Monday, February 11, 2008

Berakhirnya Riwayat Najib - di cantas Dollah

"Salmah Ahmad" salmahumno@yahoo.com

Dalam traffic-jam sekitar 8:00 malam tadi (Ahad 10 Feb
2008) saya terdengar wawancara Radio 24 FM939 dengan
Prof Emiritus Dr Khoo Kay Khim.

Menurut Prof Khoo, masalah ekonomi, social, sukan dll
di Malaysia berpunca dari campurtangan orang politik.
Menurut beliau pemimpin politik di Malaysia sekarang
tidak di pilih dari kalangan yang bijak, ikhlas dan
berkhidmat untuk rakyat.

Orang politik dipilih dari kalangan Pak Turut.
Cendikiawan di Malaysia semakin ramai tapi idea bernas
mereka tidak digunakan.

Pemimpin politik, yang kebanyakannya tidak cerdik
lebih pentingkan kedudukan dan mengaut harta untuk
diri sendiri.

http://www.malaysia -today.net/ 2008/content/ view/2603/ 46/

Najib terhimpit dan bakal tersingkir
Oleh Kamal Amir
Monday, 11 February 2008

Dari kaji selidik yang dilakukan oleh kalangan orang
keliling menantu kesayangan Perdana Menteri itu amat
yakin Barisan Nasional mampu meraih kemenangan 2/3
seperti yang diimpikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan
pilihanraya kali ini juga turut melihat hampir
keseluruhan penyokong setia Timbalan Perdana Menteri
Dato Seri Najib Tun Razak digugurkan sebagai calon.

AKHIRNYA Abdullah Ahmad Badawi akur juga dengan
kehendak dan tuntutan menantu kesayangannya supaya
pilihanraya umum ke 12 dilakukan awal tahun ini. Teka
teki berhubung persoalan tarikh tersebut kian terjelma
apabila beliau memilih angka empat sebagai paksi
�fungsui�nya di mana pembubaran Dewan Rakyat bakal
dilakukan pada 13 Februari 2008 di mana (1+3 = 4).

Sementara tarikh penamaan calon pula diadakan pada
tanggal 22 Februari 2004 (2+2=4) dengan hari
pembuangan undi pula diadakan pada tanggal 1-3-2008
(sekali lagi 1 + 3 = 4). Begitulah menurut sumber
terdekat dengan orang kuat tingkat empat di Jabatan
Perdana Menteri.

Biarpun menurut perkiraan numerology masyarakat
Tionghua empat membawa maksud �mati� namun sebagai
perkiraan falaq tafsiran Tajul muluk yang menjadi
sebahagian daripada rujukan imam besar mahzab Islam
Hadhari, bulan safar yang menjelmakan angka empat
adalah sebagai sirna kegemilangan untuk Abdullah�.
Walahualam!! !

Biar apa pun seandainya benar kenyataan pembubaran
Dewan Rakyat dilakukan bererti sekali lagi seluruh
rakyat yang mendaftar dengan suruhanjaya pilihanraya
serta mencapai usia melebihi 21 tahun bakal berpeluang
memilih wakil mereka untuk menjadi ahli Dewan Rakyat
di mana untuk kali ini sejumlah 222 kerusi Parlimen
akan ditandingi.

Dari jumlah tersebut sebanyak 166 kerusi diperuntukkan
di bahagian-bahagian seluruh Semenanjung Malaysia
sementara Sabah 25 kerusi dan Sarawak 31 kerusi
menjadikan keseluruhannya berjumlah 222
kawasanParlimen.

Selain dari memilih ahli Parlimen, rakyat juga bakal
memilih calon-calon bagi kerusi Dewan Undangan negeri
kecuali negeri Sarawak yang diadakan pada tarikh dan
waktu yang lain. Menurut perangkaan suruhanjaya
pilihanraya dari 576 kerusi Dewan Undangan Negeri
rakyat akan memilih sejumlah 505 kerusi kerana 71
kerusi diperuntukkan bagi negeri Sarawak.

Disebabkan terlalu tingginya keyakinan Abdullah Ahmad
Badawi
terhadap kemampuan menantu kesayangannya Khairy
Jamaluddin ( si Kitol abad ini ) menjadi perancang
utama setiap gerakan politiknya maka diberitakan dari
222 buah kerusi Parlimen terdapat sebanyak 47 kerusi
bakal ditandingi oleh orang keliling serta kroni
politik anak muda keris berjulung itu.

Dalam erti kata lain ikrar dan persetujuan dalam
pertemuan di Perth Australia 20 Januari 2008 yang
dikatakan turut dihadiri sama oleh Abdullah Ahmad
Badawi
telahpun meluluskan sejumlah 47 muka baru bakal
ditonjolkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen di
mana kebanyakan calon datangnya dari kalangan pengikut
setia dan �balaci� politik Khairy Jamaluddin.

Mengikut sumber tersebut pecahan kerusi tersebut
adalah : 2 di Perlis, 6 Kedah, 6 Perak, 7 Selangor, 2
Wilayah Persekutuan, 3 Negeri Sembilan, 3 Melaka, 5
Johor, 4 Pahang, 1 Terengganu, 2 Kelantan, 2 Sabah dan
4 Sarawak.

Bagaimanapun sebahagian besar dari kerusi tersebut
juga dikatakan bakal berubah menjadi lebih seandainya
ketua perhubungan Umno Kelantan mampu meyakinkan
Abdullah Ahmad Badawi agar lebih ramai lagi muka baru
ditonjolkan. Disamping itu kedudukan di Pulau Pinang
masih samar-samar kerana terdapat perbalahan serta
perpecahan sebegitu teruk diantara pimpinan MCA dan
Gerakan serta MIC yang masih berebut untuk menambahkan
lagi kuota kerusi kepada mereka.

Dari kaji selidik yang dilakukan oleh kalangan orang
keliling menantu kesayangan Perdana Menteri itu amat
yakin Barisan Nasional mampu meraih kemenangan 2/3
seperti yang diimpikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan
pilihanraya kali ini juga turut melihat hampir
keseluruhan penyokong setia Timbalan Perdana Menteri
Dato Seri Najib Tun Razak digugurkan sebagai calon.

Kalaupun ada kalangan mereka yang tinggal hanyalah
penyokong serta juak yang sudahpun menukar kiblat
mereka kepada Khairy Jamaluddin seperti Ahmad Zahid
Hamidi, Jamaluddin Jarjis dan Nazri Tan Sri Aziz.
Selebihnya mereka pasti akan digugurkan sebagai
peluang terbaik bagi menantu Perdana Menteri
memperkukuhkan kedudukannya untuk menyingkirkan Najib
seusai musim pilihanraya nanti.

Kerusi-kerusi Parlimen yang bakal menyaksikan
pertukaran calon adalah seperti berikut:-

Sarawak kerusi Parlimen yang bakal berubah adalah Kota
Samarahan, Batang Sadong, Sarikie dan Santubong.
Sementara Perlis menyaksikan dua menteri penuh bakal
digugurkan terdiri dari Azmi Khalid dan Radzi Sheikh
Ahmad
bagi kerusi Padang Besar dan Kangar. Kedudukan
Syed Razlan tidak berubah.

Kedah bakal menyaksikan enam muka baru dari kalangan
�orang rapat� Khairy dengan kerusi Kulim Bandar Baru
diberikan kepada Aziz Sheikh Fadzir disamping itu
kerusi Parlimen Langkawi, Sungai Petani, Baling, Sik
dan Merbok bertukar ganti.

Enam kawasan di Perak bakal menyaksikan muka baru
terdiri dari Parit Buntar, Tasek Cenderoh, Parit,
Kuala Kangsar, Gerik dan Beruas sementara Selangor
pula menyaksikan tujuh kawasan yang bakal menonjolkan
muka baru terdiri dari Shah Alam, Gombak, Ampang,
Kuala Langat, Kuala Selangor, Serdang dan Tanjung
Karang.

Dua kerusi di Selangor diasaskan sebagai usaha
Abdullah mahu memperlihatkan persoalan moral pemimpin
yang bersih kerana kedua-dua wakil rakyat tersebut
dikatakan menjadi bahan bualan kedai kopi dan pasaran
politik negara kerana dikatakan terseret dalam
persoalan cinta terlarang yang boleh menjadi ledakan
skandal rumahtangga sementara satu kerusi lagi
disebabkan sudah semakin tersebar cerita kes rasuah
dan serbuan disebuah kelab karaoke.

Wilayah Persekutuan pula menyaksikan dua kerusi
Parlimen di Titiwangsa dan Putrajaya bakal bertukar
ganti dengan calon muka baru di mana Titiwangsa adalah
sebagai memenuhi tuntutan Umno bahagian tersebut yang
menghantar bantahan serta memorandum agar wakil rakyat
dikawasan tersebut seharusnya dipilih dikalangan
pimpinan bahagian itu.

Penyingkiran Tengku Adnan Tengku Mansor dari
bertanding kerusi Putrajaya adalah merupakan ekoran
dari pendedahan pita video V.K Lingam yang tidak hanya
diledakkan oleh pimpinan parti Keadilan tetapi ia
turut dijadikan modal paling ampuh bagi membolehkan
anak emas Khairy Jamaluddin bernama Datuk Ahmad Zaki
menggantikannya. Biar apapun terdapat juga kemungkinan
menantu Perdana Menteri menjadikan Putrajaya sebagai
kerusi paling selamat untuk dirinya dari bertanding di
Rembau Negeri Sembilan.

Tiga kerusi Parlimen yang bakal menyaksikan perubahan
di Negeri Sembilan adalah bagi kawasan Kuala Pilah,
Jelebu dan Rembau di mana percaturan politik negeri
adapt pepatih itu di lihat semakin bergolak dan untuk
tujuan tersebut selain dari tiga kerusi Parlimen
terdapat juga sejumlah 14 kerusi Dewan Undangan Negeri
dari jumlah 36 kerusi bertukar tangan.

Melaka bakal menyaksikan perubahan kerusi bagi
Parlimen Masjid Tanah yang bakal diperuntukan kepada
Datuk Norza Zakaria , Jasin dan juga Tanga Batu
sebagai pertukaran untuk Datuk Ali Rustam berpindah
dari negeri Melaka untuk diangkat sebagai menteri
penuh di peringkat kerajaan federal dalam usaha
menyediakan laluan mudah apabila sampai masanya Khairy
Jamaluddin memintas Hishamuddin Tun Husein seterusnya
menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lima kerusi Parlimen di Johor pula melibatkan kawasan
Bakri, Labis (kedua-duanya dari kumpulan yang
disingkirkan oleh MCA) Parit Sulong, Simpang Rengam,
Seri Gading dan Semberong disebabkan kemungkinan besar
Hishamuddin di hantar pulang ke peringkat negeri untuk
tidak lagi menjadi pesaing kepada percaturan politik
Khairy untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri di
usia empat puluh tahun.

Pahang pula menyaksikan empat kerusi Parlimen bertukar
ganti di mana Bera yang diwakili oleh Ismail Sabri
akan digantikan dengan calon pilihan Khairy termasuk
kerusi Temerloh, Paya Besar dan Cameron Highlands
sementara Terengganu pula hanya menyaksikan satu
sahaja perubahan melibatkan kawasan Hulu Terengganu.
Kalaupun Idris Jusoh mungkin digantikan oleh Datuk Wan
Farid (setiausaha politik Abdullah ) beliau mungkin
berubah kawasan yang belum dipastikan.

Kelantan pasti menyaksikan dua kerusi bertukar calon
melibatkan Parlimen Kota Bharu dan Tanah Merah.
Bagaimanapun berita semakin tersebar kencang untuk
kumpulan Anwar Musa menolak Tengku Razaleigh Hamzah
dari bertanding di Gua Musang sebagai tempat selamat
untuk dirinya sendiri seandainya Datuk Alwi masih
bertegas mahu bertanding di kerusi Ketereh.

Sabah setakat ini dikhabarkan dua kawasan pasti
bertukar ganti adalah bagi Parlimen Kalabakan dan
Semporna kerana Datuk Shafie Afdal semakin diyakini
oleh Abdullah untuk dibawa pulang ke negeri bawah bayu
bagi kelangsungan politik masa depan menantunya.

Melihat dari perubahan sejumlah 47 kawasan Parlimen
yang sebahagian besar akan diisi oleh para juak serta
hulubalang Khairy Jamaluddin pastinya perpecahan
dikalangan pimpinan Umno semakin terserlah dan
bagaikan �retak menanti belah� di mana kedudukan Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak kian diasak untuk tidak lagi
menyimpan angan menggantikan Abdullah Ahmad Badawi.

Penyingkiran lebih lapan puluh peratus penyokong Najib
di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(insyallah akan kita siarkan dicatatan akan datang)
adalah sebagai isyarat awal Khairy Jamaluddin yang
pasti bakal �menyembelih� Najib sebagai korban politik
pertamanya.

Pendedahan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
kononnya Abdullah hanya layak sebagai Perdana Menteri
untuk tempoh satu penggal sebelum menyerahkan kepada
Najib menjadi iltizam serta semangat berkobar-kobar
Khairy mahu �meletakan paku terakhir bagi keranda
politik Datuk Najib�. Begitulah perkhabaran yang
dibawa dari Perth , Australia selepas malam 20 Januari
2008.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: