Sunday, February 10, 2008

BN Bazir Lagi RM30 Juta di Putrajaya!

"mohd ilriady abdul hadi" helangdeli@yahoo.com

Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Di sebalik saranan dan langkah-langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) �mengajar� rakyat untuk berjimat dan berhemah dalam berbelanja, lantaran ekonomi negara yang menghimpit dan kenaikan bahan bakar dunia yang bakal mendadak naik, mereka pula dilihat bertindak sebaliknya seperti membazir jutaan ringgit dana awam.

Terbaru, Putrajaya bakal menyaksikan pembaziran wang anggaran sejumlah RM30 juta semata-mata untuk membina sebuah menara yang berperanan sebagai temapat pemandangan sahaja.

Semalam, menurut sebuah akhbar berbahasa Inggeris, sebuah menara �pemandangan� (viewing tower) bakal dibina berhadapan bangunan Kementerian Kewangan di Precinct 2 Putrajaya sebagai tarikan pelancongan.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Putrajaya Corporation Tan Sri Samsuddin Osman dan menyatakan bangunan tersebut mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.
�Kita sekarang dalam proses melantik kosultan tempatan untuk mengendalikan kajian berkaitannya,� katanya.

Beberapa aktivis politik berpendapat, ini menyamai konsep pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan BN Trengganu yang membina Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Terengganu dengan belanja sejumlah RM250 juta.

Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man, Terengganu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini adalah suatu pembaziran yang tidak memenuhi kriteria dan kehendak tamadun Islam yang sebenar.

Seperti kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid yang mengulas pembaziran terkini kerajaan baru-baru ini bahawa perbelanjaan sangat tinggi, pembinaan 21 monumen replika di Trengganu hanya untuk tontonan sedangkan ia tidak membawa manfaat nyata kepada rakyat terbanyak.

�Perbelanjaan RM250 juta disaat rakyat bergelut dengan kos hidup yang semakin meningkat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab di pihak kerajaan,� katanya lagi. - mks.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: