Monday, February 4, 2008

ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI DILANDA BANJIR - 29/1/08

".::anim::." angah.anim@gmail.com

ssalamualaikum dan selamat sejahtera,

Saya telah menerima email berkenaan asrama ini yang di landa banjir
pada Selasa (29/1/08) yg lalu pada waktu petang akibat dari BAN BANJIR
yang menghalang air sungai dari melmpah telah pecah. Asrama dan
kawasan sekitar telah ditengelami air dengan kedalaman mlebihi 2 kaki
dalam masa kurang dari 10 minit.

Saya telah menghubungi En Khairul untuk kepastian (sbb email asal
tarikhnya 29/1/07 - salah taip), dlm masa yang begitu singkat, byk brg
yg tidak dpt diselamatkan, termasuk barangan makanan. Jumlah kerosakan
dan kerugian masih tidak dapat dipastikan. Pakaian sekolah bagi
pelajar lelaki kebanyakannya kekuningan kerana terkena lumpur.
Beberapa almari terpaksa di buang kerana rosak teruk. begitu juga
tilam dan juga makanan2 dan barang keperluan kering yang tidak berada
di dalam tin telah rosak dan di hanyutkan air seperti beras, gula,
sabun dll.

Pihak asrama pada hari ini masih lagi dalam proses mengemas dan
membersihkan asrama dari banjir.

Mereka merayu sekiranya dapat membantu bagi meringankan sedikit
kesulitan yang mereka alami.

Wassalam.

http://asrama- nurul-iman. blogspot. com/

____________ _________ _________ __
From: Zulkifli Hasim
Sent: Monday, February 04, 2008 9:22 AM
To: Zanisahanim Mohd Kamarudin
Subject: FW: ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI DILANDA BANJIR

FYI & A.
____________ _________ _________ __

From: Mustafa Kamal Ahamed
Sent: Friday, February 01, 2008 12:25 PM
To: Siti Arma Yusof; Sohaimi Hasan; Saharah Hj Abd Manas; Sehebudin
Ali; Noor Zahariah Ahmad; Abdul Manaf Ali; Halimah Abd Hamid; Rohani
Jaaffar; Ghazali Rashid; Mohamad Zain Abdul Rahman; Mohd Johari Alias;
Mohamad Hamid; Nur Muizz Mohamed Salleh; Nazirah Bahari; Nur Sukinah
Azizi; Zuraini Md Ali; Zulkifli Hasim; Shakirah Mohd Sofi; Rosszaini
bt Mohd.Ariff; Roselina Ramlan
Subject: FW: ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI DILANDA BANJIR

____________ _________ _________ __
____________ _________ _________ __

From: Abdul Razak Mohamad (UASB) [mailto:abdul.razak. mohamad@umw. com.my]
Sent: Friday, February 01, 2008 8:28 AM
To: Anizah Mohamad; NOORDIN BIN KHALID, PTMSB/GROUP ICT;
sulaiman@feiran. com.my; Abdul Razak, Samsul Amir
Subject: FW: ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI DILANDA BANJIR

Tolonglah Kami

Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu (2X)

Hidup kami dalam dunia
Tak berbapa tak beribu (2X)

Aduhai insan-insani tolonglah kami (2X)

Allah akan beri rahmat
Dari dunia ke akhirat

Tolong kami bantu kami
Anak-anak yatim piatu

Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela

Agar dapat kami rasa
Nikmat hidup di dunia

Seperti anak yang punya ibu dan bapa (2X)

Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma

Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela

Assalammualaikum wb…

Saudara2 ku yang di rahmati Allah. Asrama anak2 yatim Nurul Iman
Manjoi baru2 ini telah di timpa sedikit musibah(Banjir) yang telah
merosakakn banyak keperluan asas anak2 yatim tersebut. Saya merayu
sebagai saudara Muslim anda semua dan bagi pihal Asrama tersebut agar
dapat lah saudara2 ku menghulurkan bantuan semaksimum mungkin buat
meringankan beban pihak pentadbir Asrama tersebut. Lihat lah saudara2
ku gambar2 dan berita yg di hantar oleh Pengurus pusat yatim itu untuk
tatapan kita bersama. Moga anak2 yatim itu tidak akan tidur dalam
keadaan kesejukan dengan adanya sumbangan maksimum dari kita. Allah
jua yang akan membalas segala amalan kita nanti... Sambung2kanlah
kepada sahabat2 anda....

Bantuan boleh lah di salurkan terus kepada saya secepat mungkin.

Yang mengharap hanya redho Allah.

Ext 5272 or 019-2213722

____________ _________ _________ __

From: Ibrahim Abu Bakar (UASB)
Sent: Wednesday, January 30, 2008 11:08 AM
To: Ismail Hj Joned (UASB)
Subject: RE: ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI DILANDA BANJIR

I suggest you bring this up to our Surau committee, maybe the Surau
can start a collection tabung.

For UASB & Pennzoil, you can forward this and collect donations.

____________ _________ _________ __

From: Khairul [mailto:khairul@nuruliman. org.my]
Sent: Wednesday, January 30, 2008 9:56 PM
To: Ismail Hj Joned (UASB)
Subject: ASRAMA ANAK YATIM NURUL IMAN MANJOI DILANDA BANJIR
Importance: High

Assalamualaikum,

Tuan,

Pada petang 29/1/2007 Pusat Jagaan Anak
Anak Yatim Dan Miskin Nurul Iman, Plot 359 Lorong Dato Kampung Manjoi,
Ipoh, Perak. Telah Dilanda Banjir sedalam lebih 2 kaki akibat dari
BAN BANJIR yang menghalang air sungai dari melmpah telah pecah dan
dengan hanya kurang dari 10 minit untuk kawasan sekitar telah
ditengelami air dengan kedalaman mlebihi 2 kaki.

Dengan masa yang begitu singkat, penghuni
asrama tidak dapat mnyelamatkan kesemua kelngkapan termasuk barangan
makanan. Jumlah kerosakan dan kerugian masih tidak dapat dipastikan,
sebahagian kelengkapan sekolah , ke semua 23 unit almari dan 12 rak
buku yang diperbuat dari soft board telah rosak teruk dibahagian bawah
yang menjadi lembut dan terlerai dan tidak boleh digunakan lagi, 1
unit freezer, rak al-quran berserta karpet di blik sembahyang, 6 tilam
di asrama putera, beras simpanan, dan beberapa barangan kering yang
lain, sebab utama barangan tidak dapat dielamatkan adalah , kekurangan
masa serta tidak ada tempat yang lebih tinggi untuk meletakkan
barangan tersebut.

Untuk pengetahuan, beberapa unit computer
untuk kegunaan anak-anak disini juga telah musnah dan juga kelengkapan
pejabat.

Dengan ini saya amat mengharapkan bantuan dari tuan atau pihak tuan
bagi memperbaiki atau menganti kemudahan yang telah rosak dan bantuan
barangan makanan.

Pihak saya juga amat mengalukan lawatan pihak tuan ke asrama ini bagi
menilai sendiri ksusahan yang ditanggung, KEPEIHATINAN TUAN AMATLAH
DIHARGAI.

" Bersama Beramal"

Khairul Anuar Bin Mohd Razi

Pengurus

Pusat Jagaan Anak nak Yatim Da Miskin Nurul Iman

Plot 359, Lorong Dato, Kampung Manjoi,

30020 Ipoh, Perak .

http://asrama- nurul-iman. blogspot. com/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: