Wednesday, January 23, 2008

Penemuan makara menulis semula sejarah Kepulauan Melayu

"Sirajuddin Abbas" sirajuddinabbas@gmail.com

sila tonton video ni

http://www.youtube. com/watch? v=rQfQ6jm3Dqs

Penemuan makara menulis semula sejarah Kepulauan Melayu

Video: Pasukan penyelidik UKM bongkar Tamadun Melayu





Kumpulan Arkeologi dan Carigali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuat satu penemuan penting dalam menentukan agama asal yang dianuti oleh penduduk awal Kepulauan Melayu.


Pasukan pengkaji ini yang diketuai oleh Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman telah turut dibantu oleh pakar carigali dari Jabatan Warisan Malaysia dan projek ini dibiayai oleh Jabatan Warisan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.


Tapak carigali tersebut yang terletak di Sungai Mas, Kedah, dipercayai merupakan satu kawasan penempatan di zaman silam yang telah dibangunkan pada abad ketujuh. Yang turut ditemui di situ ialah biji-biji manik, bekas tanah liat serta serpihan tembikar, tempayan granit, batu bersurat dengan ukiran tulisan tamadun Kadaha, runtuhan stupa Buddha serta penemuan terpenting, sebuah makara Buddha.


Penemuan makara ini sekaligus menolak teori awal Indianisasi Kepulauan Melayu kerana makara yang ditemui itu dikatakan telah dibuat pada kurun ketujuh, iaitu lama sebelum agama Hindu diperkenalkan di Kepulauan Melayu oleh para pedagang India. Makara itu mempunyai ciri-ciri Buddha dan ini seterusnya menolak teori bahawa agama Hindu merupakan agama asal nenek moyang kita.


Makara yang ditemui itu dipercayai diperbuat dari sebongkah batu yang diukir dalam bentuk satu makhluk kacukan ikan dan gajah, dua elemen haiwan yang berkuasa di laut dan darat lalu membentuk satu simbol kuasa yang memberi perlindungan kepada para penganutnya, menurut Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi.


Biasanya terdapat sepasang makara, tetapi kumpulan arkeologi yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi hanya menjemui sebuah saja. Beliau berharap akan dapat menemui pasangan makara itu dalam carigalinya di masa hadapan bagi melengkapkan koleksi makara tersebut.


Sungai Mas dipercayai ialah tapak sebuah kerajaan yang pesat berkembang pada masa tersebut. Kewujudan tamadun ini dapat dikesan dan dibuktikan sejak dari zaman prasejarah lagi. Ini juga telah membawa kepada penemuan yang tidak kurang hebatnya; bahawa terdapat sebuah tamadun yang agung sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi menambah, makara Hindu dan Buddha yang ditemui di Kepulauan Melayu adalah unik dan tersendiri kerana ia tidak terdapat di tempat-tempat lain di seluruh dunia, termasuk di India dan China.


Makara ialah simbol manifestasi oleh penduduk tempatan terhadap unsur ketuhanan serta elemen alam sekeliling mereka. Budaya tempatan, haiwan serta elemen-elemen alam semula jadi diserap ke dalam agama baru mereka supaya dapat disesuaikan dengan penganutnya.


Penemuan makara di Sungai Mas, Kedah oleh sekumpulan penyelidik UKM bukan sahaja hebat, malah mampu mengubah sejarah tanah air kita. Kumpulan carigali ini kini sedang menunggu pelepasan serta tajaan baru untuk menyambung aktiviti arkeologi dan carigali dalam usaha untuk menjejak fakta dan membongkar cerita tentang keturunan nenek moyang di tanah air kita.

http://www.ukm. my/ukmportal/ News/berita_ makara.htm














An Archaeological and Excavation team from University Kebangsaan Malaysia (UKM) has made a groundbreaking discovery in determining the early religion of the early settlers of the Malay Archipelago. The team, led by Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman and supported by the archaeologists from the Department of Heritage Malaysia, and financed by the Department of Heritage, Ministry of Culture, Arts and Heritage, Malaysia.The excavation site, located at Sungai Mas, Kedah, is found as an ancient settlement area which dates to the 7th century. Found at the site are a number of ancient relics such as beads, pottery jars and parts of ceramics, a granite vat carved from a huge granite, stone tablets with Kadaha inscriptions, ruins of Buddhist Stupas and also the most profound finding among all, the Buddhist makara.The finding of the makara has ruled out the initial theory of Indianisation of the Malay Archipelago as the makara found at the excavation site is said to date to the 7th century, before the introduction of Hinduism by the early Indian merchants and travelers. The makara carries Buddhism properties, therefore, rules out the fact that Hinduism was the initial religion of our ancestors.The makara found is a stone carved to resemble a creature the combination of a fish and an elephant, the two icons of power in land and water, a deity to protect its believers from harm. According to Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi, a makara usually has its counterpart, another makara. In the future, Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi hopes to find the missing pair of the makara to complete the collection.Sungai Mas is also believed to be a full-fledged kingdom in the ancient past and the chronological sequence of the Sungai Mas kingdom site has been established from prehistory to the kingdom status, proving another fact; there was another flourishing civilization prior to the Malacca Sultanate.Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi further added that the Hindu and Buddhist makaras found in the Malay Archipelago are very distinct to this region as there are no other parts of this globe produce the makaras, not even in India or China. The makaras are the symbols of manifestation of the locals to the deities and the surrounding environment. Local cultures, the animals and natural elements were embedded into the new religion in order to adapt it to the new believers.The findings by the team are not only profound but they might change our history of this land. The excavation team is now waiting for a clearance and more funding to continue this archaeological and excavation research in order to establish more facts and stories of our ancient forefathers.

http://www.ukm. my/english/ News/berita_ makara.htm


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: