Tuesday, February 5, 2008

BERSIH Cabar Rashid Debat Mengenai Pilihanraya Bersih dan Adil

"faisal mustaffa" faisal_angkatanmuda@yahoo.com

Kenyataan Media

4 Februari 2008

BERSIH Cabar Rashid Debat Mengenai Pilihanraya Bersih dan Adil

Gabungan Pilihanryaa Bersih dan Adil (BERSIH) mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk berdebat sama ada mengenai pilihanraya Malaysia yang bersih dan adil dan sama ada beliau merasakan kritikan yang dilontarkan oleh masyarakat sivil selama ini tidak berasas.

BERSIH juga ingin menyatakan rasa terkejut dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai tindakan metaforik dengan mengoyakkan gambar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid dan kemudiannya buangkannya ke dalam tong sampah Jumaat lepas.

Perdana Menteri sepatutnya lebih peka kepada sikap biadap menantunya, Khairy Jamaluddin terhadap Yang diPertuan Agong dan juga pihak berkuasa polis yang menggunakan kekerasan di Parlimen.

Pada 8 Januari, Khairy menyatakan bahawa pembubaran parlimen hasil daripada budibicara Perdana Menteri yang mana sebenarnya ialah kuasa diskret Yang diPertuan Agong.

Pada 11 Disember 2007, pihak polis telah menyerbu masuk bangunan Parlimen dan menahan pihak yang ingin menyerahkan memorandum, menjadikan Abdullah setaraf dengan Charles I yang menyerbu Parlimen Inggeris.

Tindakan metaforik melalui ucapan dan gerak laku yang ditunjukkan oleh ahli-ahli jawatankuasa induk mengingatkan Tan Sri Rashid bahawa maruahnya akan menjerumus masuk ke tong sampah sejarah Negara ini sekiranya beliau tidak membersihkan proses pilihanraya keseluruhan yang adil dan mempunyai semangat pro-perlembagaan.

Orang awam sepatutnya dibiarkan yakin dengan undang-undang yang termaktub seperti Artikel 114 (2) Perlembagaan persekutuan yang menjanjikan �keyakinan orang awam�.

Tan Sri Rashid telah gagal dalam mengambil tindakan yang memuaskan kepada lima tuntutan dalam memperbaiki proses pilihanraya yang dicadangkan oeh BERSIH, sebuah gabungan terdiri daripada 70 pertubuhan masyarakat dan parti-parti politik.

Pertama, sementara ada di antara nama-nama pemilih yang meninggal dunia, integriti senarai pemilih masih dipertikaikan dengan terdapat perpindahan pukal yang meragukan dan pendaftaran yang bermasalah.

Keduanya, SPR telah gagal untuk meminda undang-undang dalam melaksanakan penggunaan dakwat kekal, sehingga masih terdapat pertikaian dalam pelaksanaannya nanti.

Ketiga, pengundi-pengundi pos masih lagi dipindahkan sesuka hati dalam memenuhi kehendak kawasan-kawasan penting Barisan Nasional (BN).

Keempat, Tan Sri Rashid didapati enggan untuk mengarahkan RTM dalam menganjurkan program perdebatan di antara pemimpin semua parti sebagai langkah ke arah akses media bebas dan adil.

Akhirnya, Tan Sri Rashid juga mengendahkan tuntutan BERSIH untuk memperpanjangkan tempoh berkempen kepada 21 hari, yang mana separuh daripada tempoh yang diberikan oleh British pada tahun 1955.

Adalah menjadi satu perkara yang memalukan kepada rakyat Malaysia atas apa yang diperlakukan oleh SPR dan Perdana Menteri yang cuba memperbesarkan penggunaan kotak telus pandang dalam menunjukkan Negara ini telus dalam pilihanrayanya. BERSIH tidak pernah pun menuntut penggunaan kota-kotak tersebut, yang mana telah melibatkan kos dari RM 9 juta hingga RM 16 juta; yang mana kos sebenar tidak dinyatakan dan ini masih meperlihatkan ketelusan SPR sendiri.

BERSIH mendesak agar media perdana memperlihatkan tahap minima dalam profesionalisme kewartawanan dan etika dengan melaporkan jawapan balas selepas memburuk-burukkan niat BERSIH minggu lepas.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat; Faisal Mustaffa 019-2232002 or Medeline Chang 012-2192010.



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: