Wednesday, January 30, 2008

PAS dan 'Negara Kebajikan' / BetterMalaysia.com

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

PAS dan 'Negara Kebajikan': Berhati-hati dengan tindakan Pak Lah

Murtadza Ibrahim
Tue | Jan 29, 08 | 3:49:48 pm MYT
Langkah PAS mahu mewujudkan 'Negara Kebajikan' sekiranya diberikan mandat sebagai parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 akan datang benar-benar mengejutkan pelbagai pihak.
Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan beberapa insentif akan diberikan kepada rakyat termasuk penurunan harga minyak 30 sen.

Sebelum itu, beberapa pemimpin pembangkang lain turut berjanji akan mengurangkan beban rakyat sekiranya mereka diberikan mandat.

Bekas CEO Perbadanan Nasional Berhad (PNB) yang juga Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim turut memberi jaminan bahawa rakyat seluruh negara akan menikmati bekalan air paip percuma seandainya parti ini diberi mandat dalam pilihan raya umum kelak.

Janji dan jaminan pimpinan PAS mungkin menyebabkan rakyat terbahagi kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama adalah mereka yang menyokong penuh jaminan tersebut, kumpulan kedua pula lebih bersikap 'tunggu dan lihat' dan kumpulan ketiga adalah mereka yang menentang dan menolak terus . Kumpulan ketiga ini dianggap pemimpin dan ahli Umno yang begitu lama menjadi 'seteru' PAS dalam berpolitik.

Tidak menghairankan apabila Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyebut negara akan 'bangkrap' apabila parti pembangkang diberi mandat memerintah.

Bekas Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula menyifatkan PAS hanya tahu 'bercakap' dan 'berjanji' sedangkan beliau adalah beberapa pemimpin Umno yang kuat menentang kenaikan harga minyak 30 sen pada tahun 2005 yang lalu.

Ketika itu, dia bersama dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Muhamad yang menganggap kenaikan harga minyak adalah 'tidak munasabah' dan praktikal.

Kemudian, Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo' Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Dato' Seri Muhd Ali Rustam; Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa dan beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi Umno terus 'berkokok' dan bertempik kuat menyerang PAS.

Strategi pemimpin PAS dan 'serangan' pimpinan Umno telah menyebabkan rakyat terutamanya pengundi mula 'bercakap' isu terbabit.

Strategi ini disifatkan berjaya dengan masyarakat mula menilai sejauhmana kemampuan PAS jika parti ini diberi mandat sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-12 kelak.

Masyarakat juga sedang menilai sejauhmana 'serangan' kepimpinan Umno memberi impak politik kepada parti itu sama ada impak negatif mahupun positif.

Walaupun jaminan dan janji PAS memberi tanggapan baru terhadap parti ini namun mereka tidak boleh terlalu leka dengan strategi politik Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka perlu cekap dan memahami strategi politik Abdullah sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12 ini yang disifatkan sebagai lambat tetapi berkesan dan boleh mempengaruhi serta mengelirukan rakyat.

Tidak mustahil Abdullah akan membuat pengumuman awal sebelum menjelang pilihanraya umum ke-12 kelak bahawa harga minyak akan kekal atau naik kurang daripada 10 sen yang seolah-olah tidak membebankan rakyat dan pengundi.

Abdullah sudahpun bertindak dengan menubuhkan Majlis Harga Negara yang berperanan memantau kenaikan harga barangan pengguna seolah-olah harga barang tidak akan naik selepas pilihan raya umum ke-12 kelak.

Abdullah juga mungkin akan mengumumkan kenaikan taraf elektrik dan air yang terlalu rendah yang segala-galanya digambarkan seolah-olah tidak memberi tekanan kepada pengundi.

Abdullah juga pasti akan memberi gambaran sepertimana dalam pilihan raya umum 2004 lalu bahawa kestabilan adalah keutamaan Barisan Nasional dengan memberikan gambaran bahawa memilih pembangkang akan kacau bilau!

Dan yang penting kakitangan kerajaan akan menerima bonus sama ada sebulan atau setengah bulan sebelum menjelang pilihan raya umum ini.

Ketika ini, rakyat boleh 'keliru'. Rakyat menganggap bahawa janji dan jaminan pembangkang adalah tidak realistik lagi.

Apatah lagi seluruh media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka akan memberi liputan meluas di atas pengumuman Abdullah ini.

Segala-galanya hanya untuk tahun 2008 dan selepas beberapa hari menjelang tarikh pilhan raya umum ke 12 kelak. Rakyat tidak akan tahu bagaimana pula selepas tahun 2009- 2012.

Pada tahun 2009 harga minyak boleh naik begitu tinggi, harga barangan terus meningkat, tarif elektrik dan air berlipat kali ganda dan sebagainya.

Keadaan terbukti selepas setahun Barisan Nasional menang besar dalam pilihan raya 2004 yang lalu. Kenaikan harga barangan yang mendadak, kenaikan tol, kenaikan minyak, pengangguran dan masalah sosial yang begitu membimbangkan berlaku selepas setahun dia memegang jawatan Perdana Menteri.

Rakyat dan pengundi boleh lupa sengsara empat tahun dengan pelbagai kenaikan barangan sebelum ini hanya dengan pengumuman sekali sebelum menjelang Pilihan raya umum kelak.

Rakyat akan lupa selepas beberapa anggota polis cedera parah, Abdullah membuat pengumuman bertindak ke atas pemimpin Hindraf, Abdullah mengarahkan Dato' Seri Azmi Khalid dan isteri ke China kerana isu 'ketuk-ketampi' sedangkan bangsa Melayu yang terlibat, selepas masalah sosial yang agak serius, Abdullah menubuhkan pelbagai saluran maklumat untuk kepentingan awam.

Abdullah memberi tumpuan kepada koridor sedangkan masalah banjir terus berlaku sehingga membebankan rakyat.

Segala-galanya adalah untuk politik. Abdullah berjaya dengan slogan 'bekerja bersama saya dan bukan untuk saya' sehingga ia membentuk satu kumpulan yang cukup besar untuk 'menyerang' mana-mana pihak yang cuba menentang beliau.

Suatu yang tidak pernah berlaku di era Dr Mahathir yang mana pertubuhan politik menyaman wartawan yang cenderung menentang beliau, wartawan menyaman wartawan juga yang cenderung menentang dirinya.

Abdullah 'bebas' dan seolah-olah tidak mengetahui isu terbabit kerana slogan 'bekerja bersama saya dan bukan untuk saya'.

Soalnya, bagaimanakah pembangkang mahu mempertahankan isu terbabit. Bagaimanakah pembangkang mahu mempengaruhi pengundi yang mudah keliru dan mudah 'lupa' sepertimana yang disebut oleh Dr Mahathir dahulu.

Selepas Abdullah dan Barisan Nasional menang besar dan mungkin lebih besar daripada pilihan raya umum 2004 lalu, ketika itu yang kenaikan harga barangan terus meningkat dan taraf kehidupan terus merosot, rakyat kembali mengeluh.

Rakyat terus mengeluh dan mengakui 'alangkah untungnya kalau kita ada pembangkang yang kuat!' Tapi ini lah cara pemikiran pengundi kita dan Abdullah cukup arif dengan situasi tersebut.

Tidak menghairankan sebaik sahaja menang besar dalam pilihan raya umum ke-12 ini, dia akan kembali kepada habitat lamanya iaitu 'keluar negara'.

'Keluar negara' dan setiap bulan akan 'keluar negara..

Dan ketika itu, rakyat mungkin mendongkak ke atas untuk melihat kapal terbang Abdullah melintas di atas kepala mereka!


Jelas.Info

BetterMalaysia. com

A new website was launched today, designed to enable every single Malaysian to do their part to make a better Malaysia.

Do read about the site�s goals, how you can be a part of the movement, and most importantly, how to spread the word.

This is the first BetterMalaysia. com project, spreading awareness about the rise in crime. Distribute widely!
BM version available, other languages coming soon.

I�m going to leave this up here for a while, as I attend to some obligations, including answering yet unanswered questions on this blog! :)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: