Tuesday, January 22, 2008

PAS komited pertahan kedaulatan undang-undang / tawarkan negara berkebajikan

JOM BERSIH!!! bersih.org


PAS komited pertahan kedaulatan undang-undang
Awang Harun
Mon | Jan 21, 08 | 3:17:24 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 21 Jan (Hrkh) - PAS komited mahu mempertahankan kedaulatan undang-undang serta sistem kehakiman di negara ini yang sedang 'dinodai'.

Jika undang-undang mengatakan Suwandi dan Azman boleh diikat jamin hendaklah diberi hak kepada mereka untuk dijamin, keluar dan dibicarakan di mahkamah.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian pada siding media di hadapan pintu masuk ke Mahakamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, campurtangan politik dalam sistem kehakiman serta kedaulatan undang-undang amat ketara berlaku dalam negara hari ini. "Kita melihat sejak kebelakangan ini campurtangan politik terhadap kedaulatan undang-undang begitu ketara. Ini yang kita tidak mahu.

"Jika rakyat sudah tidak percaya kepada mahkamah amat merbahaya dan ini yang saya bimbang."

"Saya cukup-cukup bimbang jika rakyat sudah tidak percaya kepada mahkamah dan kedaulatan undang-undang di negara ini," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar anggota polis yang melepaskan tembakan peluru hidup serta hampir meragut dua nyawa turut didakwa dan dibicarakan di mahkamah.

"Kita juga minta polis yang menembak itu juga didakwa. Mereka pertahankan hujah mereka di mahkamah jika mereka mengatakan mereka mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan,"ujarnya.

Menurutnya, kes pendakwaan terhadap Suwandi dan Azman sebagai suatu 'test' tentang campur tangan politik dalam perundangan di Malaysia hari ini. - mks.


*****.*.**** *

PAS tawarkan sebuah negara berkebajikan buat rakyat Malaysia
Posted on Monday, January 21 @ 11:44:56 EST by reformis
Mahfuz Omar berkata, kerajaan sedia ada tidak mampu menangani isu kenaikan harga minyak kerana tiada mekanisme bagi mengatasi masalah itu. ‘‘Pendapatan kerajaan sedia ada selama ini hanya bergantung kepada sumber minyak iaitu petroleum. Bila harga minyak dunia naik, mereka (kerajaan) tidak berupaya memikirkan cara mengatasinya kecuali terpaksa menaikkan harga minyak,” ujarnya.


KUANTAN 20 Jan. – Pas mula menyebarkan manifesto pilihan raya, antaranya mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.

Antara yang dijanjikan parti itu ke arah ‘negara kebajikan’ ialah mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, Pas juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran, serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, menerusi konsep negara kebajikan, rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

‘‘Mari kita buat perubahan. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Perubahan mesti sama-sama, tidak boleh Melayu sahaja, India sahaja atau Cina sahaja.

*****.*.**** *
Cina Islam

Antara Kandungan Menifesto PAS

Berikut adalah antara kandungan Menefisto PAS yang disebut oleh Presiden PAS di dalam Ceramah Perdana di Madrasah As-Saadah, dekat sini malam tadi.


1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.

2.Mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa .

3. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran.

5. Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.

6. Rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*** - ***
JANGAN LUPA: HARI SABTU PAKAI KUNING!
Link Baru
webtv8 di http://wtv8. tv/v2/ tvpas di http://www.tvpas. com/

*****.*****
Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: