Sunday, January 6, 2008

Rakyat Terus Ditipu

r r alternatif2007@yahoo.com

Rakyat terus ditipu
Saturday, 05 January 2008

KAMAL AMIR MENULIS

SAMPAI bila Rakyat harus dibohongi oleh mereka yang bernama pemimpin? Tergamak sungguh mereka mempermainkan hati dan perasaan marhain di sebalik �putar belit� politik cukup menjijikkan untuk menjeruk dan meneguk air mata pembayar cukai yang semakin terhimpit dengan kehidupan amat jerih lagi menyesakkan.

Kenyataan memanda wazir pendidikan Hishammuddin Tun Husein Onn kononnya beban dana pendidikan tidak lagi menghimpit kehidupan rakyat apabila kerajaan menyediakan buku teks percuma serta kadar yuran berpatutan ternyata bohong!

Katanya lagi untuk tujuan tersebut kerajaan terpaksa menanggung kos tambahan sejumlah 2.5 bilion ringgit dan seharusnya rakyat berterima kasih kepada keprihatinan pemimpin untuk tidak membebankan setiap wargabangsa di bumi merdeka.

Malangnya, sebaik sahaja musim persekolahan dibuka, dengan berbekalkan janji manis memanda menteri pendidikan, kalangan ibu bapa tertipu dan terpedaya apabila berita yang didengungkan sebelum ini ternyata �indah khabar dari rupa�.

Pemansuhan yuran sekolah yang digembar-gemburkan selama ini dikurangkan hanya sekadar RM4.50 (empat ringgit lima puluh sen) sebaliknya ibu bapa dikenakan yuran PIBG serta yuran itu dan ini, kesemuanya berjumlah lebih seratus empat puluh ringgit bagi seorang anak serta perlu dilangsaikan seawal pelajar memasuki kelas persekolahan.

Lebih mengelirukan terdapat bayaran persekolahan yang cukup mengelirukan serta berbeza-besa dan tidak seragam. Dalam erti kata lain jika sesebuah keluarga mempunyai seramai empat orang anak, pastinya terpaksa berbelanja lebih satu ribu ringgit untuk kos yuran serta buku kerja.

Kalaupun benar pihak pemerintah menyediakan buku percuma, ia tidak lebih sekadar melepaskan batuk di tangga kerana terdapat juga kalangan pelajar memperolehi buku lama yang sudah koyak-rabak, berconteng serta lusuh.

Jumlah harga buku teks hanya dalam lingkungan lima puluh ringgit sahaja tetapi beban untuk bayaran buku kerja mengikut kaedah pembelajaran, setiap pelajar harus menyediakan sekitar dua ratus ringgit.

Menyentuh soal yuran sekolah yang dikurangkan sejumlah RM 4.50, kebanyakan sekolah mengenakan yuran sekitar sembilan puluh ringgit tidak termasuk yuran pembelajaran komputer di mana makmal komputer di sekolah-sekolah tersebut berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu berserta tenaga pengajar yang tidak mencukupi.

Yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:
1: Ko-kurukulum RM 10.50
2: Kertas ujian 20.00
3: Sukan 10.00
4: Pendidikan Islam 10.00
5: Insuran 1.50
6: MSSM 4.00
7: PIBG 20.00
8: Majalah 32.00
JUMLAH 108.00

Disamping itu terdapat juga Persatuan Ibu Bapa Guru yang gagal memberikan kutipan keseluruhan atau kunci kira-kira persatuan sejak dua tahun lalu kerana tidak diketahui ke mana wang kutipan tersebut dibelanjakan. Disamping itu ibu bapa turut dibebankan oleh yuran tambahan bagi menampung kos pembenaan bangunan dewan yang tidak diketahui jumlahnya.

Seharusnya menteri tersebut merasa malu dengan keadaan yang tercetus di sekolah-sekolah di mana kepincangan demi kepincangan kian terserlah serta bagaikan ada percaturan �silap mata� cuba mengelirukan rakyat.

Sejak dahulu lagi rakyat menuntut agar kos pendidikan tidak seharusnya membebankan ibu bapa kerana pendidikan merupakan sebahagian daripada saham terpenting negara dalam memastikan kesinambungan generasi yang terdidik dengan ilmu pengetahuan.
Sebaliknya kementerian pendidikan kini dilihat sebagai �lubuk emas� menyimpan karun dari perahan air mata rakyat. Apa yang pasti, pencetak buku (tentunya dari kalangan orang keliling serta kroni) serta pengilang baju seragam pasti mengaut untung lumayan. Dan Menteri berkenaan tanpa malu menghebahkan kerajaan terpaksa menambah lebih dua bilion ringgit bagi tujuan menyediakan buku teks percuma serta pengurangan yuran sekolah.

Ternyata sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi semakin tempang menerajui kepimpinan negara. Rakyat bukan sahaja diulit mimpi ngeri dengan beban kehidupan serba melenjankan malahan untuk menimba ilmu pengetahuan juga harus dibayar dengan harga cukup memeritkan.

Tergamak sungguh mereka bernama pemimpin menipu rakyat dalam janji manis yang ternyata tidak kesampaian. Hari ini beban kehidupan bukan lagi sekadar cakap kosong atau omong kedai kopi. Segala-galanya menjadi realiti serba menyakitkan hati marhain.
Seawal menyediakan pakaian seragam untuk anak-anak menjadikan ibu bapa dilenjan situasi sukar kerana bagi sepasang pakaian seragam termasuk baju, seluar, kasut, setokin, beg sekolah serta peralatan alat tulis, sejumlah satu ratus lima puluh ringgit perlu disediakan. Bagaimana jadinya jika terpaksa membeli lebih dari sepasang pakaian untuk anak melebihi dua orang?

Sedangkan untuk menyambung kehidupan seharian pun marhain sudah dijerut kesan kenaikan harga barangan di pasaran yang mencanak tanpa mampu dikawal, kini awal musim persekolahan pastinya menjadikan setiap ibu bapa diregut kemurungan dan lelah serba menyesakkan nafas..

Lebih mengecewakan apabila pihak sekolah juga gagal mengawal harga makanan di mana belanja harian tidak lagi cukup dengan kadar satu ringgit seorang kerana nasi lemak yang dijual mencecah sampai 1.50 sebungkus, begitu juga dengan minuman dalam tin.
Tergamak sungguh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi menjeruk hati dan perasaan anak kecil yang mendambakan keselesaan sepanjang menimba ilmu. Bagaimana mampu setiap ibu bapa menahan kemurungan melihat anak-anak mereka tidak mampu disediakan belanja secukupnya sebagai bekalan makanan di sekolah?

Tiada kata termampu diluahkan sebagai melampiaskan gelodak hati melihat gagalnya kerajaan Abdullah Ahmad Badawi menyelami kehidupan rakyat yang cukup terhimpit kesan kepimpinan sebegitu sempang-peranang selain dari luahan kata-kata �sampai hati sungguh mereka menyiksa kehidupan rakyat!�

Setiap pemimpin yang berada di anjung kuasa bersama orang keliling serta kroni tentunya berkemampuan menyediakan kehidupan cukup lumayan untuk anak-anak mereka menimba ilmu, malahan ada berkemampuan mengirim keluar negeri seawal peringkat pendidikan sekolah rendah lagi, sebaliknya rakyat marhain, usahkan lega, malahan setiap hari kian terjerut dan terhimpit. Fikir-fikirkanlah.

In matters of conscience, the law of the majority has no place-Mahtma

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

1 comment:

tutekx said...

Easy Get Money
1. go to the following link; http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tutekxJoin this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral . have a 1 year premium account and now i am collecting some exta cash .
2. Then create a paypal PREMIUM Account at this address. It is free; http://www.paypal.com When asked for credit card details simply say cancel. You do not need to fill it . Another thing you can also use paypal money to buy stuff on ebay and other shopping sites.
3. Thats is it. So Simple and I swear it works.
4. I learnt this from another friend and i thought it will be good for my friends here. So I thought of helping
5. Try Now Try Now
================================================================
1. go to the following link; http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=tutekxJoin this site. It is also free. You get paid for completing surveys over there 6$ to 4$ dollars per survey and 1.25$ per referral . have a 1 year premium account and now i am collecting some exta cash .
2. Then create a paypal PREMIUM Account at this address. It is free; http://www.paypal.com When asked for credit card details simply say cancel. You do not need to fill it . Another thing you can also use paypal money to buy stuff on ebay and other shopping sites.
3. Thats is it. So Simple and I swear it works.
4. I learnt this from another friend and i thought it will be good for my friends here. So I thought of helping
5. Try Now Try Now