Thursday, January 3, 2008

Org susah Seremban Jaya sambut tahun baru menangis

Rozmal bin Malakan rozmal@yahoo.com

Petang tahun baru 2008 saya dikejutkan dari tidur
dengan panggilan talipon dari Kasim (keluarga susah di
Senawang Jaya). Katanya dia ada jumpa orang susah di
masjid, sekarang orang tu ada dirumahnya, menangis
saja mengenangkan nasibnya tidak tahu di mana hendak
minta tolong. Kasim nak tolong, dia pun susah. Itu pun
beras dan makanan yang dia terima dia bahagi-bahagikan
dengan keluarga susah yang lain.

Selepas Asar saya pun dengan kepala yang masih pening
sebab selsema pergilah ke rumah Kasim di Senawang
Jaya. Salam saya disambut oleh seorang pemuda. Saya
ingatkan dia anak saudara Kasim, rupanya dialah orang
yang memerlukan bantuan tadi.

Nama dia Hafizi, umur 26 tahun. Berumahtangga 3 tahun
lalu, dan sekarang isterinya mengandungkan anak sulung
4 bulan. Yang terharu ialah dia kata rumah dia tilam
pun tak ada, isterinya tidur sahaja atas lantai
berlapik tikar. Lalu saya teringat surau taman saya
ada tilam masih baik yang telah lama tidak digunakan.
Jadi saya bercadang beri pada Hafizi. Kasim pun
menyampuk, “Bang, saya pun tak ada tilam”. Saya kata
pada Kasim berilah pada Hafizi, isteri dia lebih
memerlukan. Kasim pun tersenyum.

Hafizi ni dulu kerja kilang secara kontrak. Kemudian
kerja bengkel kereta, tetapi bengkel kereta terssebut
sudah tutup. Sekarang dia sedang mencari kerja,
kelulusan PMR saja katanya.

Kemudian kami pergilah ke kedai, belikan sedikit
keperluan makanan untuk Hafizi dan isteri. Sedikit
beras, telur, sardin, biskut, gula, susu. Nak beli
minyak, minyak masak tak ada. Yang ada minyak jenis
mahal.

Menurut Hafizi dia ada memohon bantuan Baitul Mal, dan
pernah mendapat bantuan Baitul Mal untuk menjelaskan
sewa rumahnya yang tertunggak beberapa bulan. Kata
Hafizi, ramai lagi orang susah macam dia.

Marilah kita sama-sama doakan agar Kasim sekeluarga,
Hafizi sekeluarga serta ramai lagi yang senasib dengan
mereka di Seremban dan di seluruh Malaysia agar
dikuatkan iman mereka, dipertemukan mereka dengan
orang-orang yang pemurah yang sudi membantu.

Kepada mereka yang ingin membantu Hafizi boleh
menghubungi beliau atau berjumpa dengan beliau di
rumahnya :
Muhammad Hafizi
No 1039 , Jalan SJ 9/10
Taman Seremban Jaya
70450 Seremban
Negeri Sembilan
Tel : 012-3193493

Blog Rozmal http://waghih. blogspot. com
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmala ysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpale stin.com
Institut Kajian Angkasa http://ikam- space.blogspot. com
Pusat Pendidikan As Saidiyyah http://puspa- ns.blogspot. com

*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: