Monday, February 18, 2008

Bakal Menteri Besar Johor Adalah Peminat Keris Telanjang

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Bakal Menteri Besar Johor Adalah Peminat Keris Telanjang
Desas desus dan spekulasi tentang kedudukan Menteri Besar Johor sekarang, Datuk Abdul Ghani Othman mula menjadi teka-teki kepada rakyat Johor. Sumber-sumber mengatakan yang MB Johor ini akan ditukar dengan Menteri Pelajaran sekarang ini Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Semalam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.
Rakyat mengenali beliau sebagai seorang yang diumpamakan 'baling batu sembunyi tangan'. PASJB melihat rakyat Johor bakal berdepan dengan masalah lebih besar iaitu masalah perkauman.
Beliau juga dilihat sebagai juara kaum melayu sedangkan beliau adalah seorang pengecut bila kaum-kaum lain bersuara beliau tidak mampu menjawab dan hanya membisu.
Itulah dia retorik murahan seorang menteri yang berangan-angan untuk meneruskan legasi gemilang keluarganya. Sedangkan beliau dilihat sebagai waris perosak lagenda Dato Onn Jaafar.
Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein dilihat sebagai seorang penjulang keris telanjang dalam Perhimpunan Agong Umno sejak beberapa tahun ini. Lagak beliau telah dipersoalkan oleh beberapa pimpinan dan penyokong parti-parti komponen BN.
Beliau adalah seorang menteri yang banyak mengampu dan banyak cakap, sedangkan rakyat mengetahui banyak janji-janji beliau adalah bohong belaka. Isu pemansuhan yuran untuk penggal persekolahan tahun 2008 ini cukup untuk rakyat menilai prestasi beliau yang bercakap tidak serupa bikin.
Sifat pengecut beliau juga terserlah apabila tahun 2004 yang lalu beliau bertanding di Parlimen Sembrong, satu kawasan yang terperosok dan tertinggal dengan arus pembangunan.
Samada beliau akan dilantik, kita tunggu apakah nasib yang bakal diterima oleh rakyat Johor sekiranya tersilap pilihan.
Tumbangkan Umno dan BN Johor....

Sumber : Jundullah


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: