Sunday, January 6, 2008

Telur Sebiji = 90 sen

AYOB ZUBAIDAH zubaidah_ayob@yahoo.com

Assalamualaikum semua.

Izinkan zu mencelah celoteh ummi. pada zu, harga
telur di sini pun tak sepatutnya. kalau sepapan
telur lebih mahal dari sekilo ikan kembung, baik
la beli ikan. Dulu zaman zu kecik, masa zaman
70an. masa tu telur masih murah dan bagi mereka
yang agak susah atau yang ada anak ramai, telur
tu jadi rutin makanan mereka. sekurang kurangnya
ada la makanan dari kena makan siput **** macam
dalam rancangan bersamamu di tv3. bayangkan untuk
keluarga yang susah dan anak ramai, nak beli
telur ayam pun mungkin mereka tak mampu.
subhanallah. payah nak cakap ni, telan mati mak,
luah mati bapak, tapi sangatla tak logiknya bila
harga telur tu melambung di malaysia ni. Sepapan
telur dah sampai dekat RM10. Dah takde harga wang
kita gamaknya! Di kedai jual telur ada la gred
gred, ada besar sikit ada kecik sikit, besar pun
bukan sebesar telur angsa pun, masih kita panggil
telur ayam, setakat manalah besarnya. patut
patutla menaikkan harga, patut patutla pantau
harga. bagi kita yang tak terbeban sangat dan
mempunyai keluarga yang sederhana, mungkin tak
terasa sangat tapi jangan sampai TELUR AYAM jadi
makanan mewah la pulak satu hari nanti.... Fikir
fikirkan, renung renungkan. Kadang nak cakap dah
tak ada suara, hanya airmata mengungkap bicara
dalam kesamaran.

Wassalam,
Zubaidah
JB

--- ctumi2000 wrote:

> Assalamu'alaikum wrt wbt
>
> Alhamdulillah semoga wara anak_ummi ceria dan
> sejahtera serta mesra
> Ad Din.
>
> Umi sekedar nak cerita sikit. kali ni bab harga
> telor yang naik
> mendadak beberapa minggu ni. Telor gred b dah
> harga 30 sen sebiji
> tetapi bila dapat email dari sahabat umi
> makyang yang baru pindah ke
> Doha Qatar bacalah emailnya di bawah ni -
>
> (assalamualaikom time kasih antor
> email...seronok lee umi kat sini
> mai
> lee datang doha...sini tak de public
> transport..tu lee kene beli
> kete
> rumah pun tak dapat lagi ni...barang mahal
> telur 30 biji rm 27 .. )
>
> Bayangkan tiga kali ganda dari kita sebab kalau
> dah 30 sen sebiji x
> 30 = 9 rm. Sana 27 rm ... tak ke 3 kali ganda.
> ish ish ish.
>
> Bersyukurlah kita lagi di sini ya.
>
> Wallahuta'ala a'lam bissawab
> Wassalamu'alaikum wrt wbt
> ummimq


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: