Monday, February 18, 2008

Bomoh dan pawang semakin laris / Kembali kepada Islam - Tun Mahathir

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Roslan SMS Corner
Bomoh dan pawang semakin laris

Satu laporan oleh RSN Murali dalam akhbar The Star hari ini saya rasa patut direnung dan dibaca oleh semua rakyat Malaysia khasnya kita yang bakal keluar mengundi pada 8 Mac nanti. Artikelnya bertajuk:

Politician who seek help from “higher powers”

Ianya mengisahkan darihal usaha pihak-pihak tertentu dalam parti tertentu untuk melobi bagi menjadi calon partinya dalam PRU akan datang ini. Rupanya selain melobi cara konvensional, dengan menjual nama dan menggunakan kabel dan pelbagai, bakal-bakal calon parti berkenaan dilaporkan turut menggunakan khidmat bomoh, pawang dan dukun. Malah ia melaporkan bahawa seorang bomoh terkenal di Setiu, Terengganu kini merungut bahawa khidmat beliau semakin kurang dilanggan kerana rupanya bakal-bakal calon itu kini lebih yakin kepada bomoh dan pawang “luar” yang khabarnya boleh memberikan tangkal dan ramuan yang lebih kuat dan berkesan.

Khabarnya bomoh-bomoh “luar” itu sehingga memberikan satu jenis ramuan yang perlu dilumurkan di pipi penggunanya sebelum pergi berjumpa dengan ketua-ketua partinya bagi tujuan melobi.

Sesungguhnya perangai dan tabiat begini tidak asing dalam sebuah parti Melayu yang terbesar dalam negara kita. Bagaimana kita mahu lupa darihal seorang bekas ADUN parti berkenaan yang dikerat 18 tubuhnya semata-mata kerana mahu kebal dan berkuasa, beliau ketika itu terlibat dalam pemilihan dalam partinya. Begitu juga seorang bekas Spekaer DUN yang ditembak dengan cara pembunuhan “ritual” ditengah malam kerana kononnya beliau kebal. Beliau dibunuh kerana beliau menghalang kenaikkan seorang pemimpin dari parti yang sama.

Lalu kita tahulah parti mana yang cenderong menggunakan khidmat tahyul dan syirik ini semata-mata untuk menjadi calon demi mengejar kuasa. Ketika inilah bomoh dan pawang di Kepulauan Jawa, di Negara Thai di perkampungan orang asli tengah hutan, laris dan laku.

Dalam pada parti berkenaan sibuk menjaja gagasan fahaman Islam Hadhari kecerok kampong dan pekan, rupanya senyap-senyap pemimpin-pemimpin partinya yang mahu melobi menjadi calon, sedang sibuk menggunakan khidmat kuasa ghaib yang ternyata bertentangan dengan Islam.



Kembali kepada Islam, rujuk Ulama - Tun Mahathir
Wan Nordin dan Azamin Amin
Sat | Feb 16, 08 | 2:09:33 pm MYT
GOMBAK, 16 Feb (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam belajar daripada Ulama mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.
Kenyataan itu membuatkan hadirin memberi tepukan gemuruh kepada Penaung UIAM itu.

Semasa memberikan ucaptamanya di satu Program 'Global Peace : Crisis In Islamic World' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pagi tadi, Dr Mahathir turut berkata, tanpa Ulama umat Islam sukar untuk memahami Islam yang sebenarnya.

Beliau dijemput memberi ucaptama di UIAM sempena program Minggu Ummah 2008.Turut hadir ialah, Pengerusi UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; kepimpinan akademik UIAM serta mahasiswa dari pelbagai negara yang menuntut di universiti tersebut.

Berucap lanjut Dr Mahathir mengingatkan supaya ummah merujuk kepada Ulama untuk memilih pemimpin termasuk dari sudut politik.

Malah, beliau mengingatkan peranan Ulama sejak 1400 tahun lalu yang dijadikan sumber rujukan dan beliau turut menyeru semua kembali kepada asas Islam merujuk kepada Al-Quran dan Hadis.

Menjawab soalan hadirin sewaktu sesi soal jawab, Mahathir turut menasihati agar pemimpin untuk mengikuti ajaran agama yang sebenarnya.

Berkaitan dengan kewangan negara mengikut Islam beliau menyarankan agar masyarakat tidak menyimpan wang, sebaliknya membelanjakan dnegan jalan yang betul.

Selain itu beliau turut mengingatkan sesebuah negara Islam agar tidak membeli bon atau membuat pinjaman daripada negara musuh yang akhirnya menyiapkan bekalan ketenteraan untuk membunuh umat Islam.

Secara bersahaja beliau memberi amaran agar negara Islam tidak bergantung kepada mata wang Amerika Syarikat di masa akan datang.

Kesemua faktor ini katanya hanya akan menjadikan sesebuah negara itu miskin.

"Dengan jumlah wang yang banyak di tangan kita sewajarnya kita membelanjakan untuk tuntutan al-Quran.

"Dunia ini bukan milik kita tetapi milik Allah," kata Dr Mahathir.

Sebelum itu kehadiran Dr Mahathir disambut dengan majlis yang gilang gemilang antaranya dengan kompang, iringan bunga manggar dan alunan selawat semasa memasuki Dewan Besar, CAC UIAM Gombak pada jam 11.00 pagi.

Beliau ditemani Pengerusi UIAM selain mendapat tepukan gemuruh lebih 4000 peserta yang setia menanti kehadiran bekas Perdana Menteri itu ke UIAM.

Seorang sumber memberitahu, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke UIAM ketika merasmikan sambutan Jubli Perak UIAM awal Januari lalu.

Namun sambutan kehadiran Najib itu tidak sehebat sambutan kehadiran Dr Mahathir.Beliau juga memberitahu setakat ini Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan tidak pernah membuat lawatan rasmi ke UIAM, sebaliknya hanya menghadiri program universiti itu yang diadakan di luar kampus.

(BERSIH! Kuala Terengganu, 22 February!)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: