Friday, February 15, 2008

Ceramah Mufti Perak 16 Feb Seremban / Anwar gempur Negeri Sembilan malam ini

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Mustaine Hadhari wrote:

Forum Perdana Maal Hijrah
Tajuk : Hijratul Rasul Menggamit
Suatu Perjuangan Yang
Berterusan

Bersama :
Dato Seri Dr Hj Harussani Zakaria
� Mufti Kerajaan Negeri Perak

Dato Dr Haron Din
Dato Hj Ismail Kamus

SABTU 16 Feb 2008
Jam 9 malam
Di Surau Al Mustofa (Surau Hitam), Kg Gedung Lalang
Lama, Ampangan, Seremban
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Anjuran : Surau Al Mustofa



Anwar gempur Negeri Sembilan malam ini
Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Feb 15, 08 | 12:16:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan menggempur kubu kuat Umno di Rantau, Negeri Sembilan dari jam 4.30 petang hingga lewat malam ini.
Anwar dijadualkan akan melancarkan jentera pilihan raya KeADILan Negeri Sembilan dengan kehadiran Pengerusi Perhubungan KeADIlan Negeri, Dato' Kamarul Baharin Abbas serta ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Sebelum ini ada sumber mendakwa bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hassan dikatakan memanggil satu mesyuarat khas bagi membincangkan strategi menghalang sambutan kehadiran Anwar di Rantau.

Sumber berkata, Mohamad bimbang dengan pengaruh Anwar selepas melihat ramai yang menyambut Anwar semasa jelajah bekas TPM itu ke Negeri Sembilan akhir tahun 2007.

Sumber juga menyatakan, pihak berkuasa akan mengadakan sekatan di beberapa batang jalan masuk ke Rantau dari pelbagai arah.

Begitupun KeADILan Negeri Sembilan akan meneruskan program tersebut dengan menyery rakyat agar turun beramai-ramai menyambut Anwar malam ini di Rantau.

Program akan bermula jam 4.30 petang di Bilik Gerakan DAP, Taman Ekar, Rantau.

Selain Anwar Ibrahim dan Kamarul Baharin Abbas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Antony Loke juga akan berucap. Sebarang pertanyaan sila hubungi Norazizi Aziz (012-3696474) .

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: