Wednesday, February 6, 2008

[Aduan Rakyat] MINUMAN BERALKOHOL - Mana Pemimpin Islam, Mana JAKIM, Mana dan Mana..?

"shazirawati shamsuddin" wazir_749@yahoo.com.my

Macam jus tapi kaya alkohol

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@ kosmo.com. my

GEORGE TOWN – Beberapa jenis minuman ringan dalam botol dengan pelbagai perisa buah-buahan didapati mengandungi alkohol pada paras yang mengatasi bir serta boleh memabukkan jika diminum berlebihan.

Minuman itu yang membanjiri pasaran kira-kira setahun yang lalu, dijual
secara terbuka dan mudah diperoleh di kedai serta pasar raya.

Sebagai daya tarikan kepada golongan muda termasuk pelajar sekolah, ia dijual dengan bungkusan warna warni.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris
berkata, penjualan minuman itu bertentangan dengan undang-undang negara yang melarang ia dibeli individu berumur 18 tahun ke bawah.

Katanya, sebahagian minuman itu mengandungi kadar alkohol 5.5 peratus lebih tinggi berbanding kadar alkohol dalam bir tetapi ia masih bebas dijual kepada pelajar sekolah.

“Label yang digunakan mengelirukan serta memberi gambaran ia tidak
memudaratkan kesihatan,’’' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Antara minuman seperti itu yang banyak di pasaran ialah Hoopers Hooch Apple, Pelican Pink Vodka, Pelican Tropical Fruit, Blackcurrent + Vodka dan Lemon Limonya yang dijual antara RM4 hingga RM10 sebotol.

S.M. Mohamed berkata, kebiasaannya maklumat berkaitan kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan huruf kecil serta sukar dibaca.
“Ada pengguna menyangka mereka membeli minuman buah-buahan atau jus tanpa mengetahui ia minuman beralkohol,’’ ujarnya memberitahu CAP menerima banyak aduan ibu bapa bahawa anak mereka sudah mengambil minuman beralkohol ini.

Katanya, beliau turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengetatkan penjualan produk tersebut.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: