Monday, January 21, 2008

Suwandi & Azman boleh dijamin / Perhimpunan lebih 1000 orang

amdang81

Alhamdulillah. . Suwandi & Azman boleh dijamin
Bismillahirrahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...

Syukur rasanya bilamana mendapat berita Suwandi dan Azman dapat diikat jamin. Takbir kemenangan tiba-tiba memecah suasana 1000 para penyokong Suwandi dan Azman yang sedang berzikir dan bertahmid. Jam ketika itu kira-kira menunjukkan pukul 11.00 pagi. Perkarangan Mahkamah Kuala Terengganu sayu seketika bilamana takbir kemenangan itu bergema.

Ramai dilihat bersalam-salaman mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Pada aku, kemenangan itu walaupun masih peringkat permulaan, namun ianya berkat kesabaran dan sokongan semua pihak yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kerjasama dalam membantu Suwandi dan Azman.

Secara spontan, diadakan kutipan derma kilat bagi menjamin Suwandi dan Azman yang dikenakan jaminan RM 3000 seorang. Alhamdulillah kutipan dalam jangkamasa yang singkat itu melebihi jumlah RM 6000 yang dikehendaki.

Sebelum itu, jam 10.00 pagi telah diadakan Solat Hajat buat kali ke 3 di perkarangan Mahkamah. Solat Hajat yang diketuai oleh Ustaz Dato' Abu Bakar Chik telah diikuti doa yang menyentuh hati oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Aku anggarkan separuh yang hadir turut serta menunaikan solat.

Suasana agak hangat seketika bilamana pimpinan BERSIH dan PAS cuba diugut oleh pihak keselamatan dengan ugutan akan ditangkap. Para penyokong segera ke depan dan memastikan semua pimpinan selamat dibawa keluar dari kawasan perhimpunan. Alhamdulillah semuanya terkawal.

Selepas itulah diadakan majlis zikir dan tahmid bagi memastikan perhimpunan adalah baik dan terkawal. Alhamdulillah para penyokong memberikan kerjasama yang baik dan boleh dipuji kerana mampu bersabar walaupun panas dengan cuaca dan situasi yang ada. Ini menunjukkan betapa rakyat semuanya menolak sebarang bentuk keganasan dan kekacauan sekiranya tiada pihak yang melakukan provokasi ataupun memulakan provokasi. Selagi mana lunas undang-undnag diikuti dan dijaga, rakyat umumnya tiada masalah untuk memberi kerjasama.

Kira-kira jam 11.45, para peguam dan pimpinan telah mula keluar dari mahkamah. Sedikit ucapan ringkas dari Hanifa Maidin, Ustaz Dato Abu Bakar Chik dan YB Salahudin mengakhiri perhimpunan sebelum ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Bakar Chik. Pesan Dr Syed Azman yang bertindak selaku pengerusi majlis, Haji Mohamad Sabu tidak dibenarkan berucap di situ kerana mahu disimpan pada malam ini.

Sebagai makluman, malam ini akan diadakan satu ceramah di Batu Enam. Penceramah terdiri dari Haji Mohamad Sabu, Ustaz Abu Bakar Chik, Salahudin Ayub dan beberapa pimpinan yang lain.


wallahua'lam.

Gambar-gambar awal pagi dari TKO. Selepas 9.30pagi semakin ramai hingga mencecah 1000 orang aku anggarkan. Gambar setakat itu sahaja kerana kamera aku kehabisan bateri. Huhuhu..
(lebih banyak gambar di TKO - KP)








"


*****.*.**** *

BuletinOnline
Perhimpunan lebih 1000 orang – Pengerusi & Setiausaha BERSIH memberikan ucapan


Ditulis oleh SM Noor
Sunday, 20 January 2008
Kuala Terengganu, 20 Jan – Jam 10.00pagi – Perhimpunan menyokong Suwandi & Azman serta 18 orang yang dibebaskan, semakin membesar. Sekitar jam 9.20 pagi Pengerusi BERSIH, Tuan Haji Mohammad Sabu dan Setiausahanya, Dr Syed Azman Syed Ahmad hadir bersama-sama lebih 1000 orang dihadapan mahkamah

Setiausaha BERSIH, Dr Syed Azman Syed Ahmad telah menyatakan bahawa BERSIH menyokong penuh dan bulat, kepada hasrat himpunan hari ini yang meminta Suwandi dan Azman di bebaskan.

“Kita berhimpun dengan satu mesej untuk disampaikan kepada pemimpin UMNO/BN bahawa musuh kita bukan polis, bukan pasukan keselamatan, tetapi musuh kita adalah pemimpin UMNO/BN” kata Syed Azman

“Tidak ada maknanya Pilihanraya akan datang diadakan, sekiranya Azman dan Suwandi yang ditembak dan hampir terkorban, The image “http://buletinonline.net/images/crim0021.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.dizalimi dan masih terpenjara. Adaah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita tidak mempertahankan kedua-dua orang sahabat kita Azman dan Suwandi” ujarnya lagi.

Sekitar jam 9.30 pagi pasukan peguam Suwandi, Azman dan 18 yang lain di ketuai oleh Sdr Hanipa Maidin, Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat, masuk ke mahkamah.

Kehadiran pada hari ini adalah kehadiran yang paling ramai. Turut serta adalah pimpinan PAS negeri Terengganu, Pimpinan Pemuda, Muslimat dan Ulamak.

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: