Wednesday, January 30, 2008

Najib maksud Abdullah atau Samy pemimpin gagal? / Kegagalan Umno bantu bangsanya

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

SIASAH

Minta rakyat tolak pemimpin gagal: Najib maksud Abdullah atau Samy?


PULAU PINANG, 28 Jan: Siapakah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar rakyat menolak pemimpin yang gagal melaksanakan amanah selepas diberikan tanggungjawab.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah atau Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu? tanya Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dalam ucapannya di sini baru-baru ini.
"Adakah dia merujuk kepada Samy Vellu yang sedang berjuang untuk menyelamatkan karier politiknya selepas 28 tahun memimpin MIC;

"Atau Najib merujuk kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menggunakan video Lingam dan banyak membuktikan kegagalan selepas empat tahun memimpin negara sehingga popularitinya jatuh sehingga 61% sahaja Disember lepas berbanding 91% semasa mula menjadi Perdana Menteri dahulu," tanya Kit Siang dalam ucapannya itu.


Ikuti laporan penuh dalam Siasah Ahad ini.

JOM BERSIH!!! bersih.org/



DARIGAUNGHATI

Kegagalan Umno bantu bangsanya


Umno gagal basmi kemiskinan, kemiskinan ada dimana-mana hatta di negeri yang konsisten diperintah Umno seperti Pahang Darul Makmur.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Maran, Ustaz Ramli Abdul Rahman menyifatkan kenyataan pemimpin Umno/BN kononya kemiskinan telah dibasmi (suatu ketika dahulu) adalah kenyataan kosong kerana kini isu kemiskinan itu masih menjadi bahan kempen pilihan raya Umno.

�Umno mempunyai cukup masa untuk melaksanakan program membasmi kemiskinan sejak 50 tahun berkuasa tetapi malangnya mereka tidak melakukanya dengan bersungguh-sungguh.

�Membasmi kemiskinan masih lagi menjadi modal Umno/BN dalam menghadapi pilihan raya. Kali ini kerajaan mensasarkan tahun 2010 untuk membasmi kemiskinan tegar,� ujarnya

Bagi menghadapi pilihan raya Umno melancar berbagai program semuanya menjurus kearah meningkatkan taraf hidup rakyat, meningkatkan ekonomi dan sebagainya.

Ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini dan semakin hampir dengan tarikh pilihan raya semakin banyaklah papan tanda projark akan didirikan - itu pemandangan biasa menjelang pilihan raya.

Ramli berkata, kegagalan Umno dapat dilihat semasa berkunjung kerumah Ramlee Mohamed 43, dikampung Paya Kerbau, Bukit Segumpal, Maran.

Menurutnya Ramlee mengakui beliau adalah ahli Umno sejak sekian lama. Kesusahannya tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, Ia menimbulkan persoalan kenapa insan seperti Ramlee ini gagal dibantu.

Mungkinkah beliau ini adalah mangsa pilih kasih yang diamalkan Umno apabila permohonanya untuk dimasukkan dibawah Program Pembangunan Rakyat termiskin (PPRT) dan permohonan untuk menjadi peserta Felcra juga gagal.

Beliau yang tinggal dipondok usang memerlukan bantuan bagi membina rumah yang lebih selesa.

Ustaz Ramli sendiri merasa hairan kerana pihak berkuasa gagal menilai kemampuan Ramlee.

�Ramlee adalah mangsa keadaan, baliau adalah kegagalan kerajaan Umno/BN,� ujarnya.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: