Wednesday, January 30, 2008

Media Kerajaan Kepunyaan Rakyat / State Media belongs not to Barisan Nasional

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)

Media Kerajaan Kepunyaan Semua Rakyat Malaysia, bukannya Barisan Nasional

Kenyataan Media BERSIH
28 Januari 2008
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) ingin menegaskan bahawa semua bentuk media kerajaan, termasuk RTM, kepunyaan semua rakyat Malaysia dan bukannya harta peribadi Barisan Nasional.
BERSIH ingin mengingatkan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bahawa 36% daripada undi yang mengundi Pembangkang pada 2004 juga merupakan pembayar-pembayar cukai daripada kos operasi RTM. Oleh yang demikian, 36% daripada kos operasi RTM dibiayai oleh pengundi-pengundi Pembangkang. Ini juga bermakna 36% daripada gaji Ahmad Zahid dibayar oleh 36% rakyat yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau.

Timbalan Menteri ini telah mencela rakyat Malaysia dengan memberi kenyataan secara sombong bahawa pihak Kementerian akan mengkaji �sama ada ingin membenarkan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk berkempen melalui RTM di pilihanraya umum akan datang akan memberikan manfaat kepada rakyat�.
Kenyataan tersebut dilaporkan oleh Bernama pada 24 Januari 2008. Pemanfaatan daripada mesej yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak ini hanya ditentukan oleh semua rakyat Malaysia, bukannya Kementerian.
Seperti perumpamaan Melayu, �berani kerana benar, takut kerana salah�, sekiranya Barisan Nasional yakin kempen mereka lebih memberi manfaat kepada rakyat, mengapa mereka perlu takut kepada bekongsikan lapangan yang sama kepada pemimpin-pemimpin Pembangkang? Mengapa mereka perlu menafikan hak pengundi-pengundi peluang untuk memaklumkan sesuatu keputusan?

Perdana Menteri Abdullah Badawi megah dengan pemimpin-pemimpin dunia terhadap kejayaan-kejayaan Malaysia sewaktu Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland tidak berapa lama dahulu. Mengapa beliau tidak berani untuk bersemuka dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Hadi Awang di Negara sendiri di dalam debat secara langsung yang disiarkan semasa pilihanraya- pilihanraya?
BERSIH mendesak Timbalan Menteri Penerangan untuk memperbetulkan fakta-faktanya, Pemimpin-pemimpin Pembangkang daripada tiga parti pembangkang seperti Mustafa Kamil, Saifudin Nasution, Shamsul Iskandar, Dr Dzulkifli Ahmad, Husam Musa, Dr Lo�Lo� Ghazali, Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Dr. Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim kesemuanya pernah muncul melalui program Debat Perdana. Walaubagaimana pun, panel-panel Pembangkang diberikan layanan yang tidak adil semasa rancangan itu apabila mereka sering dipotong atau diberikan masa yang singkat dalam pembentangan mereka atau semasa menjawab soalan-soalan yang diutarakan.

Apa yang BERSIH minta ialah supaya RTM mengacarakan rancangan berbentuk Debat Perdana yang memaparkan calon-calon yang bertanding semasa tempoh kempen pilihanraya, seperti rancangan Leader Debate di Australia atau pun debat-debat cara Amerika yang disiarkan semasa pertandingan calon-calon presiden.

BERSIH ingin menegaskan bahawa lapangan pertandingan yang adil � bermula dengan menghormati sempadan di antara parti dan kerajaan. Ia adalah syarat asas ke arah pilihanraya- pilihanraya bersih, bebas dan adil.

Komen yang diberikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang berbbentuk partisan membuktikan bahawa Negara ini memerlukan Akta Kesaksamaan Pentadbiran, di mana BERSIH beberapa kali utarakan selain daripada tuntutan-tuntutan jangka-pendek iaitu pemansuhan pengundian pos domestic, pembersihan senarai pemilih, penggunaan dakwat kekal dan akses adil kepada media.

Dikeluarkan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Induk:
Wong Chin Huat - Pengerusi, Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
V. Gayathry � Pengarah Eksekutif, Centre for Independent Journalism (CIJ)

JOM BERSIH!!! bersih.org/



State Media belongs to all Malaysians, not Barisan Nasional

Press Statement
28 January 2008
The Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH) stresses that all forms of state media, including RTM, belong to all Malaysians and is not the private property of Barisan Nasional.

BERSIH reminds Deputy Information Minister Datuk Ahmad Zahid Hamidi that 36% of the Malaysian electorate who voted for the Opposition in 2004 are taxpayers too and 36% of the operations cost of RTM is therefore funded by Opposition voters. This also means that 36% of Ahmad Zahid�s salary is paid for by these 36% Opposition voters who disagree with his political stand.

The Deputy Minister has insulted all Malaysians by condescendingly saying that the Ministry would study �whether allowing opposition leaders to campaign through RTM in the next general election will benefit the people�, as reported by Bernama on 24 January 2008. Whether the Opposition or Barisan Nasional�s campaign message will �benefit the people� is up to Malaysians and not the Ministry.

As the Malay saying goes, �berani kerana benar, takut kerana salah� (meaning �one is brave when right, and afraid when in the wrong�), if the Barisan Nasional is confident that their campaign message is more beneficiary to the people, why should its leaders be afraid of sharing the stage with Opposition leaders? Why should they deny voters the opportunity to make an informed decision?

PM Abdullah Badawi has been boasting to world leaders at the World Economic Forum in Davos, Switzerland about Malaysia�s successes. Has he no guts to face Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang and Hadi Awang at home in a live televised debate during the elections?

BERSIH urges Deputy Minister Ahmad Zahid Hamidi to get his facts right. Opposition leaders from the three major opposition parties like Mustafa Kamil, Saifudin Nasution, Shamsul Iskandar, Dr Dzulkifli Ahmad, Husam Musa, Dr Lo�Lo� Ghazali, Lim Guan Eng, Loke Siew Fook, Dr. Tan Seng Giaw, Teng Chang Khim (DAP) have all appeared on Debat Perdana. However, Opposition panelists tend to be unfairly treated on the show as they are often cut short in their presentations or when giving answers to the questions raised.

All BERSIH is asking for is to have RTM organize Debat Perdana-type programmes featuring contesting candidates during the election campaign period, along the lines of Australia�s Leader Debate or American-style televised debates for presidential candidates.

BERSIH stresses that a level playing field � beginning with a respect for the boundary between the party and the state � is a basic and necessary condition for clean, free and fair elections.

Ahmad Zahid Hamidi�s partisan comment clearly highlights the need for an Administrative Neutrality Act, which BERSIH has called for in addition to its short-term demands of the abolition of domestic postal voting, a thorough cleanup of the electoral roll, the use of indelible ink and equitable access to the media.

Issued by BERSIH steering committee members:
Wong Chin Huat - Chair, Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
V. Gayathry - Executive Director, Centre for Independent Journalism (CIJ)


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: