Wednesday, January 2, 2008

XPDC dakwah di KLCC

"Oleh assyabab
Malam Terakhir 2007

Berita Oleh pemuda_putrajaya
Tepat pukul 12 malam tadi tahun baru 2008 menjelang dan 2007 melabuhkan tirainya. Seperti pada malam tahun baru sebelum ini, KLCC menjadi tempat tumpuan orang ramai melihat pertunjukan bunga api. Pelbagai pogram dianjurkan seperti konsert dianjurkan bagi memeriahkan malam itu.

Anak-anak muda pastinya menjadi golongan yang majoriti pada malam semalam. Mereka datang dengan pelbagai ragam dan gaya pada malam itu. Ada yang datang untuk melihat pertunjukan bunga api, menyaksikan artis-artis pujaan mereka membuat persembahan, dan tidak kurang juga yang datang dengan berpasangan dan berdua-duaan melakukan pelbagai kegiatan maksiat.

Kehadiran Duta Penyelamat dan Kasih Sayang
Saya menyertai program XPDC dakwah anjuran Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang diadakan disekitar KLCC pada malam itu. Lebih kurang 500 pemuda dan pemudi Islam menyertai program tersebut. Kehadiran pada malam itu lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini. Program ini juga di sertai oleh pimpinan- pimpinan seperti YB. Salahudin, saudara Sabki, Hj Mohamad Noor, Dr. Lo’lo’ dan lain-lain pimpinan PAS diperingkat negeri, kawasan dan cawangan.


Aktiviti pada malam itu bertujuan untuk mendekati masyarakat dan golongan remaja sambil mengedarkan risalah dakwah, bagi memberi kesedaran kepada mereka.


Pimpinan memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada peserta XPDC pada malam itu, sebelum program edaran bermula. YB Salahudin mengingatkan kepada peserta bahawa kehadiran mereka pada malam itu adalah sebagai “duta penyelamat dan kasih sayang” bagi menyelamatkan masyarakat terutamanya muda-mudi negara kita yang semakin tenggelam dengan arus kejahilan. Beliau juga mengingatkan kepada peserta supaya berusaha mendekati dan bercakap dengan mereka, supaya sekurang-kurangnya jauh disudut hati mereka akan tercetus rasa ingin menjadi seorang manusia yang baik. Saudara Sabki pula meyakinkan kepada para peserta bahawa kehadiran mereka pada malam itu sebagai menyahut perintah Allah untuk mengajak kepada ma’ruf dan mencegah kepada kemungkaran.


Selain itu, program nasyid juga telah diadakan di Masjid Asy-Syikirin sebagai alternatif kepada pengunjung pada malam itu. Akil Hayy dan beberapa kumpulan nasyid memberikan persembahan yang bersemangat bagi menarik pengunjung disekitar KLCC pada malam itu.


Respon orang ramai
Kehadiran kumpulan XPDC ini menarik perhatian pengunjung KLCC pada malam itu. Orang ramai menerima risalah yang diedarkan dengan baik. Tidak kurang juga yang memandang sinis kehadiran kumpulan ini. Ada juga orang yang menerima risalah tersebut setelah dipujuk. Orang ramai mengucapkan terima kasih atas pemberian risalah tersebut Terdapat jugak peserta yang mengambil kesempatan bersembang mesra dengan pengunjung pada malam itu. Terdapat ramai juga pengunjung yang datang daripada luar Lembah Kelang seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan semata-mata untuk melihat pertunjukan bunga api.


Beberapa orang pengunjung terkejut dengan kehadiran YB Salahudin pada malam itu, kerana tidak menyangka seorang ahli parlimen boleh ada bersama-sama mengedarkan risalah pada malam itu. Terdapat juga anak-anak muda yang nakal mengambil kesempatan bergambar bersama YB Salahudin.


Selain itu kumpulan XPDC dakwah ini juga menarik perhatian pasukan polis dan FRU yang bertugas pada malam itu. Walaubagaimanapun setelah berbincang dengan YB Salahudin mereka membenarkan pengedaran risalah diteruskan, walaupaun ada juga pegawai yang cuba menghalang selepas mendapat arahan daripada pegawai atasan. Walaubagaimanapun para peserta tidak mempedulikan halangan tersebut dan terus berjumpa orang ramai dan mengedarkan risalah.


Masalah Sosial yang menakutkan
Melihat keadaan sosial pada malam itu, cukup membuatkan saya gerun. Bagaimanakah keadaan negara ini pada masa hadapan. Mampukah anak-anak muda ini menerajui negara di dalam arus globalisasi yang semakin mencabar pada masa akan datang. Apakah formula terbaik mengobati masalah sosial yang semakin kronik dalam negara kita ini? Atau adakah kita menunggu bala dan bencana daripada Allah barulah masyarakat kembali kepada Islam.

Pada pandangan saya, masalah ini tidak akan selesai. Malah ia akan menjadi lebih kronik sekiranya seluruh peringkat masyarakat daripada individu, masyarakat dan pemimpin tidak kembali kepada cara Islam yang sebenar. Pemimpin mesti membentuk negara dengan cara Islam dan bukan dengan akal semata-mata, kerana keamanan dan kekuatan negara akan terbentuk dengan mendapat pertolongan dari Allah. Pertolongan dariNya hanya akan diberikan jika negara kita mengamalkan Islam secara menyeluruh.


Meneruskan Perjuangan
Para pecinta Islam dan kebenaran, wajib meneruskan agenda perjuangan menegakkan Islam untuk membentuk negara yang baik dan dirahmati Allah. Pemimpin yang zalim mesti ditumbangkan dan agenda dakwah mesti diteruskan. Kita mesti yakin dengan janji Allah yang akan memberikan kemenangan kepada Islam dan seterusnya keadilan tertegak di muka bumi tercinta ini.

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. (Surah An-Nasr)

dppputrajaya.wordpress.com
rusli-islam.blogspot.com


*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: