Tuesday, January 15, 2008

Umno Dimana-Mana Pun Merapu

Pas Johor Bahru pasjohorbahru@yahoo.com

Umno Dimana-Mana Pun Merapu

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429H kepada semua warga Johor Bahru dan semua rakyat Malaysia amnya.
Dalam mengecap nikmat 50 tahun kemerdekaan, negara yang digelar dunia sebagai negara membangun cukup gah dimata dunia dengan agenda-agenda pembangunan dan perlumbaan mengejar angka nombor satu dalam semua perkara dunia.



Umno yang akan masuk tahun ke 62 pada tahun 2008 ini. Satu usia yang sangat matang dan sudah tua sebenarnya, dikala ini bagi manusia umpama menunggu masanya saja untuk mati & menghadap Allah Tuhan sekelian alam.

Tidakkah dengan umur ini, Umno perlu bermuhasabah diri dengan lanjutnya usia tanda amanah dunia kepada rakyat akan ditinggalkan. Tidakkah mereka-mereka yang bernama Umno sedar betapa ramai manusia telah disesatkan dengan fahaman sekularnya yang nama sahaja Islam tetapi tidak beramal dengan Islam.

Politik suku agama suku, cukup sinonim dengan pejuang nasionalis & sekular dunia. Agenda Islam Hadhari sendiri adalah penerusan kepada agenda 'fremason' iaitu agenda menelanjangkan umat Islam dari dekat dengan Islam & melambatkan kemenangan Islam.

Fahaman yahudi ini tidak lain hanyalah menyuruh manusia dengan Islamnya tetapi jiwa mereka rosak dengan tidak dapat menerima apa yang Allah maktubkan dalam Al-Quran & pesanan hadis melalui junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Amerika Syarikat ialah sebuah 'Nation State' ataupun negara bangsa adalah bukti kegagalan manusia untuk mentadbir dengan menggunakan akal fikiran mereka tanpa dipandu oleh Allah & Rasulnya.

Kemajuan & teknologi yang dicapai mereka sebagai kuasa besar dunia masih tidak cukup membuatkan rakyatnya senang, AS sendiri masih gagal menyatukan bangsa dengan 'white & black' masih tidak boleh duduk semeja.

Betapa kita melihat umat Islam di Malaysia semakin rosak, gara-gara Umno yang berpolitik dengan 'matlamat menghalalkan cara'. Konsep Amal Maaruf Nahi Mungkar masih tidak ada dalam jiwa mereka.

Sedangkan inilah panduan kepada umat Islam untuk beramal dangan amanah Allah yang sangat berat ini. Umno berjaya membina ratusan malahan ribuan masjid & surau.
Tetapi rumah Allah ini jauh dari rahmatnya kerana pembina-pembina masjid ini bukannya dari kalangan yang bertaqwa.

Mereka bina masjid kerana projek, sedangkan disana Allah menyuruh kita membina masjid dan mendirikan solat.

Setelah membina masjid Umno tidak lupa untuk benarkan lesen kilang arak & premis judi didirikan, sebagai tanda mereka bersedia makan hasil haram untuk disuap kedalam mulut rakyat.

Cukuplah Umno, cukup dengan datangnya tahun baru hijrah ini, tanda kematian akan segera menjemputmu. Tidak payah kami berhujah panjang lebar, kami bukan kekurangan modal.

Pas bukannya pencuri berita tetapi pengulas berita, mana-mana yang pincang,tidak betul dan maksiat akan kami tegur dan tentang, kerana itulah semua tujuan hidup kita di muka bumi Allah ini....

Sumber : Jundullah

Layari : http://www.pasjohorbahru.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: