Saturday, January 12, 2008

Satu lagi projek cari dana Pilihanraya Umno

aHmadHazieq@


Dalam kita sibuk melayan isu minyak dan juga yuran sekolah anak-anak, dalam diam-diam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang dikuasai Umno telah melobi untuk menguasai projek landasan berkembar dari Ipoh, Perak ke Padang Besar, Perlis yang bernilai RM12.5 bilion. Projek ini adalah hasil usaha sama 2 syarikat pembinaan gergasi milik Kerajaan iaitu MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd (MMC-Gamuda) . Dalam fasa pertama DPPM bakal memperolehi projek bernilai RM3.8 bilion.

Runding terus projek ini adalah cara termudah bagi kontraktor Umno mendapat projek yang mana sebahagian hasilnya akan dimasukkan dalam tabung pilihanraya mereka. Maka akan terus malanglah nasib kontraktor bukan Umno dan bukan bumiputra.

——————->

Utusan Malaysia : Projek landasan berkembar disalur melalui DPMM

OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan memastikan kerja-kerja bernilai RM3.8 bilion yang bakal diagihkan kepada kontraktor bumiputera dalam fasa pertama projek landasan kereta api berkembar disalurkan melalui pihaknya bagi mengelakkan masalah ketirisan.

Presiden DPMM, Syed Ali Al Attas berkata, cadangan itu mendapat reaksi positif daripada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu pertemuan pada 14 Disember lalu.

Beliau berkata, untuk tujuan itu DPMM telah menubuhkan Master Vendor Corporation Sdn. Bhd. (MVC) yang berperanan sebagai vendor utama kepada kontraktor bumiputera dalam projek landasan berkembar dari Ipoh, Perak ke Padang Besar, Perlis.

“Apabila DPMM dapat projek ini dari kerajaan, kami akan tentukan komponen projek dan dapatkan harga yang terbaik, kemudian kami serahkan kepada kontraktor bumiputera terpilih.

“DPMM tidak ambil sebarang keuntungan cuma kontraktor terbabit perlu membayar sedikit kos pengurusan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Pertengahan bulan lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd. (Gamuda), Datuk Lin Yun Ling mengumumkan kontraktor bumiputera berpeluang mendapatkan kerja bernilai RM3.8 bilion dalam projek landasan berkembar yang menelan belanja RM12.5 bilion.

Ia membabitkan pembinaan lebih daripada 100 buah jambatan, 30 bangunan stesen, lebih daripada 180 kilometer kerja-kerja pembetungan dan parit serta lebih daripada 300 kilometer kerja-kerja pembinaan trek dan utiliti.

Syed Ali berkata, penglibatan pihaknya dalam pengagihan itu merupakan satu tanggungjawab sosial untuk membantu kerajaan membasmi gejala ketirisan yang selama ini dikaitkan dengan kontraktor bumiputera.

Katanya, ketirisan itu berlaku kerana kontraktor bumiputera tidak mempunyai kewangan yang stabil sehingga menyerahkan projek kepada orang lain (ali baba), manakala bahan binaan pula dikawal pembekal bukan bumiputera.

“MVC akan membantu dalam aspek pembelian bahan binaan, mesin dan lojistik.

“Sekiranya kami dapat jayakan rancangan ini, maruah bangsa akan terpelihara,” katanya.

Beliau berkata, kira-kira 120 kontraktor Kelas A dan 1,000 kontraktor kelas lain akan menerima manfaat dalam perancangan pihaknya.

Katanya, 60 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada kontraktor di negeri-negeri utara Semenanjung dengan bakinya daripada pantai timur, zon tengah dan selatan.


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di http://dppwp. wordpress. com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: