Monday, January 28, 2008

Zaman pelajar dapat biasiswa hanya tinggal kenangan

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Zaman pelajar dapat biasiswa hanya tinggal kenangan
Posted on Friday, January 18 @ 21:55:35 EST by reformis
Pendapat
Oleh Ketua Perusuh

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah satu daripada skim yang diujudkan oleh pihak Kerajaan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran sebagai satu projek sokongan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Malah SSPN dikendalikan sepenuhnya oleh pihak yang sama seperti PTPTN.



Kita semua sedia maklum bahawa kos pendidikan dan pelajaran di Malaysia saban hari semakin bertambah. Kenaikan kos ini selaras dengan kenaikan taraf hidup rakyat Malaysia (kononnya) dan kejatuhan nilai kuasa beli yang terdapat pada Ringgit Malaysia.


Satu masa dahulu, dengan RM50 seorang ketua keluarga boleh menampung kos makan minum selama seminggu, kini dengan kadar yang sama ianya cuma boleh bertahan paling lama dua hari. Bagi yang tinggal dibandar-bandar besar, biasanya nilai RM50 ini cuma bertahan setakat setengah hari sahaja.



Oleh kerana kos pendidikan di Malaysia semakin meningkat naik, tidak dapat tidak sebagai ketua keluarga kita perlukan bantuan (biasiswa atau pun pinjaman) untuk membolehkan anak-anak kita mendapat peluang pendidikan setara.
Namun dengan ketiadaan biasiswa Kerajaan Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini menyukarkan ibubapa mendapatkan pembelaan sewajarnya.



Dalam pada KDNK negara yang kononnya mengunjur dengan begitu baik (atas kertas ketika belanjawan @ bajet) sepatutnya Kerajaan Malaysia masih mampu untuk memberikan bantuan biasiswa pada kadar yang berpatutan.
Namun kini kita hanya mampu mengimbau kenangan silam bilamana ramai diantara kita (saya tidak pernah mendapat mana-mana biasiswa walaupun saya berhak mendapatkannya disatu masa dahulu) mendapat biasiswa ketika belajar.



Kini Kerajaan Malaysia menggalakkan semua ibubapa yang inginkan anak-anak mereka mendapatkan pelajaran yang setaraf membuat pinjaman pendidikan.
Malah beberapa bank-bank utama tempatan memberikan pinjaman mudah (walaupun banyak dokumen yang diperlukan serta perlukan dua orang penjamin yang berpendapatan melebihi RM2000 sebulan) dengan segera.



Kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan mengwar-warkan bahawa semua pelajar boleh mendapatkan pinjaman mudah dari PTPTN dengan kadar faedah serendah empat peratus.
Walaupun begitu pinjaman PTPTN ini sebenarnya banyak menyelindung perkara-perkara penting yang pada akhirnya mengikat peminjam dengan pelbagai kerenah (malah ada kalanya lebih berkerenah daripada ALONG).


Setelah dana yang ada pada PTPTN diselewengkan oleh beberapa pihak yang bersekongkol dengan pengendali PTPTN, kini sebagai bantuan tambahan SSPN pula diujudkan.

Dijangkakan seramai 150 ribu akaun baru SSPN akan dibuka demi untuk membolehkan simpanan dibuat untuk kemudahan pendidikan anak-anak. Bagi sesiapa yang tidak membuka akaun SSPN dan menyimpan di SSPN, maka anda tidak akan dapat menggunakan kemudahan pinjaman PTPTN.

Jika anda meminjam wang dari PTPTN, anda akan dikenakan faedah sekitar empat peratus dan juga kos pengendalian pinjaman. Akan tetapi jika anda menyimpan wang di SSPN sebagai satu syarat penting untuk pinjaman PTPTN, anda tidak akan diberikan apa-apa faedah atas simpanan yang anda lakukan itu.
Ini menunjukkan bahawa ada pihak yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda atas kesusahan pelajar mendapatkan bantuan pembiayaan.

Sepatutnya jika kita diwajibkan menyimpan di SSPN, maka kita berhak mendapat faedah (keuntungan) daripada simpanan tersebut dan pihak SSPN tidak boleh menafikan hak kita untuk mendapatkan faedah tersebut.
Akan tetapi itulah wayang yang biasa dibuat oleh beberapa pihak yang berkepentingan didalam sistem pendidikan negara.

Malah pihak Kerajaan Malaysia seperti bersekongkol dengan mereka-mereka ini dan menjadi penyamun kepada hasil titik peluh semua rakyat Malaysia.

Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan bahawa kita berhak menuntut satu kadar faedah yang rasional diberikan kepada semua penyimpan SSPN (sekurang-kurangnya pada kadar 6 peratus atau lebih).

Jika tidak maka kita berhak meminta bahawa kewajipan menyimpan di SSPN jika ingin meminjam dari PTPTN dibubarkan atau ditamatkan.
Saya ingin menggalakkan anda semua menyimpan dimana-mana tempat lain yang lebih menguntungkan anda dari segi kadar faedah.

Pada pandangan saya SSPN ini adalah satu wayang yang digunakan untuk mengaut keuntungan segera oleh pihak yang berkepentingan dan Kerajaan Malaysia.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: