Monday, January 7, 2008

PM, tolak pelampau : Dimana pelampaunya?

ning_nong2001@

Assalamualaikum. ,

Perutusan tahun baru dari paklah meyeru rakyat agar menolak pelampau
tetapi apa yang peliknya realiti kehidupan rakyat malaysia tidak
menampakkan adanya golongan ini.kalau di beberapa negara kita bolih
lihat kesan pelampau seperti berlaku yang di pakistan dengan
pembunuhan benazir bhutto serta di lain lain negara yang saban hari
kita dihidangkan dengan berita letupan bom dan tembak menembak
tetapi di malaysia?

selain dari kes kes jenayah seperti samun rompak dan bunuh tidak ada
tanda tanda walau sedikitpun ianya dilakukan olih kumpulan
pelampau.perhimpuna n hindraf yang kita lihat juga bukan aksi
pelampau.apa yang berlaku ialah pertempuran antara anggota hindraf
dan polis yang sebenarnya langsung tidak ada tanda tanda
membahayakan negara atau mana mana kaum.dan selepas perhimpunan itu
tidak ada langsung perhimpunan yang meletakkan negara dalam keadaan
bahaya.

jadi apa yang dinyatakan olih PM sungguh meragukan. seandainya
pembangkang yang dirujuk sebagai pelampau maka ianya satu cara
politik PM untuk menakutkan rakyat.dalam proses demokrasi
pembangkang sepatutnya diberikan haknya bukan dilebelkan sebagai
pelampau. pun begitu berkali kali pembangkang memberitahu bahawa
kita mahu menyelamatkan demokrasi dan mengelakkan malaysia menjadi
seperti pakistan dan dengan itu hak yang sepatutnya diberikan dalam
sistem demokrasi sepatutnya diberikan kepada pembangkang. begitu juga
mesej pembangkang yang jelas melaungkan keamanan sekalipun mereka
dizalim olih kerajaan yang rakus dan terdesak mempertahankan
kuasa.kes suwandi dan mohd azman yang tidak dibenarkan ikat jamin
bukti jelas kepada mesej ini.

sekalipun rasa marah semakin membuak buak tetapi pembangkang masih
bolih bersabar jadi di mana sebenarnya pelampau? barangkali
kerajaanlah pelampau dengan perlakuan tidak adil kepada 2 orang
rakyat biasa yang sebenarnya orang baik baik.

olih itu seruan PM ini sepatutnya ditujukan kepada kerajaan pelampau
dan sewajarnyalah kita semua bersatu tanpa mengira kaum dan agama
sesuai dengan saranan paklah itu untuk menolak sebuah kerajaan
pelampau

http://www.tranungkite.net
http://www.tranungkite.net

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: