Thursday, January 17, 2008

Pertikaikan Keikhlasan Barisan Nasional

pasjohorbahru@yahoo.com


Pertikaikan Keikhlasan Barisan Nasional

Seringkali kita dapati orang berbicara soal ikhlas terlebih lagi sekiranya ia melibatkan soal ibadah.

Keluasan ikhlas bukan terletak kepada nilai tambah atau banyak semata-mata tetapi ia bergantung kepada kesediaan kita untuk berkorban sesuatu benda & perkara yang kita sayangi untuk dihadiahkan kepada orang.

Kerajaan yang amanah & adil ialah kerajaan yang bukan melihat kepada kesamarataan sahaja, tetapi mestilah melihat kepada perlaksanaan meletakkan sesuatu kepada tempatnya dan yang paling terutamanya ialah mengikut syarak.

Buah ikhlas ini sudah semestinya menjadi mainan dan bualan politik bagi pemimpin kepada rakyat.

Persoalannya bolehkah kita terima apa yang kerajaan UmnoBN buat kepada negeri dan rakyat Kelantan selama ini, apa pula nasib negeri Terengganu dan apa pula nasib wakil-wakil rakyat pembangkang di negeri-negeri yang tidak di perintah oleh PAS & BA.

Penafian hak kepada pembangkang mencerminkan sikap curang kerajaan kepada rakyat, dimana dia wang kerajaan persekutuan dari cetusan bajet tahunan, peruntukan RMK-9 dan bajet pelancaran koridor wilayah-wilayah.

Di Kelantan UmnoBN buatlah apapun, sudah semestinya rakyat susah hendak percaya, usia pemerintahan kerajaan PAS selama hampir masuk 18 tahun ini adalah bukti penafian hak-hak bernegara untuk mentadbir negeri secara sah oleh Kerajaan Persekutuan melalui saluran yang tidak sepatutnya kepada pemimpin Umno Kelantan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya berharap rakyat negeri itu menghargai keikhlasan kepimpinan BN dengan membuat pilihan terbaik pada pilihan raya umum akan datang.

Soalannya siapa yang terbaik UmnoBN ke PASBA?

UmnoBN lah yang selama ini merompak duit rakyat dengan digula-gulakan rakyat dengan janji dan rasuah, sudah semestinya perbuatan keji ini mandapat murka dari Allah yang menyuruh pemimpin dunia ini mentadbir secara Islam & Adil.

Persoalan ikhlas bukan mainan, gimik politik murahan dengan pelancaran projek-projek yang menjadi gajah putih selepas itu sudah menjadi lumrah kepada pemimpin Umno.
Yang mereka pentingkan bayaran pendahuluan & komisen dari projek kroni-kroni mereka, dapat duit semua lulus lepas tu lesap entah kemana.

Pastinya yang menjadi mangsa adalah rakyat, permainan & lakonan pemimpin kepada media sudah maklum kepada orang yang mahu berfikir.

Selagi sifat munafik tidak dibuang dalam jiwa pemimpin Umno selagi itulah tiada nilainya wang & harta benda kepada rakyat.

Yang terpenting sekali buat rakyat, biarlah susah senang pemimpin bersama rakyat....


Hargai keikhlasan BN
PUTRAJAYA 15 Jan.-Rakyat Kelantan dapat melihat tandatanda bahawa negeri itu sudah dibawa dalam arus perdana pembangunan negara dan proses itu akan bertambah rancak jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk kembali memerintah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, pihaknya berharap rakyat negeri itu menghargai keikhlasan kepimpinan BN dengan membuat pilihan terbaik pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam hal ini, beliau berkata, UMNO telah membuat segala persiapan bagi menggalas cabaran mengembalikan semula mandat kepada BN negeri itu.

"Tanda-tanda yang ditunjukkan melalui penyertaan orang ramai yang menggalakkan dalam majlis-majlis bersama pemimpin membuktikan rakyat Kelantan mahukan perubahan.

"Sama ada menang atau kalah, kita kena tunggu pilihan raya tetapi melihat kepada sambutan yang kian meningkat, ini adalah petanda baik dan harap rakyat Kelantan dapat membuat pilihan dengan sebaik mungkin," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyampaian watikah pelantikan penyandang Kursi Tun Abdul Razak ke Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS) di sini hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, sekiranya rakyat negeri itu membuat pilihan yang betul, sudah pasti banyak urusan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar terutama daripada segi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Sumber : Jundullah - Utusan Meloya

Layari : http://www.pasjohorbahru.com

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: