Tuesday, January 15, 2008

Protes anjur himpunan aman 26 Jan / Ribuan sertai program KeADILan di Selayang

Protes anjur himpunan aman 26 Jan, bantah kenaikan harga barang
Anis Nazri
Mon | Jan 14, 08 | 6:12:29 pm MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) akan menganjurkan satu Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan, 26 Januari akan datang.

Himpunan yang diadakan jam 3.00 petang itu bertempat di hadapan Bangunan KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Setiausaha Protes, Dr Hatta Mohd Ramli, berkata pihaknya sangat memandang serius suasana inflasi tidak terkawal yang sedang menekan kehidupan seluruh rakyat jelata khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Jelasnya, kenaikan bayaran tol di beberapa buah lebuh raya, kenaikan harga barangan keperluan harian, kenaikan tarif bekalan elektrik dan air; semuanya menambah berat beban hidup rakyat yang semakin terhimpit akibat gaya pentadbiran negara yang boros, korup dan sentiasa mengorbankan kepentingan rakyat.

"Protes tidak menolak keberangkalian besar kenaikan harga bahan bakar dalam tempoh terdekat dan kami memandang semua kenaikan ini sebagai manifestasi kegagalan kerajaan BN menjalankan pentadbiran secara berkesan, yang mengakibatkan rakyat terus disajikan dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa," tegas beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, satu ceramah umum Protes turut diadakan 20 Januari akan datang, jam 8.00 malam, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH).

Justeru, Protes menyeru semua rakyat Malaysia yang prihatin agar turut serta menjayakan ceramah umum dan himpunan aman ini.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan program-program ini bolehlah dimajukan kepada Sekretariat Protes di talian 03-2692 5000 atau 019-339 8659 (Dr. Mohd. Hatta Hj. Ramli) yang juga beralamat di 318A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. - mns



*****.*.**** *
Suara Keadilan Online
Ribuan sertai program KeADILan di Selayang, BN bakal terkubur.
Oleh Hafizz Mokhtar, Syafiq Sunny dan Bayu Abdullah

SELAYANG: Kesunyian Parlimen Selayang bertukar meriah dengan ribuan warga Selayang berbondong-bondong menyambut kedatangan Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim ke kubu kuat BN itu, 12 Januari lalu.

Anwar Ibrahim pada hari itu, dalam program jelajah “Mesra Rakyat” ke seluruh negara, berjaya menyatukan ribuan hadirin dari pelbagai warna kulit dan agama untuk bersama-sama mendengar seraya menguja semangat membina Malaysia yang lebih baik.

Makan Tengahari Di Kuang
Dari Rawang hingga ke Kuang, kemana sahaja Anwar Ibrahim pergi disitu ribuan hadir. Lawatan sehari ini mengukuhkan KeADILan dan Barisan Alternatif tidak pernah hilang sokongan dari rakyat, bahkan ia semakin kuat dari sehari ke sehari.

Program yang bermula seawal jam 1 tengahari lagi bermula dengan Majlis Jamuan Bersama Rakyat di Kampung Gombang Kuang. Ratusan hadir untuk tidak melepaskan peluang bersama-sama menjamu selera dan bersalaman dengan tokoh karismatik itu.

Dari Kampung Gombak Kuang, Anwar bergegas untuk memenuhi temujanjinya dengan masyarakat India di Pekan Kuang. Sambutan masyarakat India amat menakjubkan. Mereka mendengar ucapan Anwar dengan penuh khusyuk dan bersorak menyatakan sokongan penuh masyarakat India kepada beliau.

Ketika hari semakin lewat, sekitar jam 6 petang Anwar meluangkan masa bersama-sama masyarakat Rawang di Kampung Sungai Terentang. Kehadiran beliau disambut paluan kompang dan tarian Naga sebelum diarak ratusan Melayu, Cina dan India ke pentas yang menantinya.

Lebih 1000 orang menghadiri majlis tersebut dan sebagai memenuhi komitmen KeADILan kepada kepedulian rakyat, Anwar Ibrahim merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat KeADILan bagi Parlimen Selayang disana.

Turut hadir di majlis itu ialah Naib Presiden Azmin Ali, Setiausaha Agung Khalid Ibrahim, Bendahari William Leong, Ketua Penerangan Tian Chua serta wakil DAP, Ronnie Liu.

Dalam ucapan beliau, Anwar berkata hak dan keadilan kesemua bangsa harus dibela tanpa ragu dan sama-rama, sesuai dengan tuntutan agama dan nilai moral.

“Masalah orang Melayu adalah masalah saya, masalah orang Cina adalah masalah saya, masalah orang India juga adalah masalah saya!” kata Anwar disambut sorakan para hadirin berbilang kaum.

Ketika majlis perasmian, wakil-wakil penduduk menemui Suara Keadilan melahirkan rasa kesal mereka dengan tindakan wakil rakyat BN membelakangi kepentingan rakyat.

Menurut penduduk dikawasan berkenaan, Ong Tiong Huei, penduduk kawasan berkenaan mempersoalkan tanggung jawab wakil rakyat Rawang yang langsung tidak pernah mendengar rintihan rakyat.

“Mengenai isu pencawang, sudah berkali-kali penduduk mendesak agar ianya diruntuhkan atau dipindahkan, namun wakil rakyat tidak pernah mempedulikan. Ini bukan soal undi, ini soal keselematan penduduk,” katanya.

Jelas Ong lagi, wakil rakyat hanya bermain ‘wayang’ sahaja kerana jelasnya wakil rakyat hanya pandai bercakap bukanya bekerja.

Memperkenalkan Calon Muda KeADILan
Dalam pada itu, KeADILan turut mengambil kesempatan untuk memperkenalkan calon berpontensi bagi DUN Rawang, Gan Pei Nei.

Gadis manis yang merupakan Exco Wanita KeADILan Pusat berkata kepada hadirian beliau percaya hanya dengan semangat tidak takut memperjuangkan keadilan dan erti toleransi, maka nasib rakyat seluruhnya akan terbela.

Padanya tiada apa yang membezakan orang Melayu dengan orang Cina, atau orang Cina dengan orang India, yang berkongsi tekanan hidup dan kesan rasuah pemimpin-pemimpin BN.

“Barisan Alternatif komited dengan nasib rakyat. Kami disini tidak pernah mengabaikan rakyat ketika kami diperlukan. Kami bersama kamu semua,” tegas Gan Pei Nei disambut tepukan gemuruh hadirin.

Solat Maghrib di Kampung Melayu Rawang
Meskipun sibuk dengan tanggungjawab kepada masyarakat, Anwar tidak lupa tuntutan Ilahi. Ketika Azan mula bergema, Anwar bersolat Maghrib bersama jemaah Muslimin Masjid Batu 16 di Kampung Melayu Rawang, dan beliau akhirinya programnya di situ dengan makan makan bersama warga kampung.

Selesai solat dan makan malam bersama masyarakat Melayu, Anwar bertolak untuk bersama masyarakat Cina di Ulu Kepong, FRIM yang merangkumi empat Taman Masyarakat Cina di Kepong Utara.

Ahli KeADILan Ditampar Penyokong Umno
Jam menunjukkan 8.30 malam dan di premis ceramah, hadirin mula membanjiri kawasan sekitar sehingga lalulintas terhenti buat seketika. Hadirin seramai 300 orang bersesak-sesak untuk menemui bakal Perdana Menteri Malaysia itu sehingga mendorong cemburu segelintir ahli Umno.

Keadaan bertukar tegang dengan berlakunya pertengkaran diantara penduduk yang bersama-sama KeADILan dan kumpulan Umno terbabit. Seorang ahli KeADILan dari Selayang ditampar namun ia berjaya diselesaikan dengan baik oleh penganjur ceramah.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Bendahari William Leong. Ucapan informasi dari peguam korporat itu menasihatkan penduduk Ulu Kepong untuk peka kepada isu-isu semasa dan tidak memandang remeh rasuah yang berlaku di negara kita.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan, Gobalakrishnan pula memberi penerangan mengenai isu Hindraf yang diputar media media serta perkembangan terabru lima pmimpin Hindraf yang dikurung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Disusuli dengan ucapan dari Ketua Penerangan Tian Chua, kelihatan pihak polis mula memenuhi ruang-ruang diantara hadirin.

Beliau membidas kenaikan harga barangan rumah, petrol dan tol yang semakin menyesakkan poket rakyat. Dengan negara diasak pengganguran dan salahguna kusa, jenayah semakin mengganas dan terus meningkat.

Kehadiran Anwar menggamit perasaan warga Ulu Kepong. Suasana menjadi sangat meriah dengan sokongan hebat dari masyarakat India dari kawasan berhampiran. Seloka Anwar menyebabkan hadirin rasa terhibur dan lupa kepada masa yang telah berlalu.

Dari Ulu Kepong, Anwar Ibrahim bergegas ke kemuncak program jam 10.30 malam di Markas Pas Kampung Damai, Batu 17, Kuang.

Anak Muda Sambut Anwar
Rombongan Anwar disambut oleh konvoi 50 orang anak-anak muda kampung bermotorsikal yang gembira dengan kehadiran mantan Timbalan Perdana Menteri ke kampung mereka.

Sepanjang jalan ke markas dipenuhi bendera KeADILan dan Pas. Di Markas Pas, laman markas sesak dengan kehadiran 1200 orang dari kawasan-kawasan sekitar bagi mendengar penerangan dari pemimpin KeADILan dan Pas.

Hadirin tekun mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Jalan ke markas masih sesak walaupun jam menunjukkan 11.00 malam.

Dalam ucapanya, sekali lagi Anwar menegaskan, jika Barisan Nasional memenangi pilihanraya depan sekali lagi, harga barang keperluan dan minyak akan terus mendadak.

“Jangan cakap saya tidak boleh melakukan perubahan dalam soal penurunan harga, saya pernah menjadi menteri kewangan, beri kami peluang untuk memerintah, dan kami berjanji, kami akan turunkan harga minyak sehari selepas kemenangan kami di pilihanraya,” katanya dengan tegas dengan sorakan dan tepukan dari orang ramai.

Selain Anwar Ibrahim, penceramah lain adalah Khalid Ibrahim, William Leong, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan wakil dari Pas, Exco Pusat Dr Mariah Mohamad.

Selesai program jam 12.00 malam, sepanjang jalan pulang, lorong kecil dari markas ke jalan utama riuh dengan jeritan reformasi dari anak-anak muda Melayu, Cina dan India.

syafiq @ January 14, 2008


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: