Friday, January 25, 2008

KISAH : Penantian Azlin setiap hari Sabtu

"Yayasan Pembangunan Nur Hikmah" yayasannurhikmah@yahoo.com.my

header
Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikma h.org.my
Setiap hari Sabtu Azlin (bukan nama sebenar) , akan bangun seawal jam 5 pagi. Walaupun ianya bukan hari persekolahan, namun Azlin bersiap-siap seolah-olah hendak ke sekolah. Selesai sarapan bersama kawan-kawan yang lain, jam 7 pagi Azlin tercegat dipintu pagar rumah jagaan. Bersama sebuah beg bimbit berisi pakaian Azlin memandang satu demi satu kereta yang lalu lalang dijalan. Beliau yakin salah sebuah kereta yang lalu lalang itu nanti akan berhenti dan ibunya akan turun untuk membawa dia naik kereta dan pergi jalan-jalan. Azlin, 8 tahun yakin satu hari nanti ibunya pasti akan menunaikan janji untuk datang pada setiap hari Sabtu untuk bawa jalan-jalan makan angin.
Begitulah sikap Azlin sejak dari 4 bulan dimasukkan disebuah rumah jagaan anak-anak yatim & miskin di Kuala Lumpur. Beliau tidak pernah melupakan hari Sabtu yang datangnya setiap minggu. Azlin "ditinggalkan" dirumah ini oleh ibunya dengan janji untuk datang mengambil Azlin untuk pergi makan angin setiap hari Sabtu. Janji tersebut adalah bagi memujuk Azlin supaya tinggal bersama-sama kawan-kawan yang senasib dengannya.
Ibu Azlin berkahwin lain setelah bapa Azlin meninggal dalam satu kemalangan jalanraya. Suami baru ibu Azlin adalah seorang duda anak dua dan bekerja sebagai buruh kasar. Dengan jumlah ahli keluarga seramai 4 orang, suami baru ibu Azlin tidak sanggup untuk menambah jumlahnya dengan ketibaan Azlin kedalam keluarga tersebut.
Ibu Azlin kemudiannya mengambil keputusan untuk meletakkan Azlin dibawah jagaan rumah anak-anak yatim dan miskin. Sejak dari tarikh tersebut ibu Azlin tidak pernah datang menjenguk Azlin maupun mengirimkan wang perbelanjaan untuknya.
Azlin adalah salah seorang dari lebih 200 orang anak-anak di 5 pusat jagaan dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sejak 2 tahun lepas yayasan ini berusaha mengumpulkan dana bagi menyempurnakan keperluan harian serta persekolahan anak-anak ini. Selain itu yayasan ini juga menyediakan kemudahan pembelajaran tambahan serta pengetahuan dalam bidang komputer kepada anak-anak tersebut.
Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
MELALUI MAYBANK
Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah. org.my.
MELALUI CIMB ONLINE
Caranya ialah :
2. Pilih Pay Bills
3. Pilih Akaun Anda (Payment From)
4. Pilih Payment To >> Payee List
5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
6. Masukkan Nama Anda (optional)
7. Masukkan Contact No. (optional)
8. Masukkan Jumlah
9. Tekan Submit
------------ --------- --------- --------- --------- -------
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon / Fax : 03-87332411
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- ---------
AMARAN :
Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank 564306010030.
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada presiden@nurhikmah. org.my atau telefon 019-2158 827 (24 jam) .



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: