Monday, January 28, 2008

Ibu Dr.Zainurashid Meninggal Dunia

ust.halim@

Asslamualaikum wr wb.

Ibu kepada Dr. Zainurrashid Zainuddin 012 - 678 1644, baru meninggal dunia jam 6.00 pagi tadi di kampungnya di Labis, Johor.

Ketika email ini di tulis, Dr. Zainurrashid di dalam perjalanannya pulang ke kampung. Semoga Allah merahmati aruah dan ditempatkan bersama para Nabi, siddiqin, syuhadak dan solehin di Syurga Firdaus dan memberi kesabaran kepada ahli warisnya.

Sekian, untuk makluman.

Ustaz Halim,



p/s:

Dr.Zainurrashid, seorang pakar sakit puan dan perbidanan adalah pensyarah di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Seremban, NS. Beliau salah seorang yang giat dalam penerangan isu Palestin di serata Malaysia melalui badan Aman Palestin. Beliau telah menulis beberapa buku dan menghasilkan VCD mengenai isu Palestin dan menghadiri persidangan2 mengenainya di Lubnan, Jordan dan lain-lain. Beliau kini menjawat jawatan AJK Negeri dan Ketua Biro Dakwah ISMA Negeri Sembilan.

*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: