Tuesday, February 26, 2008

Apa Lagi Helah Penipuan SPR? / Gara-gara batal duti setem, Rashid 'takut'

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)
(Cetak dan Sebarkan Berita Kepada Rakyat!)

Dengan Izin...

Duti Setem: Apa Lagi Helah Penipuan SPR?

Saya menjangkakan blog ini tidak akan dikemaskini dalam tempoh yang agak lama memandangkan bahang pilihanraya sangat dirasai. Pun begitu, beberapa kekeliruan yang berlaku sepanjang penamaan calon pada hari ini sikit sebanyak menyebabkan saya tidak senang duduk untuk sekadar berdiam tanpa memberi pendapat saya.

Antara berita hangat sebagai pemula pagi ini ialah kemenangan BN tanpa bertanding di beberapa kawasan, iaitu 7 Parlimen dan 2 DUN. Salah satu DUN yang BN menang tanpa bertanding adalah di DUN Sementa melalui Abd Rahman Palil.

Laporan yang saya peroleh daripada Tranungkite. net:
Rahman Palil menang tanpa bertanding DUN Sementa
24/02/2008 11:00am

SHAH ALAM 24 Feb. _ Exco Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa di bawah kawasan Parlimen Kapar.

Sehingga tempoh pencalonan ditutup pukul 10 pagi ini, beliau satu-satunya calon yang tampil mengemukakan kertas pencalonan di pusat penamaan selepas tidak ada calon pembangkang mahupun bebas yang tampil.

Calon asal daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suzaimi Salam tidak hadir sementara calon pengganti ditolak pencalonan ekoran borang akaun bersumpah 5A tidak lengkap kerana tidak ada duti setem.
******

Saya tidak mahu ulas tentang calon KeADILan yang tidak hadir. Biarlah dia dan Allah saja menyelesaikan �hutang� itu di atas muka bumi. Yang menjadi pertikaian adalah kononnya calon pengganti tidak boleh bertanding kerana borangnya tidak ada duti setem.

Arahan tergesa-gesa SPR mengenakan duti setem ini sememangnya dibantah keras oleh pembangkang, apatah lagi ia dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Datuk Mustafa Ali di Malaysiakini, peraturan ini adalah sangat tidak adil buat semua parti. Tetapi saya melihat ini seolah-olah satu usaha mengekang pembangkang secara �serang hendap�, khususnya calon pembangkang di Pantai Timur (lihat berita Harakahdaily).

Pemantau pilihanraya bertauliah, Mafrel juga menyelar tindakan SPR ini melalui Timbalan Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh.

Pun begitu, atas kepatuhan pada peraturan, maka peraturan ini diikut juga oleh pembangkang agar kemenangan ini berada dalam �ketaatan kepada undang-undang�.

Pun begitu cerita berbeza berlaku hari ini, sewaktu penamaan calon. Dalam keadaan calon pengganti di DUN Sementa dinafikan hak kerana duti setem, di Parlimen Titiwangsa lain ceritanya apabila bantahan yang dibuat calon PAS, Dr Lo�lo Hj Ghazali tidak dilayan SPR.

Hal yang sama berlaku di Parlimen Marang apabila kelima-lima calon BN tidak menunaikan duti setem sebagaimana yang diarahkan. Apabila bantahan dibuat, katanya arahan tersebut telah digugurkan pada 23hb Februari 2008 tanpa memaklumkan kepada pembangkang!

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mempertikaikan ketidakadilan yang berlaku ini, dengan menyifatkan ini ada hubungkait dengan masalah calon yang berlaku di kalangan Umno Terengganu seperti dilaporkan Malaysiakini.

Difahamkan, PAS Terengganu akan mengemukakan saman atas peraturan mengelirukan ini. Lapor Harakahdaily:
Timbalan Pesuruhjayanya, Dato� Wan Abdul Mutalib Embong, berkata pihaknya akan menyaman SPR yang mengeluarkan surat peraturan mengarahkan mereka yang mahu bertanding dalam pilihan raya kali ini, menyerahkan borang mereka dengan dikenakan duti setem

Beliau yang berkata demikian ketika ditemui selepas penamaan calon di Kompleks Seri Iman di sini, tengahari tadi, menyifatkan SPR ada niat buruk terhadap pembangkang.

�Sebaliknya apabila berlaku insiden di Marang di mana kesemua lima calon Barisan Nasional (BN) mengemukakan borang tidak berduti setem, dan apabila bantahan dibuat, tiba-tiba SPR mengeluarkan surat yang didakwa bertarikh 23 Februari memansuhkan surat arahan itu yang dikeluarkan pada 21 Februari,� ujarnya.

Surat arahan pertama turut menyatakan mereka yang tidak berbuat demikian boleh dibatalkan menyertai pertandingan pilihan raya umum kali ini.

�Kita telah mengemukakan bantahan tersebut ke atas lima calon BN di Marang, bagaimanapun ditolak oleh SPR dengan mengemukakan alasan baru iaitu surat bertarikh 23 Februari, memansuhkan surat arahan 21 Februari.

Bagaimana ini boleh berlaku? Kita tahu di Kuala Lumpur cuti hujung minggu,� ujarnya.
*****

Sekiranya calon-calon BN di Parlimen Titiwangsa, Parlimen Marang dibenarkan untuk menggunakan �arahan terbaru SPR� itu, kenapa calon pengganti di DUN Sementa dinafikan haknya untuk bertanding atas kegagalan yang turut dilakukan oleh calon BN?

Kenapa perlu wujud double standard dalam hal ini? Kelihatan padang permainan semakin tidak rata.

Dan ingatlah, ini hari pertama. Kita bakal mengharungi 13 hari lagi untuk menyaksikan apakah bentuk landskap politik tanah air. Dan kita menantikan juga apa lagi yang bakal dicelarukan. .

Saya tidak ada masalah siapapun memerintah negara, asal saja kepimpinan itu berwibawa dan mandat itu diperoleh secara sah dan suci daripada rakyat, dengan padang permainan yang rata dan saksama. Tetapi perkembangan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam diri saya, apa lagi helah SPR selepas ini?

Moga Allah melindungi perjalanan pilihanraya umum ke-12 ini sebermula esok.Amin.
Salmiyah Harun
Mon | Feb 25, 08 | 6:18:40 pm MYT
PUTRAJAYA, 25 Feb (Hrkh) - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman enggan berdepan dengan calon-calon PAS ketika menyerahkan memorandum bantahan berhubung pembatalan 'duti setem' tidak sampai 24 jam sebelum hari penamaan calon.
Dalam rombongan itu, Calon Parlimen Kuala Terengganu, Mohamad Sabu; Calon Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali; calon Parlimen Tanjung Karang, Hanipa Maidin dan calon Parlimen Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad yang tiba di lobi SPR meminta Pegawai Perhubungan Awam (PR) SPR membawa mereka untuk bertemu dengan Abdul Rashid.

Bagaimanapun PR SPR Sabri Said memberitahu beliau hanya dibenarkan menerima memo bantahan daripada PAS di lobi sahaja.

Kata-kata Sabri itu, membuatkan Mohamad Sabu, Hanifa, Lo'Lo' tidak berpuas hati dan mendesak Sabri untuk memanggil Abdul Rashid turun bertemu mereka atau mereka bertemu Abdul Rashid.

Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila Sabri terus menegaskan beliau menerima arahan untuk menerima memo di lobi sahaja selepas beliau menghubungi Rashid melalui telefon bimbitnya.
"Sila panggil dia turun, atau kami yang naik, apa..SPR ni..biadap, pilihan raya kali ini lebih teruk dan kotor daripada tahun 2004," kata Mohamad Sabu dengan nada marah.

"Tak ada, tak ada... kami nak jumpa dia sekarang! Telefon dia sekarang atau biar kami bercakap dengan dia," tegas Hanipa Maidin.

"Sekejap cakap nak duti setem, kejap cakap tak perlu duti setem, bila Umno tidak mampu buat duti setem, SPR terus batalkan arahan itu," tambah Hanipa yang mahukan penjelasan daripada Abdul Rashid sendiri berhubung perkara itu.

"Kalau dia tak mahu jumpa kami boleh kami bercakap dengan dia atau ada mana-mana 'line' telefon di sini boleh sambungkan kepada dia, kami nak bercakap dengan dia juga," celah Dr Lo' Lo'.

"Kenapa beliau tidak mahu jumpa dengan kami, atau SPR takut untuk berdepan dengan kami, kami nak jumpa orang yang mengeluarkan arahan kepada kita, dia (Rashid) yang keluarkan surat itu jadi dia berhak untuk memberi penjelasan," kata Dr Lo'Lo'.

Keadaan bertambah tegang, apabila Sabri memaklumkan kepada rombongan PAS mereka tidak akan menerima memo itu jika PAS berkeras untuk berjumpa dengan Abdul Rashid.

Bahkan Sabri turut mengarahkan beberapa pegawai keselamatan untuk menghalau rombongan PAS kira-kira 30 orang.

Atas sikap Pengerusi SPR yang enggan bertemu dengan PAS itu, Mohamad Sabu bertindak mengoyak kertas memo yang hendak disampaikan kepada Abdul Rashid di depan lobi kemudian melempar cebisan kertas itu di situ.

Sebelum ini, SPR mengarahkan calon yang bertanding mendapatkan pengesahan duti setem, arahan itu dikeluarkan pada jam 3 petang hari Khamis (21 Februari 2008).

Bagaimanapun, SPR juga membatalkan arahan tersebut pada tengah malam hari Sabtu iaitu beberapa jam sebelum penamaan calon.

Arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada calon-calon pembangkang di kalangan PAS menyebabkan PAS membuat bantahan di lima kerusi Dun Marang dan Parlimen Titiwangsa kerana tidak mengetahui arahan memansuhkan 'duti setem' itu.

PAS terkejut bantahan mereka ditolak kerana 'duti setem' itu terus dimansuhkan melalui surat yang ditunjukkan oleh wakil SPR ketika penamaan calon di Marang. - mks.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

No comments: