Wednesday, January 30, 2008

kilabreT / Bila Barisan Nasional Menjadi Gangster!

(SABTU HARI KUNING! / YELLOW SATURDAYS!)



kilabreT
Oleh MNI - Laman M@RHAEN

Satu Perhimpunan halal telah berlangsung di KLCC hari minggu yang lepas . Seramai 46 telah di tangkap dan direman pagi ini akan didakwa kerana mengetuai perhimpunan halal . Mereka ialah Abdullah Ahmad Badawi, Hishamuddin Hussin, Khairy Jamaludin, Ali Rustam, Zainuddin Maidin, Najib Razak, Khir Toyo, Azalina Said, Shahrizat Jalil dan beberapa lagi ketua-ketua mereka.

Mereka mengadakan perhimpunan kerana membantah penurunan harga minyak dan barangan harian seperti minyak, gula, tepung dan beras . Mereka mendakwa negara akan bankrap jika harga barang-barang ini diturunkan . Mengikut teori ekonomi mereka mendakwa harga barang tidak boleh di kawal dan pasaran akan menentukan harga dari permintaan dan bekalan, bahawa penguasa iaitu kerajaan tidak ada kuasa apa-apa terhadap kenaikan harga . Mereka juga mendakwa kenaikan harga minyak adalah perlu kerana keuntungan Petronas tidak boleh diagihkan untuk membayar subsidi minyak . Paling mereka bimbang negara akan bankrap jika penurunan ini di teruskan. Subsidi minyak akan menyebabkan negara dan rakyat mundur dan di anggap akan sentiasa bersikap mahukan subsidi.

Polis telah menangkap mereka kerana mereka telah menyerang polis dengan kasar, dan polis pada awalnya hanya memerhatikan sahaja tindakan mereka . Mereka mendakwa polis tidak patut mendiamkan diri sahaja, lalu mereka terus menyerang polis dan menyebabkan polis mengambil tindakan setelah ramai anggota polis yang hanya memerhatikan sahaja tetapi di pukul oleh mereka.

harga minyak pada masa ini ialah RM 1.00 setelah diturunkan oleh desakan rakyat dan akhirnya syarikat-syarikat minyak menurunkannya walaupun melanggar arahan kerajaan . harga barangan lain juga di turunkan setelah di kesan bahawa ramai individu peringkat menteri mengambil kesempatan memainkan harga barangan .

Orang ramai sebenarnya sudah mengetahui rancangan perhimpunan mereka dan mereka melaporkan kepada polis untuk bersedia, kerana bimbang mereka akan bertindak kasar dan merosakkan harta awam di sekitar KLCC .

Pimpinan Pas dan BA tidak bersetuju tindakan polis menangkap mereka, kerana itu adalah hak mereka bersuara dan menyatakan tidak puas hati dan kebebasan bersuara dalam negara . namun polis terpaksa menangkap juga kerana ramai anggota polis telah di pukul walaupun polis tidak melawan langsung. Semasa di tangkap pun polis menggunakan kaedah paling lembut di mana, antara ayat yang di gunakan ialah silakan ke mari kami nak bawa anda ke balai sekejap sahaja, Kami akan bagi bilik hotel sementara awak semua di tahan dan makanan akan di sediakan, kami maafkan anda semua walaupun harta awam rosak, itu adalah hak awak semua bersuara di negara yang bebas menyatakan pendapat ini .

Mahkamah juga setuju perhimpunan halal ini boleh di teruskan atas menjunjung dasar kebebasan bersuara dalam sistem demokrasi .

Mereka semua akan di bebaskan setelah di berikan penghargaan oleh ketua polis negara kerana berjaya menghidupkan semangat kebebasan bersuara .

Tajuk berita ini ialah Terbalik, bukan kilabreT.
- MNI
29.01.2008 (suntingan M@RHAEN)

JOM BERSIH!!! bersih.org/

Bila Barisan Nasional Menjadi Gangster!

Pernahkan anda digertak, diugut ataupun diberikan amaran oleh pembuli masa anda bersekolah dahulu. Jika anda pernah bersekolah di sekolah berasrama, tentunya anda pernah mengalaminya. Persoalannya kenapa disekolah berasrama mahupun sekolah harian, kita dengan mudah boleh bertemu dengan pembuli ataupun gangster.

Ada satu peribahasa Melayu yang berbunyi �Kecil-kecil tidak mahu mati, sudah besar menyusahkan orang lain pula�. Pernahkan anda mendengarnya dan tahukah anda maksud disebaliknya. Jika anda tahu, peribahasa ini memanglah sesuai jika dikenakan (dilabelkan) kepada mana-mana pembuli atau gangster.

Kalau dalam cerita kartun (Doraemon), watak pembuli ataupun gangster biasanya dilakonkan oleh Giant dan balachi kepada pembuli ini dilakonkan oleh Sunio. Dalam filem Tamil pula biasanya watak pembuli kita boleh lihat dipaparkan dari kumpulan orang-orang kaya dan berharta. Malah banyak juga cerita Tamil yang memaparkan ahli politik mereka yang korup dan pembuli. Pembuli dalam cerita Tamil biasanya akan menggunakan polis (yang dibeli dengan wang ringgit) serta peguam atau hakim.

Itu semua dalam cerita wayang atau drama yang boleh kita semua tonton dikaca televisyen atau layar perak. Tapi jangan terkejut jika watak-watak yang sama juga anda boleh saksikan di Malaysia dewasa ini. Kalau dalam cerita Tamil, watak pembuli atau gangster dibawa oleh ahli politik atau hartawan, serta dibantu oleh polis, peguam dan hakim, begitu juga yang boleh kita dapati dengan memerhatikan beberapa insiden yang berlaku di Malaysia.

Tidak cukup dengan ugutan supaya tidak memilih (mengundi pembangkang) didalam pilihanraya umum ke-12 yang akan datang, Barisan Nasional berani pula memperalatkan pihak polis untuk mematahkan mana-mana perhimpunan rakyat (yang dibenarkan oleh undang-undang) dengan alasan yang dangkal. Malah untuk memastikan bahawa rakyat berjaya ditakutkan, Barisan Nasional berani pula mempergunakan para hakim dan majistret untuk mengeluarkan arahan melarang perhimpunan awam dengan alasan yang dangkal. Malah terdapat beberapa peguam di Malaysia yang dikenalpasti memang melacurkan diri mereka khusus kepada Barisan Nasional.

Nampak gayanya di Malaysia kini budaya gangsterisme sedang meningkat naik sejajar dengan suasana. Malah Kementerian Pelajaran Tinggi juga menggunakan khidmat pelajar pembuli (gangster) yang memang ramai di dalam IPTA untuk mengugut dan membuli pelajar-pelajar lain yang tidak bersedia menyokong (melacurkan diri mereka) kepada Barisan Nasional.

Ada peribahasa yang berbunyi �Bapa Borek Anak Rintik� maka begitulah yang berlaku kepada Barisan Nasional. Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya Najib Razak bilamana Abdullah Ahmad Badawi dengan terang-terangan mengugut dan memberi amaran bahawa rakyat akan menjadi mangsa sekiranya memilih untuk tidak menyokong Barisan Nasional. Setelah Abdullah Ahmad Badawi memulakan bicara, maka ramai balachi termasuk Khairy Jamaluddin (pembuli besar) yang kini telah mula menunjukkan taring mereka untuk mengugut, mengertak dan membuli rakyat.

Oleh yang demikian kepada semua rakyat Malaysia ingin saya menegaskan disini bahawa janganlah anda menjadi pengecut dan sanggup diperalatkan oleh Barisan Nasional. Cukuplah sekadar pihak polis, majistret, hakim dan beberapa peguam diperalatkan oleh Barisan Nasional.

JANGAN JADI MANGSA BULI DAN JANGAN JADI PENGECUT.


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: