Saturday, January 26, 2008

Ramai Tidak Layak Bertanding Sekiranya Nama Ditapis BP

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Ramai Tidak Layak Bertanding Sekiranya Nama Ditapis BPR

PASJB menyambut baik kesediaan Badan Pencegah Rasuah(BPR) untuk melaksanakan tugas menyaring & menapis calon-calon parti politik yang akan bertanding pada pilihanraya akan datang.


Ini sekaligus boleh membersihkan nama-nama mereka yang selama ini terlibat dalam rasuah dan salah guna kuasa dalam membeli penyokong,mengurusk an tender dan pengagihan wang bantuan kepada rakyat.


Isu integriti begitu hangat diperkatakan sejak sekian lama, memandangkan rakyat yang sudah mula hilang kepercayaan dengan kewibawaan BPR yang diharapkan telus dalam melaksanakan tugas menyiasat tanpa terikat dan terpengaruh dengan mana-mana pihak.


Sewajarnya BPR menjalankan tugasnya dengan lebih baik tanpa menunggu sebarang arahan dan laporan dari pemimpin mahupun rakyat supaya memperlihatkan BPR ini adalah sebuah badan penyiasat yang telus dan bebas.


Kita banyak mendengar laporan-laporan penyiasatan yang dibuat oleh BPR diperuk disimpan dalam fail begitu sahaja tanpa diumumkan hasil penyiasatannya kepada umum.


Perkara ini dipertikaikan kerana kes-kes ini semuanya melibatkan ahli politik, kalaupun BPR sudah mendedahkannya BPR seolahnya tidak mampu untuk mendakwa sipelaku salah untuk dihadapkan ke mahkamah.


Akta Rahsia Rasmi(OSA)menjadi dalang bagaimana seseorang yang mendedahkan penyelewengan dan rasuah sesuatu kementerian atau jabatan, orang itu sendiri akan ditangkap dan didakwa, bukannya orang yang dituduh untuk disiasat.


Apakah UmnoBN bersedia untuk prosedur ini, atau pengumuman ini sekadar gimik pilihanraya, kalaulah UmnoBN yang disiasat pastilah hampir semuanya tidak layak kerana dosa-dosa mereka terlampau banyak untuk disiasat sehinggakan mereka menjadi 'kebal' lantaran rakyat yang taat setia menyokong mereka.


Jadikan pilihanraya kali ini, medan membuat perubahan, Sokonglah perjuangan Islam kerana Islam adalah pakej lengkap kehidupan... .


BPR sedia tapis senarai calon bertanding

KUALA LUMPUR:Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersiap sedia untuk melaksanakan tugas menapis senarai nama calon yang dikemukakan parti politik untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdul, berkata ketika ini, pihaknya hanya menunggu senarai calon berkenaan sebelum meneliti latar belakang individu terbabit sama ada layak bertanding pada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri mengikut syarat ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi itu.

"Tapisan calon untuk pilihan raya umum adalah tanggungjawab BPR untuk menjamin kewibawaan individu yang disenaraikan, malah BPR juga melakukan perkara sama untuk tujuan kenaikan pangkat pegawai dalam perkhidmatan awam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shukri berkata, beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa dan akan terus melakukannya tanpa membuka ruang untuk dipengaruhi mana-mana pihak.

"Mengikut prosedur, senarai calon itu boleh diserahkan terus ke Ibu Pejabat BPR atau melalui pejabat BPR negeri sebelum diserahkan ke ibu pejabat.

"Bagaimanapun, setakat ini belum ada pihak yang menyerahkan senarai calon itu untuk diteliti secara terperinci," katanya.

Sementara itu, di KLANG, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata semua Ahli Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin Umno di Selangor diarahkan tidak mengadakan lawatan atau bercuti ke luar negara sejak tahun lalu,

Beliau berkata, arahan itu bagi memastikan pemimpin Umno dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan menghadapi pilihan raya yang akan diumumkan pada bila-bila masa.

Katanya, arahan itu juga bagi membolehkan pemimpin Umno memberi perhatian penuh kepada masalah rakyat, di samping memperkuatkan jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dilaporkan berkata, Umno mengeluarkan surat pekeliling yang melarang pemimpin Umno mengadakan lawatan ke luar negara berkuat kuasa kelmarin.

Sumber : Jundullah - Berita Harian

Layari : http://www.pasjohor bahru.com/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: