Saturday, January 26, 2008

Laporan eksperimen Angkasawan / Skandal Power Gate, kenapa BPR membisu?

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)


Mana laporan eksperimen Angkasawan Negara?

Azamin Amin
Fri | Jan 25, 08 | 2:53:54 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Semenjak Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha tiba ke bumi pada 21 Oktober lalu, sehingga kini masih belum kedengaran sebarang laporan hasil uji kaji yang beliau lakukan di angkasa lepas.

Sebelum ini pelbagai kritikan dan luahan kesal sebilangan masyarakat telah didengari terhadap projek angkasa lepas negara yang dianggap sebagai satu pembaziran besar yang wajar dinilai dan dikaji semula kerana melibatkan kos perbelanjaan yang begitu tinggi yang dianggarkan RM95 juta.

Ada yang berpendapat, kerajaan perlu segera memaklumkan hasil eksperimen tersebut untuk menjelaskan peripentingnya projek tersebut kepada R & D (Research & Development) untuk masa depan aero angkasa dan kajian sains negara.

Jika tidak, ramai yang masih menganggap ianya sebagai projek 'melancong ke angkasa' yang kemungkinan tidak memberi sebarang impak besar terhadap teknologi angkasa lepas negara ini sekadar hanya mahu berbangga nama Malaysia dilakarkan di mata dunia semata-mata seorang rakyat Malaysia telah pun dihantar ke angkasa.

Ataupun, projek ini sebagai satu pendekatan politik untuk memenangi hati rakyat semat-mata untuk menunjukkan bahawa Malaysia kini semakin maju walaupun hakikat ekonomi dan nasib rakyat tidak begitu, kata seorang penulis email, Irfan Putra. "Kementerian Sains dan Teknologi (Mosti) mesti jelaskan segera isu ini," katanya.

Antara ujikaji yang dilakukan oleh Sheikh yang dipetik daripada blog ntbn.wordpress ialah putaran gasing,putaran yoyo, catuan Strawberry,campuran minyak dan air dan kelajuan bola berbilang saiz.

Dilaporkan ujikaji terhadap yoyo telah pun dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannnya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992.

Dalam satu tulisan oleh Muramatsu di Tranungkite. net menyatakan laporan hasil kajian berkenaan perlu ditulis dan dicetak(publish) di journal-journal yang mempunyai Impact Factor (IF) yang besar atau dibahas secara saintifik terhadap hasil kajian berkenaan.

"Hingga kini, pilihanraya sudah hampir, tetapi laporan berkenaan belum popular di tengah masyarakat. Kalau pun menteri-menteri tidak berminat dengan laporan tersebut, tetapi ia perlu dilapor secara rasmi di dewan rakyat dan dibahas," katanya.

Beliau juga menambah bahawa tidak keterlaluan jika laporan berkenaan disiar terbuka di media akhbar atau elektronik memandangkan publisiti projek berkenaan dan wang diguna serta keterlibatan media dalam projek Angkasawan Negara tersebut.

"Kita desak supaya hasil eksperimen/kajian berkenaan segera dilapor kepada rakyat dalam Negara."

"Kerana belanja eksperimen dan ujikaji berkenaan sangat besar untuk satu tempoh yang singkat iaitu 10 hari. Semuanya menggunakan wang dan harta Negara," katanya.Az


Skandal Power Gate, kenapa BPR membisu?

Desas desus yang mengatakan Daud Tampokong telah merasuah Pengarah BPR Sabah sejumlah RM2 juta dan Musa Aman RM10 juta agar fail mereka ditutup semakin panas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Mini Puterajaya, Sepanggar berikutan kejayaan Taiko Balak Keningau, Admund Looh yang menyalurkan RM2 juta melalui Henry Voon sehingga BPR mendapati tiada kes terhadap penglibatan Musa Aman di Keningau dan Musa Aman dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Oleh: �Deep Throat� Sabah
Sebelum Bill Gates menjadi manusia terkaya di dunia, Skandal Water Gate telah mencemar Amerika yang menyaksikan kejatuhan Presiden Richard Nixon. Kini ketika Microsoft menjadi peneraju utama perisian komputer di Malaysia muncul Skandal Dollah Gate yang akan mengancam pemerintahan Pak Lah di Malaysia.

Ketika Skandal Monggolia Gate hampir di penghujungnya, muncul satu lagi Gate di Malaysia iaitu Skandal Power Gate di Sabah yang melibatkan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tenaga Nasional Berhad, Sabah Electricity Sdn.Bhd, Khazanah Nasional dan Sabah Shipyard.

Dalam kes Monggolia Gate, jumlah komisyen yang diterima agak besar iaitu RM530 juta, namun dalam Power Gate, jumlah wang yang terlibat tidak begitu besar namun melibatkan semua pihak.

Seorang Deep Throat di Sabah Shipyard (SSY) di Labuan mendedahkan bahawa pihaknya telah menyiapkan sebuah Ponton Janakuasa Terapung bernama Gantisan Dua pada 1997 dengan harga RM38 juta, namun kebijaksanaan Juruperunding yang dilantik, Lembaga Elektrik Sabah (LLS) telah membeli janakuasa terapung berkenaan dengan harga RM170 juta!

�Siapa yang buat untung segera RM132 juta,� ujar Deep Throat SSY yang kesal kerana komisyen ini menyebabkan LLS mengalami kerugian besar akibat perbelanjaan sia-sia ini kerana Pengurus Besar LLS, Haji Maduarin Haji Riar telah berpakat dengan Pengurus Kanan LLS, Peter Lajumin untuk mendapat laba yang besar.

Menurut Deep Throat SSY, juruperunding yang dilantik LLS dan Sabah Shipyard, Dr Kok Tiong Chee daripada Unimekar Sdn.Bhd telah menokoh tambah harga agar semua pihak mendapat komisyen masing-masing, sebagaimana yang dicontohi oleh Monggolia Gate.

�Apakah semua pihak seperti Jabatan Audit Negara dan BPR terlepas pandang atau mereka bersekongkol? ,� keluh Deep Throat berkenaan yang menyebut Pengarah SSY, Joseph Chong turut terlibat.

Kata Deep Throat SSY, Power Gate ini antara punca menyebabkan LLS muflis kerana Gantisan Dua hanya menjadi projek Gajah Putih dan tidak digunakan, sebaliknya tersadai di jeti Sepanggar selama sepuluh tahun disebabkan terdapat beberapa Pembekal Janakuasa Persendirian (IPP) yang membekalkan tenaga elektrik untuk Kota Kinabalu dan sekitarnya.

IPP yang siap guna ialah Sepanggar Bay Power Corporation dengan kapasiti penjanaan

sebanyak 100 megawatt, Power Tron Sendirian Berhad dengan kapasiti 190 megawatt dan Round Hill Power Ranger dengan kapasiti penjanaan sebanyak 190 megawatt.
Active Image
GAJAH PUTIH: Gantisan Dua yang �maha mahal� ini tersadai di Batu Sapi dan masih gagal menjamin kelancaran bekalan elektrik Sandakan.

Manakala Deep Throat SESB mengakui bahawa Gantisan Dua menjadi salah satu sebab LLS ditelan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana menanggung hutang, kerugian akibat kecurian bekalan elektrik, vandalisme dan kos operasi yang tinggi.

�SESB adalah 80% milik Tenaga Nasional Berhad manakala 20% adalah kerajaan negeri, namun saham majoriti dalam TNB dikuasai Khazanah Nasional,� ujar Deep Throat SESB yang kesal kerana pengambil alihan saham LLS oleh TNB ini menyebabkan rakyat Sabah kehilangan hak di dalam SESB, sebaliknya bekalan elektrik masih seperti dahulu.

Menurut Deep Throat SESB, Janakuasa Terapung Gantisan Dua yang mampu menjana 40 megawat elektrik mula beroperasi di Sandakan pada pertengahan 2006 untuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di pantai timur Sabah.

�Gantisan Dua yang menganggur selama sepuluh tahun akhirnya ditunda daripada Jeti Gantisan Teluk Sepanggar pada 29 Disember 2005 ke Jeti Batu Sapi, Sandakan,� ujar Deep Throat SESB yang pernah mendedahkan rahsia ini kepada media di Sabah pada tahun lalu namun tidak pernah disiarkan.

Kata Deep Throat SESB itu lagi, Gantisan Dua seberat 3,000 tan berkenaan tiba di jeti Sandakan pada 31 Disember 2005 dan dua minggu selepas itu telah siap dipasang untuk kegunaan sebagai janakuasa gantian jika terdapat kerosakan janakuasa sedia ada.

�Gantisan Dua merupakan janakuasa terbesar di Sandakan kerana janakuasa yang sedia ada di pantai timur hanya mampu menjana 15 megawat elektrik,� ujar Deep Throat SESB yang gelisah kerana masih menerima rungutan orang ramai sekalipun tenaga elektrik yang dijana oleh Gantisan Dua ini turut dibekalkan ke Tawau, Lahad Datu dan Semporna melalui Grid Pantai Timur.

Deep Throat SESB menjelaskan jumlah permintaan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah sekitar 180 megawat dan SESB mampu membekalkan 200 megawat dan jika terdapat mana-mana kerosakan, Gantisan Dua mampu menggantikan penjanaan elektrik.

Katanya lagi, Gantisan Dua hanya sebagai �peranti sementara� kerana sebuah janakuasa arang batu akan dibina di Lahad Datu bagi menjana 300 megawat yang dijangka siap pada 2010.

�Kos pemasangan Gantisan Dua di Sandakan juga terlalu mahal mencecah RM5 juta yang melibatkan kerja pepasangan, pembinaan jeti baru, sub-stesen, talian transmisi selain belanja operasi juga sejumlah RM5 juta sebulan,� kata Deep Throat SESB yang meminta Audit dan BPR memainkan peranan proaktif membanteras pembaziran, rasuah dan salah gunakuasa.

Tegas Deep Throat SESB itu lagi, walaupun Gantisan Dua berjaya menjana 40 megawat dan janakuasa tambahan berkapasiti 10 megawat, namun masalah gangguan bekalan elektrik di Sandakan semakin parah dan penduduk Sandakan hanya menunggu janji Kerajaan Persekutuan membina loji Janakuasa arang batu di Lahad Datu dalam tempoh lima tahun daripada 2005 yang dijadualkan siap pada 2010 tetapi sehingga 21 Januari 2008, janakuasa berkenaan belum dibina.

�Janakuasa yang diwarisi daripada Lembaga Elektrik Sabah berkapasiti antara dua hingga lima megawatt hanya sesuai untuk kampung atau pekan kecil di zaman British dan apabila pembangunan semakin pesat, janakuasa berkenaan tidak ubah seperti besi buruk,� akui Deep Throat SESB.

Katanya lagi, kedudukan kewangan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) mencatatkan rugi bersih RM237.057 juta bagi 2002, RM301.759 juta pada 2003, RM272.299 juta bagi 2004 dan RM2.7 juta bagi 2005 setelah mengambilkira subsidi minyak.

Dalam pada itu, indeks gangguan bekalan elektrik yang diukur melalui System Average Interruption Duration Index atau SAIDI (indeks yang mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik dalam minit yang dialami oleh pelanggan dalam masa setahun), telah menunjukkan pengurangan kepada 3,830 minit pada tahun 2006 daripada 4,109 minit pada Tahun Kewangan 2005 bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut sumber dalaman, SESB telah mensasarkan penurunan indeks SAIDI pada tahap 800 minit menjelang penghujung Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sementara itu, dalam sidang Dewan Rakyat pada 19 September 2006, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendedahkan kepincangan SESB apabila sebuah Sub-station bernilai RM6 juta dibina di kawasan tanah gambut tanah rendah dan apabila kawasan tersebut banjir, semua struktur yang ada tidak boleh diguna pakai sehingga kerajaan terpaksa menambah RM8 juta untuk memindah projek tersebut ke tempat lain sedangkan SESB menggunakan juruperunding pakar.

Namun tidak ada respon positif daripada Jabatan Audit Negara atau BPR untuk menemui beliau selaku Timbalan Pengerusi SESB.

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sejumlah RM606 juta kepada SESB dalam bentuk pinjaman mudah di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan untuk melaksanakan projek-projek penghantaran dan pembahagian di seluruh negeri Sabah.

Namun Tinjauan Malaysia Today di kebanyakan tempat di Sandakan termasuk di Kinabatangan amat mengejutkan kerana gangguan masih berlaku antara empat hingga enam kali sehari.

BPR Sabah yang diranjau pelbagai masalah kerana dalam keadaan serba salah dan gagal meyakinkan rakyat dalam melakukan penyiasatan 81 Dalil, kini semakin terpana apabila Pengurus Besar Kumpulan Yayasan Sabah, Daud Tampokong berjaya menyeludup keluar negara (London) ketika pasport antarabangsanya masih dalam simpanan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Kota Kinabalu sehingga ramai berpendapat agensi membanteras rasuah berkenaan tidak lagi relevan berada di Sabah.

Tambahan pula Ketua Menteri Sabah yang terpenjara di kancah Skandal 81 Dalil yang difailkan Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula semakin tersenyum kerana dibebas dan dilepaskan BPR sekalipun terdapat bukti yang melampaui keraguan munasabah terutama dalam Skandal Wisma Bandaraya.

Desas desus yang mengatakan Daud Tampokong telah merasuah Pengarah BPR Sabah sejumlah RM2 juta dan Musa Aman RM10 juta agar fail mereka ditutup semakin panas di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Mini Puterajaya, Sepanggar berikutan kejayaan Taiko Balak Keningau, Admund Looh yang menyalurkan RM2 juta melalui Henry Voon sehingga BPR mendapati tiada kes terhadap penglibatan Musa Aman di Keningau dan Musa Aman dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Sejak itu, rakyat Sabah mula mengambil sikap menghindari membuat laporan kes rasuah kepada BPR kerana laporan mereka akan diterjemahkan menjadi wang oleh pegawai siasatan. Mereka cenderung membuat laporan polis kerana tidak lagi percaya kepada BPR dan senario ini menunjukkan BPR tidak lagi relevan di Sabah kerana Rasuah sudah membudaya di dalam pentadbiran dan semakin bercambah.

Malaysia Today telah mendedahkan banyak kes rasuah di Sabah melibatkan Musa Aman dan menteri kabinetnya, Musbah Jamli, Ramli Marhaban, Ramli Yusuff, Bernard Dompok, Chong Kah Kiat dan sebagainya lengkap dengan bukti, namun anehnya hanya Ramli Yusuff sahaja yang disiasat dan didakwa.

JOM BERSIH!!! bersih.org/
HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: