Thursday, February 28, 2008

bentang menifesto ke bajet / 2 VIDEO / tidak berpijak di bumi nyata

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

SIASAH

Pak Lah bentang menifesto ke bajet, tanya Husam


KOTA BHARU, 27 Feb: Naib Presdien PAS, Datuk Husam Musa mempertikaikan apa yang dilancarkan oleh Barisan Nasional (BN) baru-baru samada ianya manifesto mereka atau bajet?

Ini kerana, perbentangan itu seumpama bajet sahaja dan bukannya manifesto parti politik untuk menghadapi pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar hariannya pada 26 Februari lepas.

Husam juga mempertikaikan manifesto yang bertema Selamat, Aman dan Makmur itu.

"Saya rasa manifesto ini akan menikam BN sendiri kerana track rekod empat tahun lepas kita telah hilang rasa aman dan selamat tersebut terutama kerana peningkatan jenayah yang ketara selepas Pak Lah menjadi PM berdasar statistik berbanding zaman Tun Mahathir yang telah alami penurunan jenayah antara tahun 1999-2004," kata Husam.

Menurut Husam, selama empat tahun pentadbiran Pak Lah, tidak ada apa-apa tindakan berkesan bagi mengekang jenayah dari meningkat.

"Jadi pada saya rakyat menilai kredibiliti ini. Kalau empat tahun dulu dia berjanji tak boleh buat apa, apa bukti dia akan boleh laksanakan 61 ikrar baru untuk empat tahun akan datang," kata beliau.

Beliau juga mempertikaikan cara penyelesaian yang dibuat oleh pentadbiran Pak Lah untuk menghadapi segala masalah yang menimpa negara ini.

"Pada saya manifesto ini hanyalah satu panadol. Tak boleh sembuh penyakit negara kita dengan makan panadol ini tiap-tiap hari. Doktor pun marah kalau makan panadol banyak sangat," kata beliau mempertikaikan cara penyelesaian yang dikemukakan Abdullah.



webtv8
Pelancaran PIAGAM RAKYAT
http://www.youtube. com/watch? v=BK3r4feU3B0




Suara Rakyat Suara Keramat

Manifesto Pas (klik sini untuk tonton video)



Manifesto BN tidak berpijak di bumi nyata
Mohd Sabri Said
Wed | Feb 27, 08 | 3:14:01 pm MYT
PULAU PINANG, 27 Feb (Hrkh) - Calon Parlimen P.41, Kepala Batas, Ustaz Subri Md Arshad menyifatkan manifesto Barisan Nasional (BN) 'Selamat, Aman dan Makmur' tidak berdasarkan realiti dengan apa yang terjadi masa kini.
Beliau bertanya, adakah negara kita selamat pada erti kata sebenar sedangkan banyak kejadian yang merosakan emej negara berlaku waktu sekarang?

Katanya, sampai kini, orang ramai masih bimbang dengan keruntuhan moral, penderaan anak, penculikan dan seumpamanya.

"Contoh paling ketara ialah kehilangan adik Sharlinie yang sampai kini tidak ditemui. Kematian adik Nurin Jazlin yang menyayat hati dan banyak lagi kes pembunuhan," tegasnya ketika diminta mengulas manifesto BN semalam.

Aman pula tambahnya, tidak sesuai langsung diperkatakan terhadap negara ini kerana negara sudah kehilangan kepercayaan apabila sistem kehakiman diguris, sistem demokrasi dipermainkan serta kewibawaan polis hancur ekoran banyak kes jenayah berlaku di mana-mana.

Manakala makmur pula katanya, negara tidak lagi sempurna seperti dulu kerana banyak aset negara terlepas kepada warga luar.

Kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), Koridor Wilayah Utara, Wilayah Timur, Sabah dan Sarawak bukan mendatangkan banyak keuntungan pada rakyat bawahan bahkan menambah keperitan, katanya.

"Yang dapat projek nanti hanyalah orang tertentu atau kroni terdekat dengan kepimpinan sahaja. Ada juga yang bukan terdiri daripada ahli perniagaan pun turut mendapat habuan kerana punya hubungan dengan ahli politik. Mereka yang benar-benar layak hanya berputih mata," tambahnya.




*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: