Monday, January 28, 2008

Ketua Umno Yong Peng Makan Duit Rakyat

"Pas Johor Bahru" pasjohorbahru@yahoo.com

Ketua Umno Yong Peng Makan Duit Rakyat

PASJB mendapat maklumat ini melalui aduan yang dibuat oleh seorang hamba Allah dari Yong Peng yang mengadu perihal seorang ketua cawangan Umno yang makan terlampau banyak duit rakyat.
Berikut adalah pengaduan beliau:-
Saya ingin mengadu tentang satu kampung di Parit Arshad,Yong Peng Johor Bahru.Sikap Ketua UMNO kawasan ini yang keterlaluan. Makan duit rakyat terlampau banyak.Tidak banyak perubahan.Masjid hanya 3 jemaah dan kalau paling ramai pun 4 atau 5orang sahaja.Jumaat barulah masjid ini betul2 mempunyai ramai jemaah.
Tak jauh dari masjid ini dibina pulak surau.Tak tahu apa guna surau ini sedangkan masjid tak jauh hanya dalam kurang 500meter sahaja.
Masalah disini adalah penduduk kampung takut untuk besuara.baru2 ini satu projek iaitu menaiktaraf masjid.Tetapi bajet yang dikeluarkan tak setimpal dengan apa yg dibina.Termasuk pagar yang dibina seolah melepaskan batuk ditangga.
Masalah penduduk kampung disini adalah gangguan daripada monyet2 dan kera nakal yang datang entah dari mana merosak bumbung rumah dan tanam-tanaman. Harap pihak PAS dapat menggempur kawasan ini.membongkar segala kebobrokan UMNO kawasan ini.
Harapan penduduk kampung ini hanya menunggu ketua umno kawasan ini meninggal sahaja.tapi kalau PAS dapat memecah tradisi untuk menawan kawasan ini insyaAllah rasa macam boleh..

Daripada :
Hamba Allah

Layari : http://www.pasjohor bahru.com


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: