbitan pada masa akan datang memandangkan PRU 12 sudah makin hampir tiba.

Kempen penerangan kepada rakyat harus dilasanakan dengan bijak dan dengan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan Islam terus memerintah Kelantan dan menang di negeri-negeri lain.

Untuk dapatkan softcopy Agenda Pemuda Edisi 1, 2 dan 3 ntum semua boleh berkunjung terus ke laman blog www.pemudapasdemit. blogspot. com dan download seberapa banyak banyak yang sahabat2 nak.

Cara ini lebih menjimatkan masa sikit berbanding download dari email dsbnya.

Sekian, harap dapat membantu & selamat 'berperang' dalam PRU 12

JOM DOWNLOAD, CETAK & SEBARKAN!

Pemuda Demit POWER!


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: