Monday, January 7, 2008

Sikap Angkuh Hishamuddin Bukti Kerajaan Tidak Ikhlas

aHmadHazieq wrote:

Kenyataan Media DPPWP :
Sikap Angkuh Hishamuddin Bukti Kerajaan Tidak Ikhlas Dalam Soal Pendidikan


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) mengutuk sikap tidak profesional dan keangkuhan Menteri Pelajaran Malaysia, Hishamuddin Hussein dalam menangani isu bayaran yuran tambahan yang kini membebankan ibu bapa diseluruh negara.

�Sumbangan RM25, RM30 kepada sekolah itu boleh diambil balik, sekolah tidak akan ditutup kerana kekurangan sumbangan tersebut. Nak minta (balik), mintalah. Itu (yuran tambahan sekolah) bukan suatu bayaran yang wajib,� kata beliau dengan nada angkuhnya.

Sikap beliau ini menunjukkan suatu bentuk ketidakpekaan beliau terhadap himpitan semasa rakyat yang kini semakin terbeban dengan kenaikkan harga pelbagai jenis bahan keperluan sejak Kerajaan menaikkan harga minyak dan tol sebelum ini.

Beliau sendiri mengakui bahawa tidak semua ibu bapa ini berkemampuan dan hanya segelintir sahaja kalangan mereka ini orang kaya dan boleh memberikan sumbangan yang banyak kepada pihak sekolah.

Harus diingat bahawa ibu bapa juga terbeban kerana terpaksa menghabiskan banyak wang bagi membayar Cukai Pendapatan, Cukai Pintu, Cukai Tanah, Cukai Jalan dan lain-lain Cukai Tidak Langsung kepada Kerajaan.

Isu ini tidak seharusnya timbul memandangkan Pendidikan adalah tanggungjawab dan Perbelanjaan Wajib Kerajaan untuk Kebajikan rakyat. Bayaran yang tidak sepatutnya tidak sewajarnya dimasukkan dalam senarai Yuran Tambahan untuk persekolahan anak-anak. Bila ianya dimasukkan dalam senarai Yuran Sekolah bermakna ianya bukannya Sumbangan tetapi lebih kepada bayaran WAJIB. Orang selalu berfikir bahawa sumbangan itu adalah pemberikan ikhlas yang tidak perlu ditentukan nilai hingga membebankan pelajar dan ibu bapa sebegini.

Tidak logik jika sekolah mengkehendaki para pelajar membayar yuran tandas kerana tandas sekolah bukannya tandas awam berbayar. Tandas itu telah dibina melalui peruntukan pembangunan yang dimasukan dalam belanjawan Kementerian Pelajaran. Pihak Kementerian juga telah memperuntukkan untuk setiap sekolah dibenarkan mengaji tukang kebun dan tukang bersih dan merekalah yang biasanya membersihkan tandas sekolah. Jadi yuran tersebut tidak wajar dikenakan.

Selain itu, yuran Komputer yang dimasukkan secara bersama dengan yuran PIBG juga tidak logik kerana para pelajar sendiri telah membayarnya dalam yuran mereka. Selain itu, peruntukkan peralatan komputer dan penyelenggaraannya telah turut diberikan dalam peruntukan tahun bagi semua sekolah di bawah budget Kementerian.

Terdapat juga sekolah yang sewenang-wenangnya memasukkan �Yuran Pelbagai� bernilai RM 22 hingga RM24 dalam senarai Yuran Pelajar dan PIBG. Ini tidak masuk akal kerana para guru juga tidak tahu tujuan apa yuran itu dimasukkan dalam senarai yuran.

Sikap Menteri Pelajar yang enggan menyelaraskan yuran tambahan disemua sekolah juga mengecewakan dan tindakan ini benar-benar menunjukan sikap lepas tangan beliau, walhal segala urusan sekolah dinegara ini adalah tanggungjawab beliau. Memang teruk jika Menteri seperti ini masih dikekalkan dalam kabinet akan datang. Masalah sekecil ini pun beliau tidak boleh selesaikan.

Sekurang-kurangnya pihak Kementerian perlu mengeluarkan satu garis panduan yang standard untuk diterima pakai disemua sekolah agar masalah yang sama tidak berulang. Arahan agar pihak sekolah memulangkan semula duit yuran tambahan kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan juga terlalu longgar dan tiada satu pun arahan yang jelas terhadap perkara ini.

Keadaaan ini menyebabkan masih ramai ibu bapa yang tidak puas hati kerana tiada satu pun jalan penyelesaian yang jelas terhadap masalah ini. Menteri hanya buat statement dan melenting dihadapan media, hakikatnya tiada satu pun arahan bertulis yang memaklumkan pihak sekolah tentang bagaimana mereka harus memulangkan wang berkenaan dan bentuk garis panduan yang harus dipatuhi dalam soal yuran tambahan ini.

Kerajaan seharusnya mengambil kira akan segala permasalahan ibu bapa dan menyelesaikan dalam cara yang profesional dan bukannya mengikut rasa amarah semata. Ini adalah soal kebajikan generasi yang bakal mewarisi negara. Kalau Kerajaan pada hari ini masih mengamalkan sikap begini dan terus-menerus membiarkan pelajar dan ibubapa menjadi mangsa penipuan pihak sekolah maka pastikan pada masa akan datang lebih ramai anak-anak mereka yang berpendapatan rendah akan tercicir.

Diharap sistem pendidikan negara dapat diperbaiki, bukan saja dari sudut modul pendidikan tetapi sistem pengurusannya sekali. Sekolah adalah tempat untuk mengajar anak bangsa kita bukannya tempat berniaga untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

Ibu bapa tidak lokek untuk menderma, tetapi biarlah kena pada caranya, bukan semua rakyat Malaysia mampu dan kaya seperti menteri-menteri ini! Jika benar Kerajaan ikhlas membantu rakyat, dengarlah suara mereka, jangan marah pada rakyat dengan cara yang angkuh sebegini!

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

aHmadHazieq wrote:

Kenyataan Media DPPWP : Tahniah Pengarah BPR WPKL Yang Baru, Jangan Takut Tangkap Ikan Besar


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Badan Pencegah Rasuah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru iaitu Moh Samsudin Yusof. Sebelum ini jawatan pengarah disandang oleh Datuk Abu Zubir Mahfodz yang akan bertugas sebagai Pengarah Penyelidikan dan Perancangan BPR Malaysia mulai esok dan seterusnya bersara pada April ini.

PemudaWilayah berharap dengan perlantikan beliau ini, usaha membanteras jenayah rasuah di Kuala Lumpur ini khasnya dapatlah ditingkatkan. Peningkatan jumlah maklumat yang diterima daripada orang awam sebanyak 19 peratus iaitu 691 maklumat pada 2007 berbanding 620 pada tahun sebelumnya tidak akan bermakna jika jumlah tangkapan yang dibuat adalah kurang atau gagal disiasat dengan baik.

PemudaWilayah juga menyambut baik azam beliau yang mahukan tangkapan lebih banyak terhadap kes rasuah �ikan bilis� yang melibatkan pemberian dalam jumlah yang kecil kepada pegawai penguatkuasa yang bertugas sama ada di kaunter-kaunter atau di jalan raya.

Dalam pada itu, tindakan dan usaha yang lebih serius perlulah dilakukan bagi menangani kes rasuah yang berlaku dibalik kamar-kamar mewah yang melibatkan pegawai berjawatan tinggi dan orang-orang kenamaan. �Ikan-ikan besar� ini seharusnya ditangkap dan tidak dibiarkan bermaharajalela.

Tidak guna jika BPR sekadar menumpukan kepada �ikan-ikan kecil� sedangkan �ikan-ikan besar� ini terus menerus bermaharajalela. Kata orang kepimpinan melalui teladan, maka wajarlah semua agensi Kerajaan dan organisasi swasta dibersihkan diperingkat tertinggi sebelum menyelam mencari �ikan-ikan kecil�.

Memang mudah menangkap �ikan-ikan� kecil ini, hatta duduk bersantai ditepian pantai pun boleh dapat. Tapi itu tidak akan memuaskan hati rakyat kerana bila mereka ditangkap �Ikan Besar� masih bebas melakukan jenayah yang lebih besar dan mengancam negara.

Oleh itu besarlah harapan rakyat agar beliau tidak takut untuk menyiasat kes-kes berprofail tinggi. Rakyat akan bersama dengan orang-orang yang ingin berjuang untuk kebenaran dan beliau tidak akan keseorangan jika agenda perjuangan beliau selari dengan kehendak rakyat.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: