Wednesday, January 23, 2008

Melayu Angkasa, Perut Kosong di Port Dickson

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Posted on Monday, January 21 @ 22:48:38 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh AMKNS

"

Berita Harian 21 Jan 2008
Sentral: Sekeluarga hidup daif dalam rumah usang perlu bantuan


PORT DICKSON: Sepasang suami isteri bersama enam anak mereka hidup serba kedaifan di sebuah rumah usang dalam ladang berhampiran kawasan perumahan D' Ambang Kota, Lukut, dekat sini sehingga ada kalanya anak ke sekolah dengan perut kosong kerana tidak mampu menyediakan makanan.


Rumah sempit yang pernah menjadi tempat tinggal pekerja ladang sawit berkenaan menjadi tempat berteduh mereka sejak lima tahun lalu walaupun saban hari terpaksa berdepan masalah lalat daripada pusat penyembelihan ayam tidak jauh dari situ.


Bagi Shamsuddin Yusuf, 38, pendapatannya yang purata RM600 sebulan tidak mencukupi untuk melihat isteri, Sofia Abdullah, 31, dan enam anak mereka hidup selesa kerana terpaksa menampung pelbagai keperluan.


"Pendapatan itu memang tak cukup untuk menyara keluarga dan menampung persekolahan anak. Anak ketiga saya juga masih belum dapat ke tadika kerana kami tak cukup wang untuk beli keperluan pendidikannya, " katanya. Enam anak pasangan itu ialah Mohammad Hanafi, 10; Nurul Atikah, 8; Nurul Shafikah, 6; Nurul Hidayah, 4; Mohamad Mukriz, 2, dan Mohamad Fariz, lapan bulan. Shamsuddin yang berasal dari Mersing, Johor dan berpindah ke sini 10 tahun lalu, berkata selain bekerja di tempat penyembelihan ayam, beliau mengambil upah melakukan kerja kasar lain seperti memotong rumput dan menangkap ikan untuk menambah pendapatan, tetapi masih tidak mencukupi.


Beliau berkata pendapatannya digunakan untuk menampung keperluan keluarga selain membiayai persekolahan dua anak mereka, masing-masing berusia lapan dan 10 tahun di Sekolah Rendah Kebangsaan Lukut. "Kesempitan hidup menyebabkan ada ketika anak kami tidak bersarapan. Anak bongsu juga diberikan susu tepung paling murah," katanya yang mendakwa sehingga kini tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk agensi kerajaan.


Shamsuddin yang bernasib baik kerana diberikan tempat tinggal oleh majikan, berkata isterinya yang memeluk Islam pada 1997 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban juga tidak pernah menerima bantuan sebagai saudara baru. "Isteri saya berasal dari Medan, Indonesia dan beragama Kristian sebelum memeluk Islam tiga tahun sebelum kami berkahwin, tetapi tiada mana-mana pihak memberikan bantuan kepadanya selepas itu," katanya.


http://www.bharian. com.my/Current_
News/BH/Monday/ EdisiWilayah/ 20080121072049/ Article/index_ html

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: