Tuesday, January 15, 2008

Sijil Pengajian Al-Qur'an @ UM

Abu Danish Muhammad abu.danish64@yahoo.com

SIJIL PENGAJIAN AL-QUR'AN (SPAQ)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA


Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) menawarkan kursus pendek Pengajian Al-Qur'an bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Al-Qur'an. Kursus ini mengandungi 4 modul merangkumi pelbagai subjek seperti 'Ulum Al-Qur'an, Tajwid & Tilawah, Bahasa Al-Qur'an, Tafsir, Talaqqi Al-Qur'an dan lain-lain. Setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Bagi Modul 1 subjek yang ditawarkan adalah seperti berikut: -

SPAQ 1001 'Ulum Al-Qur'an 1
SPAQ 1002 Tajwid & Tilawah Al-Qur'an 1
SPAQ 1003 Bahasa Al-Qur'an 1
SPAQ 1004 Wirid Al-Qur'an

Kelas dijalankan dalam Bahasa Malaysia dan dikendalikan oleh tenaga Pengajar yang berkelayakan dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Peserta yang menduduki peperiksaan akan diberikan sijil kelulusan manakala yang menghadiri kuliah dan praktikal sahaja hanya diberi sijil penyertaan.

Tempat Pengajian
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Setiap Sabtu (9.00 pg – 11.00 pg)
Yuran bagi setiap modul RM250.00

Permohonan hendaklah menggunakan borang dibawah dan diposkan atau difakskan kepada Urus setia SPAQ, Unit Pembangunan Sosial, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. Sebarang pertnyaan sila hubungi urus setia di talian 03-7967 6167 (Cik Noor Afsurizan) / 03-7967 6163 (Dr. Ridzwan Ahmad) pada watu pejabat. Faks 03-7967 6030. Penyertaan adalah terhad.

Kursus ini akan bermula pada 16 Februari 2008 bersamaan dengan 9 Safar 1429H. Tarikh tutup permohonan ialah pada 11 Februari 2008 bersamaan dengan 4 Safar 1429H. Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui surat, telefon atau faks sebelum kursus bermula.

Nama: ............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ........
Umur: ............ ......... ......... ......... ......
No. K/P: ............ ......... ......... ......... ..
Alamat: ............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .
No. Tel.: ............ ......... ......... ......... .. H/P: ............ ......... ......... ......... ......... ...
Faks: ............ ......... ......... ......... ...... E-mail: ............ ......... ......... ......... ........

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: