Friday, January 25, 2008

Negara BN / Beri peluang PAS buktikan / Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Cekap

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

AL-HUSSEYN

Negara Bajingan Barisan Nasional


SUNGAI PETANI 23 Jan. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kebajikan, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini disini

Zainuddin berkata, hasil pengurusan politik, ekonomi dan sosial yang cekap telah membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mampu memberikan subsidi sehingga berbilion ringgit setiap tahun termasuk subsidi minyak dan harga barang keperluan harian.


"Subsidi ini meliputi seluruh rakyat dari kampung ke bandar, subsidi padi kepada petani, nelayan hingga kepada masyarakat bandar yang tidak terkecuali mendapat subsidi petrol dan keperluan harian," kata beliau.

"Hanya Malaysia satu-satunya negara di Asia mendahului negara-negara lain dalam menjadi sebuah negara kebajikan tanpa diisytiharkan, " kata beliau.




BuletionOnline
Berikan peluang PAS memerintah, untuk buktikan ‘Negara Kebajikan’ - Presiden PAS


Ditulis oleh SM Noor
Kuala Nerus, 23 Jan – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang membuat tawaran kepada seluruh rakyat supaya memberikan peluang kepada PAS untuk memerintah bagi membuktikan PAS berupaya melaksanakan program ‘Negara Kebajikan’. Presiden PAS menyatakan demikian didalam kuliah tafsir mingguannya di Masjid Taqwa, Batu Enam, disini hari ini. Kuliah beliau berkisar tentang penghijrahan RasuluLlah SAW yang telah membawanya penubuhan negara Islam Madinah, dimana program-program negara berkebajikan telah dilaksanakan.


‘Negara berkebajikan’ Madinatul-Munawwara h telah menjadikan zakat sebagai sumber(resources) bagi menjana ekonomi umat. Dimana prinsip ‘mengambil bahagian daripada orang-orang kaya, dan diberikan kepada orang-orang yang berhajat’ telah berjaya menyelesaikan masalah ekonomi dan pembangunan negara.

The image “http://buletinonline.net/images//tg.bmp” cannot be displayed,  because it contains errors.Dato’ Seri Tuan Guru telah menerangkan dengan panjang lebar tentang pembahagian zakat kepada lapan asnaf utama, dan membidas pihak UMNO/BN negeri Terengganu yang menjadikan isu ‘anak exco mendapat zakat’, sebagai golongan yang jahil dan tidak memahami ilmu ugama.

”Zakat dibenarkan didalam Islam untuk diberikan kepada orang-orang yang sedang sedang menuntut ilmu, terutamanya ilmu-ilmu ugama, dengan tidak mengambil kira samada mereka anak exco atau anak menteri, kaya atau miskin” jelas Dato’ Seri.

Mengambil contoh masakini, Dato’ Seri berkata,”sekiranya syarikat Petronas yang keuntungannya berbilion ringgit, mengeluarkan zakat, maka dengan zakat itu, kerajaan boleh memberikan pendidikan secara percuma dan perkhidmatan secara percuma kepada rakyat”.

Sehubungan dengan itu, Petronas telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 70.2 bilion pada tahun 2006. Tawaran ‘Negara Berkebajikan’ yang ditawarkan oleh PAS boleh dilaksanakan sekiranya Petronas mengeluarkan zakat sebanyak 2.5% yang berjumlah RM 1.75 bilion, satu jumlah yang mampu menampung kos bagi pendidikan dan kesihatan percuma untuk rakyat Malaysia.

PAS telah menawarkan didalam manifestonya, mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Kebajikan, untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12 yang akan datang. Konsep Negara Kebajikan telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti di Jepun dan United Kingdom. Antara perlaksanaan ‘Negara Kebajikan’ bagi Jepun adalah memberi subsidi 99% terhadap pengeluaran padi dinegara tersebut.

Tawaran PAS untuk Pilihanraya Umum akan datang telah menjadi satu kegerunan kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Perlaksanaan program-program ‘Negara Kebajikan’ telah pun dilaksanakan di Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 1990
JOM BERSIH!!! bersih.org


Krisis Ekonomi Dunia: Malaysia Perlukan Kerajaan Yang Cekap Bagi Menghadapinya

Kuala Lumpur, 24 Jan - Kerajaan Malaysia digesa mengambil sikap berhati-hati dan berhemah dalam menguruskan kewangan negara. Akibat krisis kewangan Amerika Syarikat, dunia sedang menghadapi ancaman kemelesetan ekonomi dan Malaysia seharusnya mengelakkan perbelanjaan- perbelanjaan tidak perlu dan meningkatkan simpanan sebagai persediaan menghadapinya.

Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang media hari ini mengatakan kerajaan Malaysia perlu peka terhadap keperluan untuk berjimat kerana ia adalah satu-satunya benteng negara bagi menghadapi kesan lebih buruk dan kejutan seterusnya krisis ekonomi Amerika Syarikat.
Beliau juga berkata, sepanjang empat tahun yang lalu, perbelanjaan kerajaan telah meningkat. Perolehan cukai dan hasil lain kerajaan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan mengurus.

“Tanpa hasil Petronas, negara ini akan terpaksa menanggung hutang yang sangat besar semata-mata untuk terus beroperasi,” kata Tan Sri.

“Kerajaan Barisan Nasional mempunyai sikap tidak bertanggungjawap dengan membelanjakan sejumlah besar wang rakyat untuk membuat persiapan dan majlis pelancaran koridor-koridor pembangunan. Kos-kos acara begitu menelan belanja sehingga RM50 Juta - RM 100 Juta setiap satu.”

Kerajaan mengatakan perbelanjaan tersebut tidak semestinya dibuat oleh kerajaan secara langsung.

“Perbelanjaan oleh Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) seharusnya dilihat sebagai membelanjakan wang rakyat” tambah beliau.

Tan Sri Khalid juga menegaskan bahawa Barisan Nasional tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kewangan dan ekonomi negara dengan baik dan menjangka Malaysia akan merasakan kesan kemelesetan ekonomi yang berpunca daripada krisis kewangan Amerika Syarikat.

Tan Sri Khalid mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kemelesetan ekonomi dan mengulang seruan KeADILan bahawa kerajaan perlu cekap dan amanah untuk memimpin rakyat menghadapinya.

“BN di bawah Abdullah Badawi ternyata tidak cekap dan terlalu lemah untuk memikul tugas tersebut”

“Kemampuan Malaysia menghadapi Krisis Kewangan Asia sebahagian besarnya adalah hasil daripada belanjawan berhemah yang diutamakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan sepanjang beberapa tahun sebelumnya.”


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: