Monday, January 21, 2008

Jenazah Fernando selamat dikebumikan 1.30 tengah hari

Jenazah Fernando selamat dikebumikan 1.30 tengah hari
fernando-1.JPG
Kuala Lumpur, 20 Jan - Jenazah peguam terkemuka, Aris Rizal Christopher Fernando selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Titiwangsa, dekat sini jam 1.30 tengah hari tadi.Fernando, 68, meninggal jam 12.30 pagi tadi akibat sakit jantung.

Allahyarham diserang sakit jantung dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara Isnin 15 Jan lepas. Beliau tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung sehari selepas itu sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.

Jenazahnya kemudian dibawa ke rumah salah seorang keluarga beliau di Taman Titiwangsa. Kira-kira 300 orang kaum keluarga, sahabat handai dan sahabat seperjuangan hadir untukmemberi penghormatan terakhir.
fernando-2.JPG
Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail tiba pada kira-kira pukul 11 pagi. Penasiha KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Sabah dan dijangka akan pulang segera petang ini.

Antara pemimpin KeADILan yang turut hadir ialah Naib Presiden Azmin Ali, Pengarah Strategik Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin.

Teman-teman peguam yang turut kelihatan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Zulkifli Nordin, Pawanchek Merican, Sankara N nair, Sulaiman Abdullah, Zainur Zakaria, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Gibind Singh Deo dan lain-lain.

Turut kelihatan pemimpin Pas Dr Hatta Ramli serta penyokong-penyokong KeADILan dan aktivis reformasi.

Nama Fernando mula terkenal apabila beliau tampil menjadi salah seorang peguam yang membela Anwar apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu difitnah dan didakwa dimahkamah pada tahun 1999. Fernando meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.

admin @ January 20, 2008

Christopher Fernando

Kuala Lumpur, 20 Jan - Christopher Fernando meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini pada pukul 12.30am. Beliau merupakan salah seorang peguam utama dalam pasukan yang membela Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

“Kita kehilangan sahabat malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handal - dan buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita di penjara Sungai Buloh."

“Beliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, pro bono membela saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa. Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya sendiri. Didoakan semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.” kata Anwar.

*****.*.**** *

Amwar Ibrahim

Allahyarham Aris Chris Fernando

Jam 1 pagi di Kota Kinabalu, Sabah, saya menerima berita yang amat menyedihkan dari dinda Rusli. Kita kehilangan sahabat malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handal - dan buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita di penjara Sungai Buloh.

Chris mulanya bersahabat dengan kanda Allahyarham Rani dan mula akrab dengan saya Azizah, anak-anak dan keluarga sebaik saya dipecat. Beliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, pro bono membela saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa. Chris diiringi anakandanya yang dikasehi Marisa. Sepanjang berulang alik ke penjara, beliau amat mengharapkan saya bebas awal agar dapat menghadiri upacara perkahwinan anaknya.

Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya sendiri. Chris adalah teman karib, memahami isi hati saya, membantu mendorong memperkuat semangat dan keyakinan saya tatkala di Sungai Buloh.

Saya mendapat berita keuzuran tenat Chris akibat serangan jantung pagi tadi sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu. Azizah sempat menziarahnya di IJN tengahari tadi dan melaporkan bahawa keadaan beliau membimbangkan. Dan saudara Zulkifli Nordin menyampaikan berita perkembangan melalui SMS.

Maria dan keluarga diharap bersabar menempuh dugaan, yang mengejutkan kami semua. Saya akan cuba membatalkan sebahagian program pagi nanti untuk berlepas pulang awal mengiringi jenazah Allahyarham Chris.

Didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.

ANWAR IBRAHIM


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/


*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: