Wednesday, January 2, 2008

Tan Sri Rashid Bercakap Lagi Sebagai Balaci UmnoBN

jagajagala@yahoo.com.my

Keceluparan mulut Tan Sri Rashid bukan rahsia lagi kepada parti pembangkang, walaupun ia dipandang manis oleh penyokong UmnoBN. Apa lagi yang hendak pembangkang cakap tentang Rashid? Puas dah pembangkang bercakap dan memang sah 2008 adalah khidmat terakhir Rashid sebagai Pengerusi SPR yang paling setia menjilat "punggung" pemerintah korup UmnoBN.
Kata Rashid pembangkang tak payah sertai pilihanraya supaya nanti senang kerjanya melihat parti kesayangannya UmnoBN menang dengan mudah. Pas Johor Bahru berpandangan beliau untuk kesekian kalinya cuba bermain tarik tali dengan pembangkang diatas desakan kuat pembangkang supaya beliau meletakkan jawatan.
Ciri-ciri munafik sangat jelas dalam jiwa Tan Sri Rashid, bila bercakap ia banyak berbohong, bila berjanji ia mungkir & bila diberi amanah ia khianat.
Pas & parti pembangkang lain tidak menuduh Tan Sri Rashid sebagai orang munafik, tetapi saksikanlah sendiri semua perbuatannya adalah pakej lengkap seorang pelaku munafik.
Sepatutnya Tan Sri Rashid insaf dengan lanjutnya usia beliau kepada 66 tahun 2008 ini, adalah petanda beliau akan menemui Allah tidak lama lagi? Apakah persediaan beliau untuk mati melainkan bendera UmnoBN sebagai kain kapannya dan wang gajinya sebagai rasuah kepada malaikat munkar & nakir untuk tidak menyoal beliau di alam kubur nanti.
Cukup-cukuplah Rashid sebelum terlambat, sebelum malaikat Izroil merenggut nyawamu disaat kamu melakukan kerosakan dimuka bumi Allah ini dengan berlaku zalim kepada manusia.
Jalan pulang kepada Allah masih terbuka...itupun kalau Rashid mahu...

SPR cabar pembangkang jangan tanding pilihan raya
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD - Utusan Meloya
PUTRAJAYA 31 Dis.-Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman hari ini mencabar parti pembangkang supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang sekiranya mereka tidak yakin dengan keadilan serta ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau menegaskan, tidak ada gunanya pihak pembangkang menyertai pilihan raya tersebut jika mereka tetap dengan tindakan mengutuk serta menuduh sistem pilihan rayadi Malaysia penuh dengan penyelewengan.
Ab.Rashid yang berasa amat kesal dengan tindakan itu mahu pembangkang lebih rasional dan bertanggungjawab sebelum melemparkan dakwaan.
"Saya cabar mereka supaya tidak menyertai pilihan raya umum akan datang jika mereka terus menuduh SPR dengan tuduhan yang bukan-bukan. Apa yang mereka tidak kata kepada SPR.
"Macam-macam mereka tuduh SPR terutama isu pengundi hantu. Mereka kata SPR menyeleweng kerana hendak bantu Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya sedangkan dakwaan itu tidak benar sama sekali,"katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini.
Temu bual itu diadakan ketika parti-parti politik di negara ini dan SPR sendiri bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya umum ke-12.
Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
Pada November lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil yang didalangi parti-parti pembangkang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota menuntut SPR mengadakan pilihan raya yang lebih adil dan telus khususnya untuk pilihan raya umum akan datang.
Gabungan itu turut menuntut Ab. Rashid tidak dilanjutkan perkhidmatannya atas dakwaan gagal menjalankan tugas dengan baik.
Ab. Rashid, 65, yang baru sahaja dilanjutkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR selama setahun pada 27 Disember lalu - selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan beliau meneruskan tugasnya - berkata, BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.
"Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihan raya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya.
"Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,"katanya.
Ab. Rashid berkata, beliau terdorong untuk membuat cabaran seumpama itu kepada pihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.
"Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.
"Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.
"Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?"tambahnya.


Sumber : Jundullah - Utusan Meloya

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: