Monday, January 28, 2008

Judi

"abg SUKI" suskisuki@yahoo.com

TERJAH : Jerantut Mega Casino

Salam kepada sahabat semua,

Apa yang ingin dikongsikan disini adalah pengalaman saya ketika berada di Felda Jengka pada 18 dan 19 Januari yang lalu. Ketika bersama bapa saudara, saya telah dibawa ke Jerantut bagi menunjukan apa yang signifikan telah berlaku pada pekan yang dahulunya hanyalah pekan tinggalan dan tempat masyarakat sekeliling membeli barangan bukan rutin bagi memenuhi keperluan mereka.

Apa yang memeranjatkan, hampir dua puluh (20) mini kasino didirikan berhampiran dengan hentian bas Jerantut. Lagi memalukan hampir 70% adalah warga Felda yang datang menghabiskan wang mereka untuk mengimpikan kekayaan sekelip mata. Sedih dengan harga kelapa sawit yang bernilai RM700 satu tan, mereka telah menghabiskan ratusan ribu ringgit di mesin judi. Tak hairan apabila saya diberitahu tokey mini kasino tersebut mempunyai beberapa puluh hektar ladang kelapa sawit yang telah dipajakan kerana hutang judi yang tidak terbayar oleh peneroka-peneroka felda disekitar kawasan tersebut.

Pengusaha-pengusaha mini kasino disana seakan kebal malah ketika saya berada disana ada beberapa anggota penguatkuasa yang menjalankan tanggungjawab yang diberikan, tetapi malangnya mini kasino tersebut seakan tiada didalam senarai lokasi atau undang-undang yang dibawa bersama untuk diambil tindakan.

Saya merayu kepada sesiapa sahabat disini yang mempunyai APA-APA jua kelebihan yang ada bagi membantu pihak kerajaan, polis, badan pencegah rasuah, badan ngos, persatuan penguna dan sebagainya membawa maklumat ini dan meminta desakan bagi menghancurkan perniagaan yang tidak bermoral ini. Kesian kepada anak2 kecil, ibu-ibu dan masyarakat yang memerlukan wang yang diperolehi daripada pendapatan menjual kelapa sawit, getah dan bekerja kampung yang habis digunakan untuk BERJUDI.

JUDI adalah sesuatu yang menyebabkan bangsa kita alpa, leka dan hancur. Tolong hancurkan mereka yang memberikan perkhidmatan ini seperti mana mereka menghancurkan perut yang kelaparan dirumah. Binasakan hidup mereka, memenjarakan mereka bukan sesuatu yang setimpal, seharusnya diberikan jumlah rotan yang tinggi sebagai ganjaran yang mereka lakukan. Ini bukan sahaja menyedarkan mereka malah kepada bangsa mereka yang tidak mengenal HALAL da HARAM

Sila hebahkan kepada group, forum yang lain bagi membantu memusnahkan LADANG KASINO yang dibuka oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pecat ahli majlis pembandaran, daerah dan exco negeri yang leka terhadap perkembangan yang tidak sihat ini. Penjarakan pegawai penguatkuasa yang sekongkol kepada perniagaan ini DEMI untuk manusia yang bermimpi unutk mengejar kekayaan sekelip mata, anak-anak mereka, para ibu-ibu dan seluruh anggota keluarga mereka.

Tanpa penglibatan kita semua, ianya tidak akan berjaya. InsyaAllah

Fisabillillah

Mohd Sukri B Muhamad Yusof


*****

"umar faruqi" faruqi03@yahoo.com

Malaysia diperintah oleh tokey judi
Posted on Sunday, January 20 @ 00:12:00 MYT by SongkokPutih
Artikel Pendek Oleh ning

"Assalamualiakum. ..


 Sewaktu sessi soal siasat suruhanjaya pilihanraya TDM walaupun dengan selamba menjawab saya tidak ingat tetapi ada satu jawapannya yang perlu diberi perhatian. bila ditanya mengenai vincent tan TDM tidak banyak dalih tetapi mengaku mengenali beliau dan mengaku rapat dengannya.jawapan in sedikit sebanyak menjelaskan betapa dakwaan malaysia diperintah olih tokey judi itu benar.


Sebelum inipun lim goh thong dalam satu bukunya mengaku kenal rapat dengan semua PM dari tengku hinggalah paklah.satu gambaran betapa PM malaysia menjadi kawan baik kepada tokey judi.persoalannya adakah mereka ini sekadar kawan baik?


Berdasarkan cerita cerita yang kita dengar tokey judi ini tidak saja baik dengan PM malah lebih dari itu.berita pembelian bot mewah olih ananda krisnan di turkey sebagai hadiah kepada PM dulu menjadi sebab untuk percaya bahawa tokey judi ini tidak sekadar baik dengan PM.dan baru saja TDM mengaku kenal baik dengan vincent tan.


Barangkali kita nak dengar bagaimana TDM baik dengan vincent tan.dalam klip linggam ada disebut bagaimana TDM menyuruh vincent membina hotel di langkawi.begitu kah agaknya baiknya TDM dengan vincent tan ini.cukup besar pengaruhnya sehingga dalam kes kehilangan adik sharlinie dia menawarkan hadiah yang lumayan kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga terjumpnanya adik sharlinie.


Mungkin selama ini tanpa disedari olih rakyat jelata malaysia negara yang tercinta yang aman damai yang cemerlang gemilang dan terbilang rupa rupanya diperintah olih tokey judi.wang ringgit yang diagihkan sewaktu pilihanraya mungkin dari hasil judi dan rakyat yang menerima wang tersebut hilang maruah.sungguh malu kita dengan pembongkaran ini.TDM dituntut untuk mendedahkan hubungan baik dengan vicent tan ini untuk maklumat seluruh rakyat.


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: