Sunday, January 6, 2008

Unit Amal NS Lancar Skuad Khas / Wanita UMNO Cuba Halang Petugas PAS

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

UNIT AMAL NS LANCAR SKUAD KHAS
Posted on January 2, 2008 by jabamal

Dengan perubahan iklim global yang semakin tidak menentu pada ketika ini , Unit Amal Negeri Sembilan dalam perancangan untuk menubuhkan Skuad Khas untuk membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana alam di Malaysia ini seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

Unit Amal Negeri Sembilan sebelum ini telah menyertai beberapa misi membantu mangsa Tsunami di Kedah, mangsa banjir di Johor dan selatan Negeri Sembilan , dan pada ketika ini mangsa banjir di Pahang.

Pelbagai kemudahan dan peralatan asas adalah amat diperlukan untuk menjayakan misi membantu mangsa bencana alam bukan sahaja ketika musibah tersebut melanda malah selepas musibah antaranya untuk membersih rumah, masjid, surau dan sekolah selepas banjir.

Justeru itu Unit Amal N.Sembilan menyeru kepada orang ramai, khususnya di Negeri Sembilan untuk bersama menyumbang bagi melicinkan lagi perjalanan Skuad Khas Unit Amal N.Sembilan ini.

Antara kemudahan asas yang diperlukan ialah :
1. Kenderaan pacuan empat roda
2. Bot
3. Enjin bot
4. Set generator elektrik
5. Pam air berenjin
6. Mesin jet air
7. Jaket keselamatan
8. Walkie talkie
9. Sistem penapis air

Kepada mereka yang ingin menyumbang bolehlah menghubungi AJK Unit Amal N.Sembilan yang berikut :
Sufian 013-3589328
Zulkarnain 013-6341990
Nazri Zainal 019-9103431
Nazri Esa 012-6775537

Unit Amal NS telah menghantar satu pasukan untuk membantu membersih rumah mangsa banjir pada 29 Disember 2007. Satu pasukan akan dihantar ke Pahang pada 4 Januari 2008. Mereka yang ingin menyumbang atau turut serta sila hubungi nama AJK di atas.

*****.*.**** *
Wanita Umno cuba halang petugas PAS edar risalah di malam Tahun Baru
Bashir Ishak
Wed | Jan 02, 08 | 11:02:40 am MYT
KANGAR, 2 Jan (Hrkh)- Sempena malam tahun baru 2008, Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPPs) turun ke padang mengedarkan risalah kepada orang ramai terutamanya golongan dalam program Ekspidisi Dakwah.

ImageRombongan ekspedisi ini disertai 30 orang diketuai Ustaz Ya'akub Abu Seman. Turut serta ialah Exco DPPPs serta Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pemuda PAS kawasan-kawasan.

Program bermula pada pukul 11.00 malam dan beberapa lokasi tumpuan orang ramai dipilih seperti di Dataran Selera taman Sena Indah, kawsangerai makan berhampiran Esso Repoh, Dataran Kechor dan kawasan Denai Larian di Pengkalam Assam.(Gambar - Petugas PAS edar risalah kepada belia yang melepak).

Risalah yang diedarkan bertajuk "Muda Cemerlang, Tua Terbilang" yang menerangkan tentang kehidupan masa muda dan persediaan menghadapi hari tua.

Disergah Wanita Umno
Ketika rombongan ekspidisi tiba di kawasan Denai Larian di Pengkalan Assan, majlis makan malam anjuran Umno yang diadakan di situ sudah hampir selesai dan ketika itu penyanyi jemputan sedang mengalunkan lagu terakhir.

Oleh kerana orang ramai masih berada di situ, maka rombongan ini pun terus menjalankan kerja mengedarkan risalah.

Bagaimanapun ketika beredar dari situ, seorang lelaki telah menahan AJK Pemuda PAS Padang Besar, Yasir Arafat yang merakamkan program ini dengan kamera video.

Kemudiannya beberapa orang lagi mengerumuni beliau termasuk seorang wanita Umno yang mula membuat kecoh dengan mengatakan kawasan mereka dicerobohi.

"Kami tak pernah pun pi kacau tempat hangpa, ni mai tempat orang edar risalah, ambil gambar buat fitnah," kata wanita tersebut.

Mungkin beliau terlupa bahawa tempat tersebut adalah tempat awam yang telah disalahgunakan oleh Umno-BN untuk mengadakan program mereka.

Beliau kemudiannya menghubungi seseorang dan memintanya hadir beramai-ramai kerana dakwanya kawasan mereka telah dicerobohi.

Apabila kumpulan Pemuda PAS tidak mengendahkan mereka, wanita Umno tersebut cuba menghalang dengan mendepakan tangan.

"Jangan bagi depa pi mana, 'guard' tutup pintu pagar," katanya memberikan arahan.

Bagaimanapun kumpulan Pemuda PAS ini tidak mengendahkannya dan bergerak keluar dari situ melaui jambatan gantung yang merentasi sungai di situ untuk ke seberang.

Tidak berpuashati, wanita Umno tersebut serta rakan-rakannya bergegas keluar melalui pintu masuk utma dan menunggu di seberang sungai.

Ketika itulah beberapa orang anggota polis tiba dan wanita umno tadi cuba membuat laporan dengan harapan polis akan mengambil tindakan.

Apapun, pihak polis meminta kedua-dua pihak bersurai walaupun wanita Umno tadi masih tidak berpuas hati kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan.

"Sudahlah tu kak oi, malam tahun baru ni," kata anggota polis berkenaan. - mr


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: