Tuesday, February 12, 2008

Adik Mustapha Ali Masuk UMNO??? RAKYAT Malaysia diTIPU lagi....

"Ahmad Sayuti Bin Bashiron" assayuti@gmail.com

Paper hari ni, berita TV semalam sibuk memperkatakan abang (abang ke-2) Dato' Mustapha Ali, Pengarah JPPP masuk UMNO...

Untuk maklumat [source sebenar]; Abang Cikgu Pha ini; ZAKARIA @ SUPAR BIN ALI, dah lama menjadi AHLI UMNO MALAYSIA, dan tak pernah pun menjadi ahli PAS... Sejak penghujung tahun 1990an pun beliau dah bersama dengan UMNO, dan sebelum PAS memang tahun 1999 di Terengganu, beliau telah mengisi borang AHLI UMNO untuk kali pertama... dah buat declaration!

Nama : ZAKARIA @ SUPAR BIN ALI
No IC : 431104115043
No Ahli : 02812128 ....
Cawangan : UMNO Cawangan Seberang Marang, di Dun Rhu Rendang, Parlimen

Maklumat keahlian beliau dah bertahun2 lama direkod sebagai AHLI UMNO Malaysia, kalau check dlm website UMNO Malaysia sekalipun nama beliau memang dah lama jadi Ahli. Untuk makluman, no keahlian terkini Terengganu sekarang bermula dengan 038XXXXX

Sebaik PAS menang 1999 beliau mendiamkan diri sampailah semalam di hadapan pemberita & pembesar UMNO termasuk MB Terengganu merancang komplot untuk Cikgu Zakaria mengisytiharkan "keluar PAS", dan "masuk UMNO". Ajaib!

Inilah jenis permainan UMNO kebelakangan ini, demi duit dan glamour, semua boleh jadi. Malam tadi kalau lihat "Al Kulliyyah" bukan main sedap lagi Idris Jusoh + Mashitah membahaskan isu ketemadunan Ummat Islam, walhal beliau sendiri yang menipu rakyat Malaysia melalui media tersebut. Ingatlah pesanan Cikgu Pha, pada UMNO tolonglah jaga abang beliau itu, sebab dia menghidapi penyakit yang memerlukan perhatian doktor berpanjangan. ...

UMNO tolonglah jaga elok-elok orang yang dah beberapa kali declare masuk UMNO untuk mendapatkan duit tersebut...! Berilah dia peluang untuk mendapatkan rawatan doktor yang sepatutnya! Orang PAS, tak payahlah gelabah dengan permainan sepanjang zaman pilihanraya ini. Sejarah tetap akan berulang....
Jzklh...
assayuti

============ ========= ========= ========= =





Abang Mustapa Ali masuk UMNO

Oleh Nor Aziah Jaafar

MARANG 10 Feb. - Kedudukan Pas di Terengganu terus goyah apabila semakin ramai penyokongnya hilang keyakinan terhadap perjuangan Islam yang dilaungkan sebelum ini.

Terbaru, parti itu menerima tamparan hebat apabila abang kepada Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali mengambil keputusan menyertai UMNO setelah kecewa dengan tindakan-tindakan pemimpin Pas yang tidak mencerminkan perjuangan Islam sebenar.

Zakaria Ali, 63, dari Alur Tuman bersama 20 penyokong Pas berikrar menyokong UMNO setelah berasa Pas telah lari daripada matlamat asal untuk memperjuangkan Islam dan tidak mampu membela kebajikan rakyat di negara ini.

Borang penyertaan Zakaria dan penyokong Pas yang lain ke dalam UMNO diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada majlis Penutup Perkampungan Hadhari Peringkat Daerah Marang di sini malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar selaku Ahli Parlimen Marang dan Ketua UMNO Bahagian Marang.

Zakaria ketika ditemui selepas itu berkata, Pas tidak berupaya untuk mentadbir sebuah negara kerana parti serta diri mereka pun tidak mampu ditadbir mengikut cara Islam.

''Kita patut mengekalkan pemerintah yang ada pada masa ini kerana hanya mereka yang mampu membela nasib rakyat.

''Jangan kita biarkan kerajaan yang ada sekarang dimusnahkan oleh mana-mana pihak dan beri mereka (BN) kepercayaan untuk terus memenangi pilihan raya akan datang," ujarnya.

Katanya, parti Pas tidak akan mampu mentadbir sebuah negara serta melaksanakan kesemua perkara yang dilakukan oleh BN selagi pemimpinnya tidak memperbaiki kepincangan dan memperbetulkan tindakan-tindakan mereka mengikut kehendak Islam sebenar.

Zakaria yang merupakan seorang pesara guru berkata, beliau berjaya menyekolahkan kesemua enam anaknya sehingga ke universiti hasil pelbagai dasar dan peluang pendidikan yang disediakan oleh kerajaan BN untuk membantu golongan memerlukan sepertinya.

''Jika kita lihat, kerajaan pada masa ini banyak membantu golongan miskin seperti anak-anak nelayan dan petani dengan menyediakan bantuan persekolahan sehingga ramai di kalangan mereka mampu menjadi doktor, arkitek dan peguam.

''Negara juga kini mempunyai sistem perbankan Islam serta Tabung Haji yang membantu meningkatkan ekonomi umat Islam," ujarnya yang merupakan anak kedua daripada enam beradik manakala Mustapa merupakan anak ketiga.

Menurut Zakaria, beliau yang membuat pemerhatian sejak tahun 1969 berharap Pas akan berubah, namun kecewa kerana perkara itu tidak pernah berlaku.

Ketika ditanya sama ada Mustapa mengetahui penyertaannya ke dalam UMNO, katanya, hubungan mereka adik beradik tidak begitu rapat dan jarang berhubungan.

Mengenai anak-anaknya, jelas beliau, ia terserah kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada menyokong UMNO atau Pas apabila tamat belajar nanti.

''Saya berasa mereka cukup bijak untuk menilai sendiri kerajaan mana yang lebih baik untuk mentadbir negara," ujarnya.



'Jagalah abang saya dengan baik' - Mustafa Ali
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Feb 11, 08 | 12:17:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata, beliau mengharapkan mana-mana pihak yang mendekati abangnya, Zakaria Ali termasuk pemimpin Umno supaya menjaga abangnya itu dengan baik.

Dalam satu ulasannya hari ini Mustafa berkata, beliau mengesahkan Zakaria yang dikatakan menyertai Umno adalah abangnya.

Bagaimanapun Zakaria tidak pernah menyertai PAS dan Mustafa sendiri tidak pernah meminta Zakaria terlibat secara aktif di dalam PAS.

"Sepanjang karier politik saya, saya tidak pernah meminta dia (Zakaria) terlibat secara aktif dalam PAS kerana tidak mahu membebankan dia dengan isu-isu politik masyarakat dan negara berikutan dia sudah cukup terbeban dengan tanggungjawab terhadap kesihatannya," ujar Mustafa yang mengulas berita kemasukan abangnya ke dalam Umno.

Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, abangnya adalah seorang bekas guru yang bersara awal berikutan perakuan 'medical board' selepas mengalami kemalangan pada awal tahun 1960-an.

"Saya berharap bahawa sesiapa sahaja yang mendekati dan bersama beliau termasuk pemimpin Umno, supaya menjaga beliau dengan baik kerana beliau masih terus menerus di bawah pengawasan doktor akibat satu kemalangan jalan raya," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau juga berharap agar semua pihak tidak sakiti abangnya itu dengan perkataan atau perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan Zakaria, ujarnya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: