Tuesday, January 15, 2008

Husam, Mahfuz lawat keluarga Sharlinie / Rayuan Ikat Jamin Azman & Suwandi ditangguh lagi

Husam, Mahfuz lawat keluarga Sharlinie, minta rakyat sama-sama banteras jenayah
Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Mon | Jan 14, 08 | 5:31:59 pm MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa diiringi Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar melawat keluarga Sharlinie, 5 di Taman Medan Petaling Jaya tengahari tadi.

Kedatangan pemimpin PAS itu, bersama-sama PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, disambut baik bapa kanak-kanak itu Mohd Nashar Mat Hussin, 29, isterinya Suraya Ahmad, 28.

Dalam pertemuan tersebut, Husam melahirkan kebimbangan, akibat pelbagai jenayah yang menimpa rakyat negara ini terutama melibatkan kanak-kanak kecil termasuklah pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin Jazimin dan terkini pula kehilangan kanak-kanak Sharlinie, 5.

Husam mengajak seluruh rakyat negara ini berfikir dan sama-sama kembali serta mendekatkan anggota masyarakat kepada agama dalam erti kata yang sebenarnya.

Husam yang meluangkan masa kira-kira setengah jam turut memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada Nashar sekeluarga supaya bersabar dengan dugaan dan ujian daripada Allah.

ImageDi kesempatan itu Husam turut bermunajat bersama-sama ahli rombongan dan keluarga kanak-kanak bagi meminta pertolongaNya agar Sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga.

Dalam suasana yang tenang dan sayu itu, kedua-dua ibu bapa Sharlinie begitu khusyuk menadah tangan memohon pertolongan daripada Allah.

Husam ketika ditemui berkata, keyakinan kepada agama boleh menjadi penghalang kepada perlakuan jenayah di semua peringkat dan segi.

"Kalau kita jauh dari agama biarpun polis sudah ramai, kamera litar tertutup pun sudah ada, kita tidak boleh jamin masyarakat kita selamat daripada penjenayah-penjenay ah, inilah satu peluang untuk mencari satu kesedaran, " katanya.

Justeru, Husam menegaskan usaha yang dibuat oleh kerajaan selama ini tidak cukup menyebabkan rakyat semakin jauh daripada agama.

Image"Kita didik masyarakat kita dengan cara yang tidak berteraskan agama akhirnya mereka hilang keyakinan hari akhirat dan hari pembalasan neraka, mereka sudah jadi syaitan," katanya.

Turut sama dalam kunjungan itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, beliau percaya masyarakat pada hari ini berada dalam ketakutan.

Katanya, kesan jenayah sosial yang berlaku hari ini menyebabkan urusan harian masyarakat terganggu terutama mereka yang tinggal di bandar yang mana kebanyakkan ibu bapa bekerja.

Beliau juga berharap masyarakat jangan hanya menyatakan kasihan apabila menatap poster Sharlinie sebaliknya berusaha dan berfikir bersama-sama mencari serta beringat perkara seperti ini tidak berulang lagi.

" Saya bimbang kita asyik sebarkan poster tetapi tidak ada usaha untuk fikir bersama-sama mencari ataupun beringat perkara ini tidak berulang lagi kepada anak-anak yang lain," katanya.

ImageBagaimanapun beliau kesal dalam kes yang melibatkan kanak-kanak tidak lama dulu sehingga kini polis masih tidak berjaya menangkap penjenyah terbabit.

Dengan itu, katanya pihak polis perlu pertingkatkan usaha mereka kerana kepakaran itu hanya ada pada mereka.

"Walaupun disiarkan lakaran gambar penjenayah, tetapi keparakan itu tidak ada saya tegaskan polis perlu pertingkatkan usaha mereka kalau tidak kredibiliti polis akan dipertikaikan oleh rakyat, misalnya apa yang sudah berlaku dalam kes Nurin Jazlin Jazimin sampai sekarang pembunuh masih tidak ditemui,".

"Pihak polis pula tidak boleh menunggu sehingga kes menjadi banyak barulah hendak bertindak, misalnya kalau sebulan selepas ini adik Sharlinie masih tidak dijumpai saya takut perkara ini akan jadi senyap, sehingga timbul pula kes kehilangan kanak-kanak lain baru nak fikir semula apa dah jadi dengan Nurin dan Sharlinie," tegas beliau.

ImageSharlinie dilaporkan hilang kira-kira 11.30 pagi Rabu 9 Januari lalu ketika bermain bersama kakaknya Sharliena, 8, di taman permainan yang jaraknya hanya 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan di sini.

Sehari selepas itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan diculik di Taman Medan, Petaling Jaya sebelum ditinggalkan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam, satu lagi kes berlaku di taman yang sama. - mr

*****.*.**** *
BuletinOnline
Rayuan Ikat Jamin Azman & Suwandi ditangguh lagi
Ditulis oleh SM Noor

The image “http://buletinonline.net/images/pas/140108a1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Isteri dan Keluarga Suwandi di pintu mahkamah)
Kuala Terengganu, 13 Jan – Setelah bersidang selama 10 jam, dari jam 10.00 pagi sehingga jam 7.30 malam, Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Zaidi Ibrahim, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terngganu, menangguhkan keputusan Rayuan Ikat Jamin, mangsa tembakan peluru hidup, Insiden Berdarah Batu Burok, Suwandi dan Azman kepada 20hb Januari, 2007.

Peguambela Suwandi dan Azman, Dato’ Wan Mutalib Embong dan Fariz Irwan ketika ditemui sejurus selepas keluar dari pintu mahkamah menyatakan rasa kesal dengan keadaan itu. Peguam Negara Abd Ghani Patail, pada mula sessi sekitar jam 11.00 pagi telah menghempaskan fail dihadapan hakim didalam mahkamah, seolah-olah memberikan isyarat keras kepada hakim. Seorang anggota polis yang berpengalaman dengan selok belok mahkamah memberi komen, sekiranya peguam lain, selain Ghani, pasti telah dihambat keluar oleh hakim. Ini menunjukkan bahawa mahkamah masih lagi dipengaruhi dengan kehadiran peguam negara sebagai pendakwaraya.
The image “http://buletinonline.net/images/pas/140108a2.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
(Foto: Dato' Wan Mutalib ketika keluar dari mahkamah malam ini)

Sementara itu, di luar mahkamah seramai lebih dari 30 orang masih setia menunggu dengan sabar sehingga jam 8.00 malam tadi. Sidang “Usul untuk pemohon diberi kebenaran untuk dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu proses perbicaraan selesai” pada hari menjadi satu sejarah sebagi sati sidang yang panjang sehingga menjangkaui waktu pejabat dan ditangguhkan pada jam 8.00 malam


HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov. himpunan. info/
Lawati laman Bersih di http://bersih. org/



*****.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: