Wednesday, January 2, 2008

Hari Kebangkitan Mahasiswa

Hari Kebangkitan Mahasiswa-Mahasiwi untuk menegak keadilan dan menuntut Hak
Berita Oleh mumayu
"Oleh: Barisan Mahasiswa Bersatu UPM


Demo 1 Pada 14 Dec2007, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama 100 orang yang terdiri daripada NGO-NGO dan mahasiswa-mahasiswi daripada pelbagai universiti terus membawa belon yang menunjukkan agenda menuntut demokrasi kampus ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk menuntut keadilan untuk Lee Song Yong yang digantung 1 semester atas sebab tidak bekerjasama dengan pegawai keselamatan.


Pada hari ini, SMM bersama rakan-rakan mengambil inisiatif berdiri di depan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk berbincang dengan Dato’ Mustapa Mohamed dan meminta beliau mengambil berat dan mulakan siasatan ke atas kes ini. Akan tetapi, Dato Mustapa telah mengecewakan 100 hadiran dengan tidak mahu berjumpa dengan 11 orang perwakilan mahasiswa-mahasiswi dan NGO-NGO dan hanya membenarkan 1wakil untuk masuk dan berbincang.Selepas itu, atas tekanan yang diberi oleh 100 mahasiwa-mahasiwi, KPT telah berjanji berjumpa dengan 11 perwakilan mahasiswa-mahasiswa dan wakil-wakil NGO-NGO.



Selepas itu,satu lagi perkara yang melampaukan berlaku adalah pegawai KPT telah meminta perwakilan yang masuk berdialog menghantar kad matrik masing-masing untuk diperiksa dan photostat sebagai tanda masuk.Ini adalah perbuatan yan tidak menghormati perwakilan mahasiswa-mahasiwi yang selaku tetamu jemputan dan menafikan wakil-wakil NGO-NGO yang perihatin untuk masuk berdialog dengan wakil KPT. Ini juga menunjukkan pegawai mungkir janji tadi yang membenarkan wakil NGO masuk dan berbincang.


Akhirnya,Dato Mustapa hanya menghantar seorang pegawai khas sebagai “office Boy” untuk menerima memorandam tersebut dan tidak mahu berbincang tentang kes ini.Ini telah jelas menunjukkan sikap Menteri yang tidak mahu mendengar suara mahasiwa dan tidak menghormati mahasiswa-mahasiswi yang datang untuk berbincang dengan menteri.Dan sebelum ini, Menteri berkata di parlimen bahawa saudara Lee tidak mahu berjumpa dengan menteri dan tidak berbincang dengannya. Dan sekarang mahasiwa-mahasiwi sudah sampai di depan pintu Kmenterian Pangajian Tinggi tapi menteri sebaliknya menggunakan polis, pegawai keselamatan untuk menghalang mahasiswa-mahasiwi untuk berjumpa.Kami mahasiswa-mahasiwi menanya adalah ini sikap yang patut ditunjukkan oleh kementerian pengajian tinggi yang mempunyai anugerah ISO 9001? Ini adalah satu sikap yang tidak menghormati pelanggannya yang ingin berjumpa dengannya!!

SMM menyeru agar KPT menarik balik hukuman yang dikenakan terhadap Lee Song Yong dan menghukum pegawai keselamatan yang mengganasinya.


Terima kasih kerana menyokong
[Himpunan Suara Mahasiswa Mendepani Isu Semasa & Dari Kampus ke Lapangan Umat]


*****.*.*****

Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.
Subscribe to sabda_nabi-subscrib e@yahoogroups. com

No comments: