Thursday, January 17, 2008

Perbicaraan ’Parlimen 17’ 17 Januari 2008

faisal mustaffa faisal_angkatanmuda@yahoo.com

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) ingin memaklumkan mengenai kes perbicaraan aktivis yang ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan menghantar memorandum ke Parlimen pada 11 Disember 2007 lalu.

Berikut adalah butiran:

Tarikh : 17 Januari 2008 (Khamis)
Masa : 10 pagi
Tempat : Tingkat 4, Mahkamah Majistret Jenayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur

Kesemua yang akan dibicarakan seramai 17 orang. Di antara aktvis yang akan dibicarakan:

1. Sdr Tian Chua
2. Dr Hatta Ramli
3. Dr Nasir Hashim
4. Sdr Arulchelvan
5. Sdr Sivarajan
6. Dr Lo’lo Ghazali


Walau bagaimana pun, sdr Abdul Razak Ismail digugurkan daripada didakwa selepas beliau memfailkan saman terhadap Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia kerana membakar keretanya semasa beliau dalam tahanan.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: