Saturday, January 26, 2008

Malaysia Sah Negara Kapitalis

Malaysia Sah Negara Kapitalis
PASJB menyanggah pandangan Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari UKM yang mempertikaikan manifesto PAS selaku pembangkang alternatif untuk mentadbir negara kearah negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.
50 tahun negara merdeka, apakah kemajuan harta benda dan kemodenan hidup yang perlu digilai dan dibanggakan oleh rakyat. Dasar demi dasar kerajaan yang gagal diaplikasikan secara betul menunjukkan pemerintah UmnoBN selama ini gagal membebaskan rakyat dari belenggu kepayahan hidup.
Bercakap persoalan kebajikan ia mestilah berkait rapat dengan keikhlasan pemimpin dan amanah pemimpin. Pemimpin yang tidak bertaqwa sama sekali tidak percaya dan yakin untuk membebaskan rakyat dengan beban kehidupan yang menghimpit.
Sangat malang rakyat negara ini bilamana dasar-dasar kerajaan sudah mirip negara kapitalis. Pemimpin kerajaan hanya memikirkan untung dan rugi sedangkan pengkhianatan mereka dan dosa-dosa mereka kepada rakyat cukup banyak.
Sebagai contoh Dasar Ekonomi Baru(DEB)yang pada asalnya diasaskan atas dasar maslahat dan kebajikan rakyat, tetapi telah salah diaplikasikan oleh kerajaan UmnoBN yang khianat kepada rakyat marhaen dalam masa yang sama kroni dibantu untuk terus kaya dan untung 'memagut' wang negara.
Definisi kapitalis sendiri bercanggah dengan Islam apabila sistem kapitalis ini hanya memikirkan untuk memaksimumkan keuntungan tanpa mengambil kira kos yang rakyat terpaksa tanggung dan bayar melalui cukai.
Sebagai contoh lain, perbankan Islam yang diwujudkan asalnya untuk membebaskan rakyat dari belenggu riba akhirnya ramai yang tersungkur dengan kadar pinjaman asas yang tinggi berbanding perbankan konvensional biarpun murah tetapi banyak kos tersembunyi.
Islam menyuruh umatnya mencari yang halal terlebih lagi urusan muamalat sesama manusia, kita dijamin yang halal dalam masa yang sama jalan halal yang kita pilih pula terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Mencari jalan yang berkat tetapi tersungkur akibat harta mampu milik yang sangat mustahil dimiliki, terikat dengan Bank Dunia yang anti-Islam makanya dasar kerajaan untuk kebajikan rakyat dalam perbankan Islam sekadar melepaskan batuk ditangga.
Wang Zakat yang 'diselewengkan' oleh beberapa pusat zakat negeri sendiri sangat mengaibkan umat Islam. Rakyat yang percaya dosa pahala dan janji Allah dengan syurga dan neraka lebih senang memilih zakat untuk menyumbang sesuatu berupa kebajikan kepada negara. Akhirnya hasil zakat diselewengkan apabila duit zakat ini digunakan untuk membuat masjid dan prasana awam. Sedangkan konsep asas zakat ialah untuk membantu manusia yang susah dan miskin untuk bebas dari belenggu kepayahan hidup.
Makanya diluar sana masih ramai lagi rakyat yang miskin, kerana konsep zakat yang diperluaskan sedangkan membina masjid dan kemudahan awam ini adalah tanggungjawab kerajaan.
Tidak usahlah lagi pertikaikan pembangkang dengan manifesto kami, matlamat kami adalah jelas kearah negara berkebajikan, contohnya cukup banyak kejayaan dan dasar-dasar kebaikan dan keadilan Islam di Kelantan yang ditadbir oleh kerajaan yang hampir masuk usia pemerintahan ke-18.
Kami kira manifesto pembangkang ini cukup menggerunkan UmnoBN sehinggakan pemimpin UmnoBN sendiri tidak yakin dengan dasar Islam yang menjamin hak-hak rakyat secara adil dan saksama.
Selamatkan negara dari kerakusan pemimpin-pemimpin kapitalis...
Manifesto pembangkang sekat pertumbuhan ekonomi
Oleh Anwar Hussin dan Johari Ibrahim
KUALA LUMPUR: Manifesto Pas untuk mewujudkan sebuah negara kebajikan akan menyekat pertumbuhan ekonomi dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan cukai.
Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata rakyat perlu mengetahui sejelasnya mengenai kaedah
pelaksanaan yang dilakukan Pas bagi mengelak ditipu dengan sebarang helah politik.
"Pas perlu menyatakan cara untuk melakukannya, daripada mana sumbernya untuk rakyat mendapat maklumat jelas. Dengan itu mereka dapat menilainya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu mewujudkan 'negara kebajikan' dengan rakyat miskin terutama warga emas akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan harian.
Felo Perunding Yayasan Kajian dan Strategi Melayu, Datuk Mohamed Dahan, berkata, dengan mewujudkan negara kebajikan, cukai di negara ini akan naik hingga 80 peratus.
Beliau meminta rakyat di negara ini untuk memikirkan sama ada mereka sudah mampu untuk membayar cukai setinggi itu sebelum mengambil keputusan menyokong manifesto berkenaan.
"Negara kebajikan akan mewujudkan mentaliti yang mengharapkan kerajaan memberi semua bantuan. Ini menyebabkan orang malas, sedangkan Islam ingin umatnya aktif dengan berniaga," katanya.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: